Sunday, July 13, 2014

Serunding ikan kayu/tongkol

Assalamualaikum... Helo! Selamat menjalani ibadah puasa. Malam ni malam ke 16 di bulan Ramadan. Kalau mengerjakan solat terawih malam ni, kebaikannya adalah;

Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Ok. Bila dah masuk pertengahan bulan Ramadan ni, mula hilang selera makan untuk bersahur. Huhu kalau bangun pun, bancuh air dan makan kurma. Kalau ada roti, makan roti sekeping. Kalau tak, biskut kering pun jadi. Tapi tak kurus-kurus gak! hahaha

Jadi, saya cuba masak sesuatu yang mungkin boleh buat saya sedikit berselera untuk makan nasi ketika bersahur. Maka, saya pun buat serunding ikan kayu/tongkol.

Bahan
1 ekor ikan kayu (dalam berat 400-500g) - dipotong kepada beberapa bahagian
garam dan serbuk kunyit
5-8 tangkai cili kering - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 sudu besar biji ketumbar - dikisar
1 sudu kecil jintan putih - dikisar
sekeping asam keping
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan
gula dan garam sebagai perasa

Cara-cara
1. Salutkan garam dan serbuk kunyit pada ikan yang telah dibersihkan. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Jangan terlalu garing sebab ikan ini akan ditumbuk. Kalau garing sangat, ikan ni akan jadi keras.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan kisar. Tumis sehingga garing dan masukkan air supaya bahan tumis tidak hangus. Kemudian masukkan asam keping, gula dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan gaul rata sehingga semua bahan sebati dan garing. Pastikan garing sebab kalau lembap atau moist, serunding tidak akan bertahan lama.


Tadaaaa~ siap! Hehe saya susah nak agak gula dan garam sebab sesetengah orang suka manis. Sesetengah orang ada yang suka masin aje...tak suka bubuh gula. Tapi dalam hidangan ini, saya letak dua sudu besar gula dan satu sudu kecil garam.

Selamat mencuba! Kalau nak cuba laa... haha

p/s: tadi p beli kasut raya dengan along. weeeeee...

Saturday, July 12, 2014

So Long, Poknik!

Assalamualaikum. Hai... berita sedih! Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir poknik aka rakan sekerja di BT KPM aka geng UPF bekerja. Poknik dapat tukar ke BPK kat Putrajaya. Huwaaa sedihhhh... dah xde orang nak berebut HotWheels dengan saya. sobsobsobs T_T

Mula-mula kenal poknik ni, saya tak rapat sgt dengan dia. Tak tahu sebab apa. Bila dah lama kerja kat situ, jadi rapat lak. Semua orang suka buli dia. Haha kami semua panggil dia dedi... dan dia selalu kena buli dengan wani, adik paling bongsu kat upf. Hahaha

Tak apalah, poknik. Poknik bertukar tu tak bermakna putus hubungan dengan geng upf. Whatsapp kan ada. Dekat aje pun Cyber dengan Putrajaya. Raya nanti, jangan lupa buat open house tau!! Kami semua pasti akan datang!! Hahaha

Jom layan gambar. Takde buat makan-makan...almaklum laa...puasa! Hehe

fizah dok set up monopod...

poknik..org yg diraikan... (^___^)

sedih muka ikhsan baca watikah ucapan utk poknik..
hahaha

kami sekeluarga..the tudung kuning is freshie, fathiah...sempat gak kne buli dgn poknik..
haha



heroes of upf...


Selamat bertugas di tempat baru, poknik. Mana la tauuu...pasni ada yang menyusul. Huhu

p/s: selamat berpuasa semua!!

Saturday, July 5, 2014

Puding Karamel Nestum

Assalamualaikum. Hai!! Hari ni hari ke 7 kita di bulan Ramadan. Haishhh... cepatnya masa berlalu! Huhu

Hari tu, sebelum puasa, saya nampak satu resipi kat belakang packaging Nestum. Macam sedap aje... Haha Hari Selasa lepas, saya pun try la. Sedappp... puding dia padat sebab ada Nestum. Biasakan telur dengan susu aje kan? Bila ada Nestum, rasanya lagi sedap. Try laa...

Bahan-bahan

Kastad
40g Nestum Original
3 biji telur
400ml susu cair
70g gula pasir halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)

Lapisan Karamel
100g gula pasir halus
2 sudu besar air

Cara-cara
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk kecil di atas api sederhana. Biarkan sehingga gula bertukar keemasan. Semasa masih panas, tuangkan ke dalam 6 cawan tahan panas atau mangkuk besar. Selepas tu, biarkan sejuk.
2. Pukul telur, susu, dan gula sehingga gula hancur. Masukkan Nestum dan kacau rata. Tuangkan ke atas karamel tadi. Kukus sehingga masak (25minit untuk cawan, 40minit untuk mangkuk besar.)
3. Biarkan sejuk sebelum simpan di dalam peti sejuk. Kemudian, terbalikkan di atas piring untuk dihidangkan.


Saya buat tak jadi..huhu hancur bila terbalikkan..tp rasa dia sedappp haha
Selamat mencuba! Selamat berbuka puasa...

p/s: cry me a river... T_T