Saturday, July 5, 2014

Puding Karamel Nestum

Assalamualaikum. Hai!! Hari ni hari ke 7 kita di bulan Ramadan. Haishhh... cepatnya masa berlalu! Huhu

Hari tu, sebelum puasa, saya nampak satu resipi kat belakang packaging Nestum. Macam sedap aje... Haha Hari Selasa lepas, saya pun try la. Sedappp... puding dia padat sebab ada Nestum. Biasakan telur dengan susu aje kan? Bila ada Nestum, rasanya lagi sedap. Try laa...

Bahan-bahan

Kastad
40g Nestum Original
3 biji telur
400ml susu cair
70g gula pasir halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)

Lapisan Karamel
100g gula pasir halus
2 sudu besar air

Cara-cara
1. Masukkan gula dan air ke dalam periuk kecil di atas api sederhana. Biarkan sehingga gula bertukar keemasan. Semasa masih panas, tuangkan ke dalam 6 cawan tahan panas atau mangkuk besar. Selepas tu, biarkan sejuk.
2. Pukul telur, susu, dan gula sehingga gula hancur. Masukkan Nestum dan kacau rata. Tuangkan ke atas karamel tadi. Kukus sehingga masak (25minit untuk cawan, 40minit untuk mangkuk besar.)
3. Biarkan sejuk sebelum simpan di dalam peti sejuk. Kemudian, terbalikkan di atas piring untuk dihidangkan.


Saya buat tak jadi..huhu hancur bila terbalikkan..tp rasa dia sedappp haha
Selamat mencuba! Selamat berbuka puasa...

p/s: cry me a river... T_T

2 comments:

superengineermummylife said...

yang penting rase sedap....kan kan

Lianamunyati Rusli said...

@superengineermummylife

kan..betul tu..janji sedap!! haha