Saturday, March 30, 2013

review: dan sepi pun berlalu

Assalamualaikum... hari tu p kedai buku Popular. Menghabiskan BB1M... dan saya tetiba teruja sampai nak kongsi dekat sini! Akhirnya novel yang saya cari masa saya matrik sampailah sekarang telah ditemui!!!

ini novel yg saya cari.



sebenarnya saya pernah dapat buku ni. beli novel second hand dari penjual buku second hand online. lepas tu, nak dijadikan cerita novel yg dijual tu adalah barang yg sepatutnya TAK dijual. novel tu rupanya novel kakak dia! maka, disebabkan kasihan pada pemilik novel tu, saya pulangkan balik. tapi sedih la jugak. pertama kali baca novel tu, masa saya form 4... terkenang nama watak lelaki dalam tu sama nama dengan pujaan hati (pada masa tu laaa....) saya nak cari gak novel tu. huhu

dan tahun ni... saya jumpa gak novel tu. dalamnya ada cerita Pergilah sepi dan lanjutan cerita kisah Afiqah dan Syafiq... best! rugi tak baca. dan saya memang suka karya Fauziah Ashari.

kepada generasi baru yg tak pernah kenal Pergilah sepi yg lahir pada tahun 2001, bolehlah beli novel ni.



ok laaa... daaa~~

p/s: nak bagitau gak walaupun org x peduli! hihi

Wednesday, March 27, 2013

sekitar majlis resepsi haizum & taza 160313

Assalamualaikum. takde nak cerita macam-macam...sila layan gambar. (^___^)v













p/s: lalalalala~

Sunday, March 24, 2013

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah bermula... Kenduri kendara sana sini... Berpusu-pusu orang balik kampung walau hakikatnya yang cuti tu adalah budak-budak... maka mak bapak pun terlibat kembali. Apatah lagi yang bujang. Ngeee~...



Kepada adik2 yg cuti sekolah, banyak benda boleh buat di rumah. Antaranya:
1. Tolong mak kemas rumah + memasak + cuci baju + sapu laman rumah
2. Tolong ayah bertukang + repair motor + kemas kebun
3. Ulang kaji pelajaran sebab cikgu mesti dah siap sedia bagi kerja sekolah yg banyak mcm nak buat kajian tesis budak u aje!
4. Pergi bercuti + berkelah + makan angin + shopping or window shopping
5. Join kem bina semangat @ jati diri @ kepimpinan
6. Online
7. Mantapkan skill bola + sukan + sukaneka dan juga merempit!!
8. ....
9. ....
10. ....

Yang lain2 tu tambahlah sendiri erk.

Yang nak periksa tu, jgn lupa study smart... dan study hard!

Yang dah dapat result untuk exam 2012, tahniah diucapkan. Tak kira apa jua keputusan anda, masa depan terletak di tangan sendiri. Kebijaksanaan menyusun percaturan dalam hidup, akan membuatkan ke'smooth'an dalam melayari masa depan. Jangan takut. Allah sentiasa ada bersama kita. (^___^)v

p/s: kena jadi cikgu di rumah... haishhhh~


Friday, March 22, 2013

Jadual Penentuan Jantina Bayi

Assalamualaikum. Hai! Hari tu saya lepak kat tempat saya study dulu. Jumpa dengan member ni. Saja borak+gosip+mengarut+hal ehwal semasa+macam-macam cerita. Lepas tu, timbul isu pasal jantina bayi+pregnant+kahwin. Hari ni baru teringat pasal nak cari pasal penentuan jantina bayi. Dan akhirnya jumpa juga benda ni.

Sekadar panduan. Jadual ini berdasarkan kiraan Chinese Lunar Calendar.

Apa-apapun, semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Ini untuk rujukan atau kalau ada ibu2 yang nak check... mungkin benar atau sekadar kebetulan... atau kalau ada yang mahu merancang. Apapun, segalanya telah tertulis di atas sana.


Amacam?? Saya dah kira untuk mama saya... dan semuanya benar! hehehe

p/s: tunggu jodoh datang...baru boleh fikir pasal jantina baby. ;p



Thursday, March 21, 2013

SPA: 60,000 peluang pekerjaan tahun 2013


KLUANG 20 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 60,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, selain perjawatan baharu, hampir 40,000 kekosongan jawatan dijangka berlaku berikutan kakitangan yang berpencen kerana tidak berkhidmat sehingga berusia 60 tahun.

"Tahun lalu, SPA berjaya mengisi kekosongan perjawatan sebanyak 50,000 dan tahun ini, saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 orang kerana terdapat ramai kakitangan awam yang tidak mengambil opsyen berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

"Bagaimanapun masyarakat perlu tahu bahawa SPA hanya mempunyai tanggungjawab untuk mengisi sebanyak 70 peratus kekosongan jawatan kerana bagi agensi kerajaan berkanun, Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri seperti di Johor, mereka mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pada Karnival Kerjaya SPA di Sekolah Menengah Sains Sembrong di sini hari ini.

Sementara itu, SPA turut menggalakkan lulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian untuk menduduki ujian bagi mengisi jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang akan diadakan 13 April ini.

Mahmood berkata, sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit dengan mereka yang berminat perlu berdaftar secara talian di laman http://www.spa.gov.my.

"Pemohon yang pernah gagal juga diminta untuk mencuba semula kerana peluang masih terbuka kepada mereka," katanya.

Mengulas sesi interaksi tersebut, beliau memberitahu, program itu merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lalu yang bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya.

Sumber:

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130321/dn_11/SPA-jangka-isi-60000-peluang-pekerjaan-tahun-ini#ixzz2OBKaodSo
© Utusan Melayu (M) Bhd


p/s: jom update status kat portal SPA. (^___^)v


Friday, March 8, 2013

Salam Sejahtera Buat Wanita

Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat wanita2 di seluruh muka bumi ini. Hari ni, 8hb Mac adalah sambutan Hari Wanita Sedunia.

Kali ni nak kongsi keistemawaan wanita yang ada di dalam Hadis-hadis Nabi SAW yg saya dapat dari pembacaan saya. Ada banyak lagi yg saya baca tapi saya suka yg ni. (^__^)

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



p/s: Happy birthday buat sahabat saya Nurul Zanah yang menyambut birthdaynya hari ni. Saya sayang kamooooo!!~ (^__^)v

p/s 2: Hari2 hari wanita beb! kalau ada diskaun masa shopping lagi gempak! hehe

Tuesday, March 5, 2013

Halwa Maskat

Halwa Maskat. Ok. Bagi orang Perak, ia adalah biasa tapi saya yg juga orang Perak hanya mengenali ia sebagai sejenis makanan manis or manisan warisan orang dulu-dulu. Saya tak pernah makan, jadi di sini saya nak kongsi resepinya. Saya tak pernah buat dan kalau nak tau rupe dia camne, sila check kat sini.

Biasanya halwa maskat ni dibuat hantaran. Diacu cantik-cantik dan dihias serta boleh digubah.

Pembuatannya agak rumit tapi hasilnya berbaloi. (^___^)v

Ok. Sila baca barang2 yg diperlukan.

Bahan

1/2 kg tepung gandum
Air
1kg gula pasir
4 senduk minyak sapi
1 cawan minyak kelapa
1 jag air
kuali tembaga

Cara

Langkah pertama
1. Campurkan tepung gandum dengan air dan jadikan ia seketul doh.
2. Bila dah jadi doh, basuh doh tersebut dengan air. Caranya, letakkan doh di atas kain kasa yang bawahnya ditadah dengan besen. Basuh doh sehingga doh menjadi kecil.
3. Peram bahan yang dibasuh tadi semalaman sehingga menjadi mendak. Jangan lupa ganti air sebanyak 3 kali.

Langkah kedua
1. Masukkan air ke dalam kuali tembaga diikuit minyak sapi, minyak kelapa, dan gula.
2. Masak sehingga larut dan kemudiannya masukkan mendakan tepung yg diperam semalam.
3. Masak dan gaul sehingga ia pekat.
4. Setelah itu, bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk atau acuan. Biar sejuk sebelum dihidangkan.

Ini cara yg saya tahu dan diajar oleh mak saya. Kalau ada salah dan silap, harap dibetulkan.

Terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: mode belajaq kuih2 tradisi... hihi