Tuesday, March 5, 2013

Halwa Maskat

Halwa Maskat. Ok. Bagi orang Perak, ia adalah biasa tapi saya yg juga orang Perak hanya mengenali ia sebagai sejenis makanan manis or manisan warisan orang dulu-dulu. Saya tak pernah makan, jadi di sini saya nak kongsi resepinya. Saya tak pernah buat dan kalau nak tau rupe dia camne, sila check kat sini.

Biasanya halwa maskat ni dibuat hantaran. Diacu cantik-cantik dan dihias serta boleh digubah.

Pembuatannya agak rumit tapi hasilnya berbaloi. (^___^)v

Ok. Sila baca barang2 yg diperlukan.

Bahan

1/2 kg tepung gandum
Air
1kg gula pasir
4 senduk minyak sapi
1 cawan minyak kelapa
1 jag air
kuali tembaga

Cara

Langkah pertama
1. Campurkan tepung gandum dengan air dan jadikan ia seketul doh.
2. Bila dah jadi doh, basuh doh tersebut dengan air. Caranya, letakkan doh di atas kain kasa yang bawahnya ditadah dengan besen. Basuh doh sehingga doh menjadi kecil.
3. Peram bahan yang dibasuh tadi semalaman sehingga menjadi mendak. Jangan lupa ganti air sebanyak 3 kali.

Langkah kedua
1. Masukkan air ke dalam kuali tembaga diikuit minyak sapi, minyak kelapa, dan gula.
2. Masak sehingga larut dan kemudiannya masukkan mendakan tepung yg diperam semalam.
3. Masak dan gaul sehingga ia pekat.
4. Setelah itu, bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk atau acuan. Biar sejuk sebelum dihidangkan.

Ini cara yg saya tahu dan diajar oleh mak saya. Kalau ada salah dan silap, harap dibetulkan.

Terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: mode belajaq kuih2 tradisi... hihi


No comments: