Sunday, February 24, 2013

Karnival Kerjaya SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam di kawasan Bagan Datoh, Perak.



Tarikh: 26 Februari 2013

Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi: Dataran, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak.

p/s: saya akan ke sana! jumpa nanti!

Friday, February 22, 2013

Doa Cepat Dapat Jodoh

Assalamualaikum... Ada perkara menarik yang saya nak kongsikan. Doa cepat dapat jodoh. Saya belum pernah cuba lagi tapi kalau ada yang nak cuba, teruskan bacaan anda. Saya ambil dari sini.

http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/09/07/doa-cepat-dapat-jodoh/

Ada macam-macam lagi sebenarnya tapi saya cuma nak highlight bahagian jodoh ni aje sebab petang tadi saya dan anje dok meroyan sekejap pasal jodoh.

Kalau nak check doa, ayat, or zikir yang lain, boleh terus bukak website ini.
http://doaayatdanzikir.wordpress.com

Caranya...

Amalkan YA RAHMAN, YA RAHIM, YA ALLAH, sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang sepanjang duduk selepas solat Asar hingga masuk waktu Maghrib.

Masuk aje waktu Maghrib, sebut ALLAHUAKBAR, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada ALLAH SWT yang Maha Berkuasa dengan apa yang dihajati.

(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya.)





p/s: Moga dibukakan pintu hatinya untuk memaafkan segala kesalahan saya. Huhuuuu~

Wednesday, February 20, 2013

pucuk ubi masak lemak cili padi

Assalamualaikum. Tadi tengah hari mak cadang nak masak kuah lemak. Bila saya dah goreng semua ikan (tak tertinggal langsung untuk dibuat masak lemak), jadi mak pun keluar dari rumah dan pergi petik pucuk ubi di sebelah rumah. Thanks pucuk ubi sebab jadi bahan untuk buat masak lemak! Hehe

Ini resepinya...

Bahan

15 tangkai cili padi kampung (kalau suka pedas, boleh tambah)
2 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis yg bersaiz besar
Sedikit serbuk kunyit (sekadar pewarna)
semangkuk santan
2 cekak pucuk ubi
2 mangkuk air (untuk mencelur pucuk ubi)
garam secukup rasa

cara

1. Masakkan air di dalam periuk untuk mencelur pucuk ubi. Toskan setelah selesai mencelur.
2. Tumbuk cili padi, bawang merah, dan ikan bilis. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk lain dan masukkan sedikit air (dalam secawan air) dan serbuk kunyit untuk mereneh bahan-bahan ditumbuk di atas api. Biar sehingga masak.
3. Setelah bahan yang direneh itu masak, masukkan santan.
4. Apabila santan mula menggelegak, jangan biarkan. Sentiasa kacau untuk mengelakkan dari pecah minyak. Kemudian, masukkan pucuk ubi yang telah dicelur. Jangan lupa untuk meletakkan garam. Kacau perlahan sehingga menggelegak. Siap untuk dihidangkan.

Inilah hasilnya...


p/s: ok... nak sambung baca detective conan!


Friday, February 15, 2013

terbelenggu

satu perkataan ni sentiasa bermain dalam fikiran saya. sejak... entah! tak tahulah bila perkataan ini dah menjadi sesuatu dalam hidup saya.

QUIT.

quit bermaksud bebas daripada, terlepas daripada, meninggalkan, berhenti (kamus)

yg menjadi persoalan dalam hidup saya bila quit ni membawa kepada dua cabang. penyelesaian atau masalah. hmm... dah macam The Road Not Taken lah pulak.

quit itu penyelesaian adalah apabila kita dah tak serabut untuk mengharunginya. dah tak membazir masa, duit, tenaga... masa, duit, dan tenaga itu boleh digunakan untuk perkara lain. dan jika kita meninggalkan yang lalu, mungkin kita boleh memulakan sesuatu yang baru. ya tak?

quit itu masalah adalah apabila kita melihat sekeliling yg penuh harapan. juga pembaziran kita selama bertahun-tahun menghadapinya. patutkah dilepaskan setelah apa yg telah diusahakan selama ini? haishh...

jadi, apakah keputusannya? saya bingung... tersepit di antara harapan insan tersayang dan hati yg telah tawar. terbelenggulah kan?? sampai bila nak macam ni?

masih tak ada jawapan...



p/s: kerna cinta ku mampu mematahkan sepi, ku sanggup menunggu dirimu, walau seumur hidup... dont quit!