Friday, February 15, 2013

terbelenggu

satu perkataan ni sentiasa bermain dalam fikiran saya. sejak... entah! tak tahulah bila perkataan ini dah menjadi sesuatu dalam hidup saya.

QUIT.

quit bermaksud bebas daripada, terlepas daripada, meninggalkan, berhenti (kamus)

yg menjadi persoalan dalam hidup saya bila quit ni membawa kepada dua cabang. penyelesaian atau masalah. hmm... dah macam The Road Not Taken lah pulak.

quit itu penyelesaian adalah apabila kita dah tak serabut untuk mengharunginya. dah tak membazir masa, duit, tenaga... masa, duit, dan tenaga itu boleh digunakan untuk perkara lain. dan jika kita meninggalkan yang lalu, mungkin kita boleh memulakan sesuatu yang baru. ya tak?

quit itu masalah adalah apabila kita melihat sekeliling yg penuh harapan. juga pembaziran kita selama bertahun-tahun menghadapinya. patutkah dilepaskan setelah apa yg telah diusahakan selama ini? haishh...

jadi, apakah keputusannya? saya bingung... tersepit di antara harapan insan tersayang dan hati yg telah tawar. terbelenggulah kan?? sampai bila nak macam ni?

masih tak ada jawapan...



p/s: kerna cinta ku mampu mematahkan sepi, ku sanggup menunggu dirimu, walau seumur hidup... dont quit!


4 comments:

cik Bunge said...

Akak, ececehh ayatt.
Miss you akak (:

L.R said...

@cik Bunge

rindu kamu juga... =,)

amal said...

istikharah! itu yg terbaik :)

L.R said...

@amal

hmmm betul tu. thank you... =)