Thursday, May 28, 2015

Current Feeling #merenungbulan

Assalamualaikum. Halo! Lama sangat x jenguk blog! Hehe hari ni nak belanja lagu sebab hati tengah pusang, rawan!



Lirik


Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

p/s: semoga hati tenang dan kuat!

Friday, May 1, 2015

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum...

Sebulan tak update blog! Malas berganda-ganda melanda... hehe Ada aje aktiviti yang boleh di'share' di sini tapi nanti aje la.. (^___^)

Hari ni 1 Mei. Nak ucap selamat hari pekerja kepada semua. Apa yang saya nak kata:

"Kita selalu merungut kerja banyaklah, gaji tak setimpallah, kawan kaki ampulah, kita buat kerja orang lain dapat penghargaanlah, asyik kena marahlah, asyik kita aje yang kena suruhlah, bos macam diktaktorlah, suasana kerja macam hampeh lah... apapun, kita bersyukurlah ada kerja, ada pendapatan. Ramai lagi di luar sana yang mengimpikan berada di tempat kita. Gaji sikit tak apa, asalkan berkat. Benda nak jadi darah daging, mesti kena halal. Rezeki yang berkat itu, sikitnya cukup, lebihnya boleh dibagi-bagi... alhamdulillah..." (^___^)v

Untuk peringatan diri sendiri..




p/s: tak baik mengeluh! tapi saya buat jugak.. haha