Tuesday, June 25, 2013

Panas Dalam #berlaku tak kira musim

Assalamualaikum. Musim-musim jerebu ni, kenalah kita menjaga kesihatan agar tidak menjejaskan kehidupan seharian kita. Biasanya dalam keadaan macam ni, biasanya pakar-pakar kesihatan akan suruh kita banyakkan minum air masak. Yalah untuk mengelakkan diri dari terkena sakit yang disebabkan oleh partikel-partikel di udara. Selain itu dapat juga mencegah dari panas dalam.

Sejak debu-debu cinta penuh dalam ruang udara ni, saya senang betul dapat selsema, sakit tekak, selalu tersedak kalau tekak kering. Dengan cuaca yang panas kering ni, memang rasa macam nak berendam aje dalam air. Hihi mak kata, sekarang ni musim panas... kena banyak minum air. Kalau tak nanti panas dalam.

Ok. Panas dalam ni bukanlah penyakit tapi dikenali sebagai gejala dan tidak berlaku hanya pada musim panas. Musim sejuk pun boleh jadi juga panas dalam ni. Selain disebabkan oleh cuaca, pemakanan kita pun adalah salah satu punca terjadinya gejala panas dalam.

Antara simptom-simptomnya ialah;
  • Badan terasa berbahang (suhu ada meningkat sedikit tapi bukan demam), terutamanya dicelah pelipat badan, dalam mulut, dalam perut (boleh juga terasa berbahang), mata berasa panas. Boleh dikesan jika air kencing kita terasa panas dan berwarna kuning pekat.
  • Ada pecah-pecah di sekitar bibir, mulut ada ulser (kalau merah, masih ok lagi tapi kalau ada tumbuh yang warna putih, itu dah kritikal), boleh buat sakit gigi dan bengkak gusi, sakit dan gatal tekak, berkahak (boleh buat tersedak).
  • Sembelit ataupun cirit birit.
  • Telinga macam pekak aje, berdengung, terasa bengkak...
  • Kulit selalu gatal-gatal dan bila garu akan tumbuh mata ikan (macam jerawat tapi dia warna putih dan sangat sakit+sangat gatal. tak boleh garu, nanti akan jadi lebih besar), jerawat makin banyak, kadang-kadang boleh tumbuh bisul dekat badan.
  • Bila nak malam (biasanya sebelum maghrib), akan terasa seram-seram sejuk. Tak ada kaitan dengan hantu atau mistik ya! Ini disebabkan oleh perubahan suhu di sekeliling. Kalau mandi masa ni, akan rasa macam nak demam.


Cara mengatasi
Tak ada cara mengatasinya namun apapun, kita boleh mengawalnya dari menjadi lebih teruk.
  • Minum air masak sebanyak yang boleh agar dapat mengimbangkan kembali suhu badan. Ada setengah orang cakap, jangan minum air berais tapi pernah dengar tak air berais itu penawar? Bila suhu badan tinggi atau badan terlalu panas, air sejuk berais atau air yang disimpan dalam peti sejuk sebenarnya dapat membantu badan kita kembali kepada suhu yang normal. Caranya, mulakan dengan air yang disejukkan di dalam peti sejuk untuk memastikan badan yang panas tidak terkejut denga suhu air yang sejuk. Kemudian, bila badan terasa selesa, cuba pula dengan air yang berais. Jangan amalkan secara kerap. Amalan meminum air suam bukanlah tak bagus tapi air suam kadang-kadang hanya menambahkan lagi masalah panas dalam kita.
  • Berjaram. Maksudnya, meletakkan tuala basah di atas kepala. Ia juga satu kaedah menurunkan panas dalam badan. Selain itu, boleh juga meletakkan air asam jawa yang dibancuh sepekat yang mungkin di atas kepala kemudian balutkan kepala dengan tuala. Air asam boleh digantikan dengan air daun bunga raya. Ramaskan daun bunga raya dalam air, dan air tu boleh letak di atas kepala.
  • Jaga makan dan minum. Jangan makan atau minum benda yang 'panas'. Maksud panas di sini adalah makanan atau minuman yang boleh memberi kesan panas atau menghasilkan haba di badan bila kita makan atau minum. Sila baca seterusnya untuk tahu antara makanan dan minuman yang 'panas' di badan. (^___^)v Bukan tak boleh makan cuma perlu imbangkan.
  • Pemilihan pakaian juga penting. Elakkan pakaian yang tidak boleh meresap peluh. Bimbang ianya boleh menyebabkan dehidrasi.
  • Mandi. Ianya dapat menyegarkan badan dan boleh mengurangkan dehidrasi.
  • Dapatkan bantuan segera doktor sekiranya gejala berlanjutan.


Ok. Sekarang nak share apa dia makanan dan minuman yang 'panas' dan 'sejuk'.

Makanan
Sejuk
  • Buah-buahan seperti epal, lai, pear, betik, jambu, pisang.
  • Agar-agar.
  • Sayur-sayuran.
  • Nasi.
  • Jenis ubi seperti keledek, ubi kayu, kentang


Panas
  • Buah-buahan seperti tembikai, laici, limau, manggis, durian, rambutan, anggur, strawberi, pala, salak.
  • Pulut (apa saja yang bahan asasnya pulut, termasuklah tepung pulut).
  • Daging.
  • Lada (putih dan hitam), cili, cili padi.
  • Coklat.
  • Jenis kekacang (apa saja yang berasaskan kekacang seperti soya, kacang tanah kecuali kacang hijau yg buat bubur tu).
  • Rempah ratus.
  • Halia.


Minuman
Sejuk
  • Barli, cincau, air kelapa (kalau banyak sangat minum, boleh jadi sengal badan)
  • Teh (Tak kisah la teh bunga atau teh daun)
  • Selasih
  • Biji kembang semangkuk
  • Air Penyejuk badan
  • Air asam jawa dan air asam boi
  • Sarsi

ni air sirap selasih ya...bukan telur katak. ngeee~

ni la dia biji kembang semangkuk. rendam biji tu dalam air, setengah jam kemudian, dia kembang penuh semangkuk.


Panas
  • Coklat
  • Kopi, nescafe dan yang seangkatan
  • Soya
  • Air Halia


Ok. Minuman yang dalam kategori 'sejuk' boleh digunakan sebagai penawar panas dalam. Biasanya mujarab, insyaAllah.

Setakat ini je yang nak dikongsi. Salah dan silap harap dimaafkan... 

p/s: ini hasil dari sembang saya dengan mama abah pakcik dan makcik... sejak badan mula rasa cam dah kena panas badan.

p/s 2: Selamat Menjaga Kesihatan... (^___^)v

No comments: