Wednesday, March 25, 2009

26 MAC 2008: HATI YANG TERGURIS

kalau ingatkan tarikh ni (26 mac 2008), rasa nak menangis pun ada.
banyak persoalan timbul dalam kepala - (mcm ada tanda soal timbul). hehehe
boleh dikatakan persoalan itu bermula dgn KENAPA. haiya... susah nak diterangkan.
sebab?? ermm... apa sebabnya erk?

apa yang menjadi masalah skrg ni adalah masalah itu adalah masalah yang x pernah aku hadapi sepanjang aku hidup di dunia ni selama 22 tahun-[means thn lps la...]
masalah apa? masalah CINTA lah...
boleh bgtau aku, siapa yg leh handle masalah ini dgn baik?
kalu ada... aku nak tabik spring kat dia. mmg hebat la sbb dpt handle masalah yg menjadi kerunsingan dlm hidup manusia.

nak tau pe yg jd pada 26 mac 2008?
ermm... aku ditinggalkan sekali lg. sekali lg dia pergi jauh dr hidup aku. jauh sehingga aku putus asa pada dia. tapi bila aku fikir balik, KENAPA aku masih menanti dia?

jawapan yg pasti adalah... rasa sayang aku kat dia tak pernah surut dan tak pernah padam.
aku tau KENAPA dia mengelakkan diri dia dari aku... sbb rasa bersalah dia pada aku.-[is it juz for sedapkan ati or dia mmg nak run away dari aku? arghh... dont think -ve!]


sebenarnya, aku x pernah blame dia atas apa yg berlaku dlm hubungan kami.-[ye ke?? hikhikhik] (yalah, watpe nak blame2 org!!! blm tentu sndri betul. hohoho)


sebab apa erk??!!
sebab... aku pun paham situasi yg terjadi di antara kami.
dia di utara sana... (Penang... USM)
aku lak walaupun duduk dlm kategori negeri2 utara Malaysia (Perak tp kat selatan... means smpdn Selangor. huhuhuhu) tp jauh dgn tmpt dia tu.
pas tu yg bestnya aku tercampak terus kat UPM serdang ni. hmm... mmg jauh la.

aku faham, bila dah duk jauh2 ni, mcm2 dugaan la dtg.
susah nak jumpa, susah nak contact when masing2 busy dan aku pegang janji yang 'SUATU HARI NANTI KITA PASTI AKAN BERJUMPA...'
tapi aku mengerti apa itu janji... bukan senang nak ditepati. menuturkannya mmg mudah tp melaksanakannya memerlukan pengorbanan.
pengorbanan yang bukan semua org mampu mengambil risikonya.
ermm... bila dah jauh, perhatian pun kurang.
aku x salahkan dia bila dia pilih insan lain menggantikan tempat aku di hatinya sebab aku tahu, insan itu yg selalu berada di hadapan matanya, yg sentiasa bersamanya waktu susah n senang, yg akan menjaganya kalu dia memerlukan perhatian...

mungkin itu yg dikatakan JODOH.
sebab CINTA bukan hanya utk menyayangi dan mencintai.
CINTA meminta pengorbanan dan perhatian. saling berinteraksi di antara satu sama lain. memahami di antara satu sama lain.
bukan untuk mencatatkan betapa kita mengasihi orang tu tetapi sejauh mana perasaan kasih itu mengajar kita menjadi manusia.



ini lah yg aku rasa 1st time aku contact dia balik.

betul, aku x pernah marah dia. geram2 aku kat dia pun x adalah sampai nak sumpah dia jd apa2 yg x sepatutnya. huhuhuhu
aku terima alasan dia sbb bila aku fikir balik, mgkn aku akan buat mcm tu gak kot kalu aku berada kat tempat dia. ermm... xpe la. jgn amik hati sgt. x baik. hehehe

hari ini (26 mac 2009), kami tetap kawan-[walaupun hakikat yg payah nak terima sbb hati ini akan terguris kalu aku ckp yg x mustahil aku akan mengharap sesuatu.] kawan yg dlm erti ~kami pernah mencipta sejarah suatu ketika dulu~. itu aje...

ishh... dah la!!! syukur kerana dpt mengenali erti CINTA dan KASIH SAYANG.
mencari penggantinya... bukan sesuatu yg mudah. hmm... kalu senang, aku dah dpt dah. bkn lah dia sempurna mana-[aku ckp mcm ni sbb dia juga manusia.] tp pd aku dia seorg yg baik.
bertuah pd sesiapa yg dpt dia. hehehehehe
aku pun bertuah juga lah sbb dpt kenal dgn dia. huhuhuhu
p/s: K****** S*****, kalu buat kenduri nanti, jgn lupe ajak saya erk.
pesanan CINTA buat semua:
++CINTA mahal takrifnya itulah yang difitrahkan oleh ALLAH SWT kepada hambaNya, CINTA hanya tertulis pada perkataan tapi gagl dilihat pada zahirnya... kerana CINTA itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya. ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia apda yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu... CINTA takkan datang kalau tak dicari, CINTA juga takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi... tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati...++

4 comments:

AMALINI MUSTAPHA said...

waaa, sedih rs bc post yana ni..especially pesanan CINTA tu
susah kan bila kita mencintai dan menyayangi orang..
sabarlah yana, kumbang bukan seekor..
pasti akan ada seorang yg benar2 layak untuk yana..

PuTeRiSHaFLyNn said...

thankx ateh...
huhuhu

skrg ni dah xde pape dah...
smua dah berjalan mcm biasa.

betul kata ateh, kumbang bkn seekor...
tp nak cari kumbang yg setia pd sekuntum bunga tu yg susah.

baik kapel dgn kumbang comel kat umah. dia slalu lekat kat bunga orkid depan umah. nmpk cam setia je. hehehe

Anonymous said...

knapa pakwe awk x prnah komen pun dlm nie?

Anonymous said...

saper erk org yg telah menghancurkan hati dan perasaan anda?