Wednesday, April 25, 2012

kek lapis sarawak kukus


Bahan
5 bj telur saiz B
1 ketul butter 250gm
2 cawan biskut marie (di kisar halus)
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
pewarna hijau (perisa pandan)

hawflakes (asam belacan/asam gambir)



Cara2
1. Putarkan butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu per satu
3. masukkan susu, biskut dan esen vanilla. Kacau sampai sebati.
4. Bahagikan kepada 2 adunan - satu bahagian tanpa pewarna dan satu bahagian lagi campurkan pewarna hijau.
5. pastikan pengukus panas, kukuskan selapis demi selapis. setiap lapisan selama 5-10 minit. jangan biarkan air pengukus menitis ke dalam kek. letakkan hawflakes di atas lapisan yang telah masak sebelum dilapiskan dengan lapisan yang lain.

selamat mencuba... (^___^)v


p/s: sy ni pemalas... buat 4 layer je. haha jgn tiru mcm sy... lagi bnyk layer, lagi cantik tau. hehe

2 comments:

Khairahimo said...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
sedap nyerrrr homemade kek lapis srwk.. i like..

L.R said...

@Khairahimo

meh dtg umah... i buatkan utk u. hehe