Tuesday, February 9, 2010

aKu TaK Percaya CinTa vs aKu jaTuH ciNTa

assalamualaikum... dan salam pagi selasa... entri ini ditulis ketika jiwa kacau aku tinggal 27% je. 60% lg adalah ketenangan dan baki 13% itu pula adalah untuk kekosongan ketiadaperasaan. apa dah jadi dgn aku?? oh, xde apa2!! aku normal sengal seperti biasa. jatuh cinta ke?? xde la... aku juz mengusik kalbu. setakat ni, tiada cinta yang datang pada ku. =) hanya hampir jadi resah je sebab rindukan pemangkin kat fakulti aku ni. haha oh, ya! berdirinya saya di sini adalah untuk berkongsi dgn lebih apa yg cuba untuk disampaikan dari tajuk entri saya iaitu aku tak percaya cinta vs aku jatuh cinta. perasan x? ni tajuk lagu femes nyanyian Liyana Jasmay. jd lagu tema blog aku tuhhh!!! cayalah beb!!! kui3 sebenarnya... aku nak berkongsi kisah cinta yg berlaku di sekeliling aku. semoga menjadi tauladan, pengajaran dan pemikiran semua pencinta abadi...






situasi 1: emo...
biasanya kita dengar... 'biasalah, perempuan... emo!!' jgn lupa erk... lelaki juga ber'emo. cerita ini terjadi kpd kwn aku sendiri. biasa la... perempuan suka diberi perhatian... calling2... msg2... lelaki ni [bf kawan aku] balik kampung sbb dah abis bljr. so dorg dah x jumpa. nak dijadikan kisah, tetiba mamat ni x bls msg kwn aku ni... angkat call pun tidak... jd member aku ni jd angin la. yalah, tetiba je. kalu ada apa2 pun, bgtau la... tup, tup... ble dah sehari, ble dah kawan aku ni mengamuk, bru mamat tu balas msj. tu pun xde ckp pape... juz bgtau dia sakit. yg buat kawan aku marah ni pulak ialah mamat tu xbgtau pun dia sakit. kalu sakit n taknak dikacau, at least bgtau la... xdela kawan aku ni tercari2. ble kawan aku ni dok sindir2, terus dia mengamuk n tunjukkan emo dia. dok marah2 kawan aku. erk??? sape yg patut emo ni??? kawan aku menangis abis-abisan. lelaki tu xde rasa bersalah ke??? bahasa pun terus jd kasar... emo ke???




love ends when we stop crying...
situasi 2: skandal...
pelik... mmg pelik!!! kalu aku yg single n available ni ada skandal, mungkin org x mengata sgt... [rasanya org mengata gak...] tapi x seteruk ble kte dah couple dan ada skandal. org mengata kaw2 punya la... [biasanya aku pun join jugak bisik2 ngumpat ni... hehe] ini pun terjadi kat kawan aku... [biasa la... aku mmg ramai kawan pun. =)] kawan aku ni... aku tau la dia cantik tapi plez jgn main skandal2 ni. bahaya!!! kalu boifren awak marah nanti, sy juga yg awak tuju untuk bercerita. sy ni xtahan nak tadah lama2. skandal sana... skandal sini. jgn la gatal2 nk pasang spare part bnyk2. kesian kat org yg awak masukkan dlm senarai skandal. huhu


pertahan cinta anda sebegini...

situasi 3: curang...
hadoi... ni paling aku x suka!!! sebab pe?? sebab pakwe aku dulu curang. mentang2 la ktorg jauh... huhu eh, tp ni bukan nk cter pasal kisah aku tp nk cter pasal kawan aku jugak. dia ni... dah ada boipren. kenal kat tenet... biasa la... chatting2... tp... dia suka la cari lain. lebih kurang cm skandal gak la tp ni dia pasang 2 3 org. ari2 duk gayut2... duk chatting2... huhu setia dgn 2 3 org lelaki. nak je aku tanya dia... apa erti cinta pada dia sebenarnya? mainan?? suka?? saingan?? org lain ada n dia pun nak juga... huhu sungguh x paham!!! huhu
sepatutnya macam ni la...
ramai yg merana kerana cinta. jangan lupa erk... cinta itu indah. cinta itu universal... cinta itu mendalam maksudnya... tapi... manusia hanya tahu menodai cinta. walau bagaimana menghargainya pun... manusia akan membuatkan cinta itu jadi buruk di mata pencinta yg kecewa... ada gak yg kt cinta itu hanya menyebelahi pihak yg dipuja... kesian yg setia...
p/s: cerita diubahsuai demi menjaga perasaan n hati seseorang yg terbabit...
p/s 2: aku pun xtau nak kata apa... =) aku x percaya cinta... aku tak percaya c.i.n.t.a!!!

No comments: