Wednesday, February 23, 2011

Pintu Bangunan Pejabat TNC UPM pecah

Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.


Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.



Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".



Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.



Kejadian tolak menolak itu berlaku selama 15 minit bermula jam 3.30 petang.



Susulan daripada insiden tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, TNC HEP memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang mengenai tuntutan mereka kira-kira jam 4.15 petang.



Menurut sumber, dalam pertemuan dengan pelajar selama 35 minit di pejabat Dr Fauzi, keputusan dicapai untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya pagi esok.



"TNC akan berbincang dengan wakil pro-M dan mendengar keputusan tuntutan mereka," kata sumber sambil yang menambah, keadaan mulai tenang jam 5 petang selepas kebanyakan kumpulan tersebut bersurai.



Bagaimanapun, sumber itu tidak mengetahui butiran masa dan tempat perbincangan lanjut itu.



Sementara itu, menurut sumber pelajar, mereka merempuh pintu berkenaan selepas Dr Mohd Fauzi diberi masa untuk memberi penjelasan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka. Bagaimanapun Dr Mohd Fauzi enggan berbuat demikian.



Kata sumber itu lagi, tindakan itu diambil selepas kumpulan pro-M mengadakan sidang media di luar bangunan berkenaan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka.



Sewaktu berlaku insiden tolak menolak itu, kira-kira 150 penyokong kumpulan pro-M berada di bangunan berkenaan, tambah sumber itu lagi.



Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan sewaktu insiden itu berlaku.



berita oleh : Abdul Rahim Sabri (23 Feb, 6:11 pm)

hadoi... memalukan!! ini semua berpunca dari pembatalan kemenangan Pro-M. [http://malaysiakini.com/news/156817] awat jadi lagu ni??? hang dok universiti kot... apa2 hal leh bw runding. ni tak... hadoi... sapa la dok ngajaq hang semua p demonstrasi ganaih-ganaih ni!!! haishhhh... blajaq bertingkat2... habok pun tarak! kalau lagu ni la yang hang tunjuk, pemimpin kah hangpa smua???

2 comments:

TheShida said...

memalukan....tempiasnya kena kat org lain!

L.R said...

tu la pasal... tu ke yg dinamakan pemimpin??? jgn buat i muntah!!!~