Wednesday, March 2, 2011

walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi poojaan hatiku!


giler panjang title entri ni! malangnya, tak ada kaitan pun. hmm... sekarang ni tengah mood bersimpati. sangat simpati kepada si gadis yang sedang putus cinta. eh, bukan! lebih sesuai jika saya katakan, dia sedang berusaha untuk menjauhkan diri daripada si teruna itu. bukan salah mereka jika satu hari nanti mereka terpisah. dan tiada siapa perlu disalahkan... kerana semua itu adalah takdir. apa yang terjadi hanyalah sebagai punca. ya, semua tahu... Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya... apa yang berlaku semuanya ada hikmah. bak kata omputih, every cloud have a silver lining!<----ayat memujuk hati.




s: kenapa menjauhkan diri?
j: sebab mak bapak tak merestui hubungan yang dibina.

s: selama mana cinta itu bersemi?
j: lebih 3 tahun... susah senang dihadapi bersama.

s: selama ni, mak bapak tahu tak hubungan yang terjalin?
j: tahu... dan sepanjang hubungan ini berlangsung, mak bapak tak ada cakap apa-apa pulak.

s: maka, apa yang jadi punca mak bapak tak merestui?
j: sebab... si dia tak tampan dan kacak. itu sahaja...


aneh! rupanya masih ada yang memandang duniawi dalam kelompok kami. berkerut dahi saya apabila mendengar cerita si gadis. nampak sangat yang jiwanya meruntun hiba. dia menangis dalam hati. tak ada apa yang boleh saya cakap. hendak memujuk pun, idea tak ada... dengan dugaan yang menimpa dirinya bertalu-talu tanpa henti sejak dua menjak ni, saya hanya mampu berdoa agar dia tabah menghadapi semua cabaran.

si gadis, anda masih ada masa untuk membuktikan yang si teruna itu beragama, baik, benar-benar mencintai anda, dan yang penting, sikap peribadi seseorang insan itu bukan terletak pada wajahnya. walau bagaimanapun, jangan sampai anda membelakangkan makbapak anda. saya doakan anda tabah dan sabar menghadapi segala dugaan ini. banyakkan doa kepadaNya, ketika sujud dan selepas solat, agar dikuatkan hati dan dibukakan pintu hati mak bapak menerima si teruna tanpa ragu.

p/s: kalau gembira bercinta, pasti ada yang tak sempurna! sobsob...


2 comments:

enchikseseorang said...

owh ..
sungguh bermakna entri anda kali ini . tatkala membaca , sememangnya masih ada dan ramai lagi yang meletakkan luaran yang indah sebagai kunci utama memilih pasangan, bukannya akhlak yang indah serta budi perketi yang mulia.

Manusia , memang suka yang cantik2 di mata. bagi mereka, akhlas boleh dididik dan dibentuk. Namun, tidakkah bila akhlah itu cantik, maka terserlah la luarannya ?

thanks 4 nice entri

L.R said...

tahu... mmg lumrah manusia mahukan kecantikan tapi... punyai akhlak yg cantik perlukan masa yg lama utk dibentuk. kalau dah jadi buluh, mcm mana nak lenturkannya??

xtau la nak kata apa dah... hny mampu berdoa agar cinta itu kesampaian. aminn...~~