Tuesday, September 3, 2013

Ayam Goreng Rempah

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Dah masuk bulan 9 dah kita ye di tahun 2013 ni. Haishh... hidup saya masih lagi terumbang ambing. Huhu Tak ada masa depan langsung! (-___-')

Tak apalah. Mungkin belum ada rezeki dan Allah SWT akan memberikan yang terbaik untuk saya. (^__^) Siapa tahu kan apa yang telah tertulis di atas sana? Semoga doa saya dimakbulkan. Amiiiinnnn...

Ok. Entri bulan 9 ni saya nak mulakan denga ayam goreng rempah. Resepi ini saya campur aduk dengan resepi ntah-sape-ntah. Saya dengar si polan ni, pastu mix dengan resepi yang mak selalu buat, pastu tengok kat majalah saji dan akhirnya, saya adun dengan gaya saya sendiri. Huhu

Apapun, jom tengok!~

Bahan-bahan
500g ayam | dipotong kecil
3 atau 4 sudu besar tepung beras
Minyak masak

Bahan perap
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu kecil jintan halus*
1 sudu kecil jintan kasar*
2 batang serai*
(*dikisar sekali sehingga halus)
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar kicap pekat (kicap cair pun boleh cuma lebihkan sedikit)
2 sudu besar susu cair
Sebiji limau nipis (boleh juga guna lemon atau limau kasturi)
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Basuh bersih ayam. Mestilah basuh, kan?? Hehe Kemudian masukkan ayam tersebut ke dalam periuk. Bubuh air sehingga ayam tenggelam dan rebus ayam sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.
2. Sediakan bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk yang ada ayam rebus tadi. Masukkan semua bahan-bahan perap dan gaul rata sehingga semua ayam tersalut dengan rempah-ratus. Oh, ya! Limau tu kita guna airnya sahaja. Perahkan limau di atas ayam dan gaul. Mak cakap limau ni untuk bagi daging ayam lembut.
3. Kalau dah siap, perap ayam selama 1 atau 2 jam. Kalau nak perap lama pun boleh tapi masuklah dalam peti ais. Katanya lagi lama perap, lagi sedap. Saya perap sekejap aje sebab nak buat makan tengah hari.
4. Untuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kuali. Minyak kenalah banyak. Cukup sekadar dapat menenggelamkan ayam yang nak digoreng.
5. Sebelum goreng, taburkan tepung beras di atas ayam dan gaul rata supaya sebati. Goreng ayam bila minyak dah cukup panas.
6. Goreng sehingga warna dia coklat-coklat sedikit. Kalau hitam tu, jangan risau. Biasalah sebab ada madu. Tapi jangan sampai hitam macam arang. Tu dah jadi ayam goreng lain. Hihi Angkat dan toskan minyaknya.
7. Ayam goreng ni boleh dimakan bersama nasi ayam, nasi minyak, nasi beriyani, dan nasi putih. Saya ratah aje dan cicah dengan sambal cuka. Yummo!~

Ini aje yang sempat di snap gambarnya... huhu

Sambal cuka (tiada gambar)
3 tangkai cili merah*
5 tangkai cili padi*
3 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka* (saya pakai cuka epal)
1/2 cawan air masak*
2 sudu besar sos cili

Semua bahan * dikisar menggunakan blender sampai halus. Kemudian tuang di dalam mangkuk dan bubuh sos cili. Gaul sampai sebati.

Selamat mencuba!

p/s: sekarang ni saya sedang buat jeruk mangga dan ikan tenggiri pekasam. Harap menjadilah! Hehe nanti saya share... itupun kalau jadi laaa... huhu

No comments: