Monday, September 23, 2013

Ayam Masak Cili Kering. Ayam lagi!!

Assalamualaikum. Ayam lagi??!! Kat rumah ni kalau tak masak ayam memang tak sah! Adik saya memang tak makan ikan+sotong+udang+kerangan laut. Maka memang wajib masak ayam. Sesiapa yang makan ayam aje, bolehlah join si kamil hakim ni. peace!!

saya rasa ia cam sesuai makan dgn nasi goreng!

Bahan-bahan
A
600g ayam | dipotong
1 biji telur | diambil putihnya sahaja
Tepung goreng ayam (boleh diganti dgn tepung jagung / tepung gandum / tepung ubi)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

B
6 tangkai cili kering | dipotong dalam saiz setengah inci
2 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris bulat
1/2 inci halia | dihiris
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
gula dan garam sebagai perasa
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Ayam yang telah dibasuh bersih, digaul dengan garam, putih telur, dan tepung. Setelah sebati, goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing dan masak. Angkat dan toskan. Letak ketepi.
2. Panaskan minyak dan goreng pula cili kering sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
3. Gunakan minyak menggoreng cili kering tadi untuk menumis semua bahan hiris kecuali bawang besar. Tumis sehingga naik bau dan garing.
4. Masukkan sedikit air dan kemudian diikuti dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap manis.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kering dan bawang besar. Gaul dan masak sehingga bawang menjadi layu. Rasa manis masinnya.
6. Setelah kering, tutup api dan hidangkan.

Jangan bosan erk!

p/s: blm try lg cheesekut member PCD, alwani. (^___^)v

No comments: