Monday, August 21, 2017

Perginya Seorang Sahabat #AnisDalamKenangan

Assalamualaikum. Hai...

Petang semalam saya dikejutkan dengan perkhabaran dari sahabat lama sejak sekolah tadika lagi, iaitu Ina, memberitahu sahabat kami sedari sekolah rendah lagi, Anis, telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung. Masa dia bagitahu saya, saya sangat sangat sangat speechless! Tak tahu nak balas apa. Masih dalam keadaan separuh percaya. Benarkah apa yang saya dengar? Terus saya mesej kawan-kawan sekelas semasa di sekolah menengah di dalam group WhatsApp. Masing-masing tak tahu langsung dan akhirnya Ekin, telefon kakak Anis untuk pengesahan. Ternyata khabar pilu yang disampaikan oleh Ina benar belaka. Saya sukar nak percaya. Memang tak percaya! Terlalu awal dia kembali ke sisi Pencipta. ☹

Anis seorang sahabat yang baik. Seorang yang bijak, sangat lemah lembut, soft-spoken, sangat hormat guru dan kawan2, seorang yang amanah, bertanggungjawab, dan semua sikap yang baik ada pada dia. Jarang sangat nak nampak dia marah. Kalau dia marah pun, suaranya tak pernah tinggi. Tak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Dia memang baik. Sangat baik!

Anis sakit. Dah lama sakit akibat kanser payudara. Stage 4. Tapi dia sangat kuat. Dia harung semuanya sendirian. Sedikit pun dia tak mengadu. Apatah lagi merintih menangisi nasibnya. Saat diberitahu oleh doktor akan penyakitnya yang sudah membesar saiz bola pingpong, tiada air mata yang mengalir. Saat menjalani rawatan kemoterapi, walaupun sakit yang ditanggung tak dapat diungkap, dia langsung tak menyerah. Dia sangat tabah!

Tapi... saya lambat tahu. Saya tahu pun sebab Ekin bagitahu. Ekin tahu pun sebab Anis ambil insurans dengan Ekin. Kalau tak, kami tak tahu langsung. Kehilangan sementara dia pada waktu itu terjawab. Setelah sembuh, dia kembali ceria. Kami banyak bersembang di WhatsApp. Merepek+merapu di dalam group. Bercanda dan bergelak ketawa. Kami ingat dia telah pulih seperti sediakala. Tak sangka bulan puasa baru-baru ni, penyakit itu datang menyerang kembali. Merebak sampai ke hati. Membawa kepada kegagalan fungsi organ tersebut. Kami tak tahu. Raya hari tu tak sempat nak menziarahi dia. Saya terkilan sangat! Kawan yang tak guna betul saya ni!

Anis,
Yana tak akan lupakan keakraban kita sepanjang kita menjadi sahabat. Kita sekelas dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah. Banyak kenangan kita cipta bersama. Terlalu banyak! Masa sekolah rendah, kita join nasyid sama-sama. Ingat tak, masa result UPSR keluar, kita berdua p jumpa guru besar awal-awal sebab nak tengok result sendiri?!

Kita duduk sebelah menyebelah masa PMR. Habis paper aje, sembang. Kita semakin rapat masa form 4. Kita banyak join aktiviti kokurikulum bersama-sama. PBSM, Kuiz fizik, kuiz agama Islam, dan yang paling membina kenangan adalah kuiz perdana. Kita sama-sama mengulangkaji lepas waktu sekolah. Struggle giler waktu tu! Bermula dengan di Sekolah Convent peringkat daerah, lepas tu kita menapak lagi ke peringkat negeri di Sekolah Bainun, Ipoh. Tak sangka menang! Masa tu bangga giler! Tapi kuiz sejarah negeri di Taiping, Anis tak ada. Anis demam. Kena chicken pox dan yana ganti tempat Anis sebagai peserta pertama tapi yana tak boleh buat sebaik Anis. Nervous giler! Selalunya ada orang di kiri dan kanan yana tapi bila kena jadi leader, memang hancurlah. Kita kalah waktu tu. Dapat nombor dua. Kira okeylah tu.

Hujung bulan 7, kita ke KL. Join kuiz perdana peringkat kebangsaan. Happy sangat! Lebih kepada berseronok daripada nak menang kuiz. Kita pergi pagi. Kuiz start petang. Korang selalu kenakan yana. Huhu oh, ya! Yana lupa nak bagitahu Anis. Salah seorang peserta dari Kedah, nama Taqiyuddin, abang kepada kawan yana masa yana stay kat KTDI UPM. Dia study dekat US kalau tak silap. Sebelum pergi kuiz, kita tak selera makan. Gelak sakan kat koridor hotel. Tertinggal semasa naik lif. Merepek kat hall MTARP. Bila kalah, kita menangis sama-sama dalam bilik hotel. Hari kedua, kita usha syafiq. Dari dalam bas, sampai ke atas stage, sampai hi-dinner. Lepas tu korang dok asyik cakap pasal dia aje. Kita juga berkenalan dengan Shamini. Posing sakan dalam bilik dia. Konon ambil gambar KLCC. Tak nampak langsung! Hari nak balik, syafiq tunggu kita kat tepi bas. Balik hotel sama-sama. Dan korang tak habis-habis cakap pasal dia dengan yana. Dekat lobi hotel pun jumpa dia lagi. Ada beberapa adegan lawak yang berlaku tapi... tak apalah! Kita masing-masing ingat perkara tu. Rindu bila diimbau kembali.

Gambar ni kita bengang giler dengan pakcik cameraman sebab jauh sangat dia ambil.
kan dah tak nampak muka syafiq haha

SPM kita struggle sama-sama. Masing-masing dah tak nak aktif. Tahniah buat Anis sebab jadi Pelajar Terbaik SPM pada tahun kita.

Lepas SPM, kita terpisah. Yana dahulu ke KMPk. Lepas tu Anis menyusul ke KMK pulak. Bila degree, kita sama-sama dapat UPM tapi Anis jauh. Kita tak sama course. Tapi tak apa. Masa yana final year, fakulti yana pindah ke bangunan baru di sebelah fakulti Anis. Selalu gak kita terserempak dekat bus stop. Bila masing-masing dah grad, kita bawa haluan sendiri tapi setiap kali raya, kita pasti akan berjumpa. Dan... raya ni kita tak sempat jumpa.

Yana mohon ampun dan maaf kepada Anis sepanjang kita bersahabat. Yana juga dah maafkan Anis walaupun yana rasa Anis tak ada salah pada yana. Terima kasih kerana selalu jadi tempat yana meluahkan perasaan. Kalau terkenang kisah itu, pasti yana akan cari Anis. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik buat yana. Semangat juang Anis dalam melawan penyakit cukup membuatkan yana merasakan apa yang yana lalui selama ni tak sebesar dugaan yang menimpa Anis. Benarlah, Allah SWT takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Semakin Allah SWT sayang kepada hambaNya, semakin kuat ujian buat dirinya.

Damailah Anis, damailah di sana. Allah lebih menyayangimu. Suatu hari nanti, yana pun akan menyusul. Masanya akan tiba jua.

The Queen of 5 Science 1
Ya Allah, tempatkanlah sahabatku di tempat yang mulia. Permudahkan urusannya bertemu denganMu. Tak ada apa yang ku pinta selain rohnya dicucuri rahmat. Semoga diberi keampunan atas segala apa yang pernah dilakukan olehnya. Ku mohon, Ya Allah! Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ameen...

p/s: kau sahabatku, kau teman sejati

No comments: