Sunday, March 22, 2009

++PERJANJIAN PCD++

terkenang akan aku kenangan semasa aku melanjutkan pelajaran di universiti... masa amik degree... ermm... 3 tahun memeori itu tercipta. arghh... mana mungkin aku dapat melupakannya. di saat suka duka bersama... sam2 kena sound dgn senior, sama2 turun pi telaga ble xde air, sama2 lepak kat restroom, sama2 makan kat kafe, sama2 p kelas, sama2 amik kelas yang sama, sama2 menangis, sama2 ketawa...

selalu kena naik notis kat board sebelah toilet... 'Tolong jangan buat bising...' kalu melalak kat floor tuh, xde lain la. ktorg punyer keje la tuh. hehehehehe

entah la...

ekceli, nak bg tunjuk apa yg ktorg dah wat utk menjaga tatasusila ktorg supaya x kena marah lg dgn senior2. mmg ikut peraturan yg termaktub dlm agreement tuh sbb takut kena denda. hohohohoho =) yg best nyer, aku yg buat agreement tuh. hehehehehehehehehehehe =P

ni lah agreement tu. xdpt nak upload dgn jayanya tp... ni pun kira orait la kan drpd xde langsung. hehehehehehe


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


PUSSYCUB DOLLS

Peraturan yang wajib dipatuhi semasa berada di kampus Universiti Putra Malaysia.

Akta 1: Ketenteraman Awam, 2007.

1.1 Berkumpul
1.1.1 Tidak boleh berkumpul beramai-ramai di bilik-bilik individu tertentu yang ada teman sebilik di kolej kediaman bagi mengelak dari berlakunya masalah kebisingan yang mengganggu teman sebilik individu tersebut.
1.1.2 Hanya pada tempat-tempat tertentu, waktu-waktu tertentu, dan keadaan tertentu dibenarkan untuk berkumpul dalam kumpulan. Tempat, waktu, dan keadaan tertentu adalah seperti berikut:
i) Bilik individu yang ketiadaan teman sebilik,
ii) Bilik rehat,
iii) Ketika makan beramai-ramai,
iv) Ketika hendak ke kuliah,
v) Ketika berada di dalam bas,
vi) Ketika berada di dalam dewan kuliah,
vii) Ketika membuat perbincangan.

1.2 Berbuat Bising
1.2.1 tidak dibenarkan berbuat bising;i) ketika berkumpul (seperti yang termaktub dalam perenggan 1.1.1, 1.1.2 di atas)
1.2.2 tidak dibenarkan ketawa dengan kuat, mengeluarkan suara dengan lantang, menjerit di aras kolej kediaman, dan melakukan sebarang aktiviti yang boleh membangkitkan isu kebisingan di kawasan kampus Universiti Putra Malaysia.
1.2.3 Dilarang keras mengganggu keselesaan, dan ketenangan individu-individu tertentu yang boleh menjejaskan hubungan baik di antara sesama teman sebilik, searas, sekolej, dan sekuliah.

1.3 Tatasusila
1.3.1 Sentiasa menjaga tingkah laku dan adab sopan ketika berada di kawasan kampus Universiti Putra Malaysia.
1.3.2 Sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain; di kalangan teman sekuliah, teman searas, teman sekampus, dan di kalangan para pekerja di Universiti Putra Malaysia.
1.4 Hukuman
1.4.1 Sekiranya terdapat individu atau beberapa individu yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan, individu atau beberapa individu itu akan dihukum. Hukuman yang bakal dijatuhkan kepada individu atau beberapa individu itu ialah mengeluarkan duit untuk membelanja setiap ahli Pussycub Dolls dengan membeli air cendol di Sri Serdang.

(Segala peraturan yang tertulis dalam Akta ini adalah tetap. Semakan akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan situasi. Segala pindaan akan dimaklumkan kemudian. Semua ahli perlulah peka dan mengambil tindakan. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan.)
PERJANJIAN PUSSYCUB DOLLS


Kami, ahli Pussycub Dolls, telah membaca, dan memahami segala peraturan yang tercatat di atas dan berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan, sepanjang menjadi ahli Pussycub Dolls. Kami juga akan bertanggungjawab sekiranya kami melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


percaya atau x, kami merealisasikan perjanjian ini dgn tidak melanggarnya... hohohohohohohoho
ekceli, agreement yg ori dah hilang. agreement yg ada sign lips ktorg dgn lipstik. huhuhuhuhu aku pun xtau ke mana peginya... ada yg ckp kat samwan tuh tp dia x ngaku. ermmm... ntah la. malas nak pjg kan citer n apa yg aku ada hanyalah sofkopi je... nasib la erk...

kawan2 PCD, hidup tak selalunya indah... semoga persahabatan kita semua kekal buat selamanya. selagi hayat dikandung badan, selagi otak dapat tampung kenangan... (kalu xckup space, kene bli hard disk. hehehehe) Amin~~

PUSSYCUB DOLLS~along [Nor], angah [Dina], alang [Chan2], uda [Tini], achik [June], ateh [Wanie], anne, anje [Fairuz], usu[Rosie].

4 comments:

amal said...

yanaaaaaaa....
someone mana yg x ngaku tuh????
sbb kan..kalo x silap aggreement yg ori tu ada ngn wani huhuhu....
tapi dalam kotak mana tah..but confirm wani yg simpan huhu...
sorii,amponnn kalu wani yang tak ngaku tuh..huhuhuhu

Unknown said...

ada kat wanie ke????
sbb chan2 bgtau ari tuh ada kat samwan yg dia kata hanya dia yang tau. bukan dekat wanie...
betul... bukan dekat wanie rasanya... huhuhuhu

amal said...

huhuhu...
sapeee agaknyeee...
sbb seblom ni xde sape2 ty wani pasal benda tu..so wani diam jela..
tapi nntilah wani check dulu.rasanya mmg dgn wani..

Unknown said...

kalu dah simpan, xpe la...
cian kat wanie nak p cari. huhuhuhu
mmg xde tny kat wanie or sape2 pun sbb confirm kat samwan tuh. huhuhuuh

sorry erkkk..... (T_T)