Sunday, October 13, 2013

Kari Ayam

Assalamualaikum. Hai!~ Masih belum habis lagi dengan entri resepi kari. Haha ni pun sebab ada member yang bertanya. Maka, saya pun share lah di sini. Kali ni nak share resepi kari ayam. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

bahan-bahan
500g ayam | dipotong dan dicuci bersih
3/4 paket kecil serbuk kari | dibancuh dengan sedikit air
3 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 ulas bawang bawang besar | dihiris
1 inci halia | dihiris panjang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji kentang | dipotong 4
1 sudu kecil asam jawa ekstra
2 cawan air
3 cawan santan perah (1 cawan santan pekat+2 cawan air)
cili besar | dibelah
1 biji tomato | dipotong 4
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara-cara
1. Rebus ayam yang telah dibasuh bersih sehingga setengah masak. Tos dan ketepikan. Ini bertujuan untuk mencepatkan tempoh memasak dan untuk mengelakkan daging ayam daripada hancur. Kalau nak skip step ni pun boleh. Masukkan ayam bersama kentang. (Baca seterusnya.)
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar, bawang besar, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari yang dibancuh air. Tumis lagi sehingga garing.
3. Selepas itu, masukkan air dan ubi kentang. Reneh sehingga kentang empuk. Selepas itu, masukkan ayam yang telah direbus tadi. Biarkan ia reneh seketika. Jangan lupa masukkan asam jawa. Asam jawa ini bertujuan untuk mengelakkan ayam menjadi hancur.
4. Masukkan santan, cili besar, dan tomato. Kacau perlahan sehingga kuah mendidih. Masukkan garam sebagai perasa.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Pesanan: Semasa mereneh ubi kentang, jangan masukkan asam jawa sebab ubi akan lambat empuk. Sebab itu saya suka rebus dulu ayam sebelum dibuat masak kuah.

Selamat mencuba!

p/s: Raya Haji semakin hampir... kali ni buat rendang. Kalau ada masa, saya share erk. Daaaa...~


No comments: