Friday, October 18, 2013

Rendang Ayam Bonda

Assalamualaikum. Helooo... (^__^)v hari ni hari last untuk ibadah korban sebelum masuk waktu Maghrib. Daging korban dah selamat dimasak semalam. Hehe tulang lembu buat sup, daging tetel buat kari, dan ada dapat daging seketul malam tadi buat beef steak! Hari ni... pagi2 lagi saya dah petik buah kedondong sebab mual. Terasa-rasa lemak daging dekat tekak. Saya bukannya makan sangat tapi disebabkan kena masak jadi terbau-bau...Huhu

Menu raya haji hari tu, kami sekeluarga tak masak sakan macam raya puasa. Hari tu kami rebus ketupat segera, masak rendang ayam, kek coklat, dan red velvet cupcake. Amalan di sini biasanya bertukar juadah. Bila sedekah pada orang lain, orang akan sedekah balik dan akhirnya jadi banyak. Huhu

Rendang ayam my mom yang masak. Saya just gorengkan ayam aje dan sediakan bahan. Saya sebenarnya tak berapa gemar rendang. Tak tahu kenapa tapi kalau ada orang nak makan, saya masak aje (mr.s, sila alert erk. hehe)

Ok. Dari saya terus bebel entah apa-apa, jom tengok bahan-bahannya. Resipi ini untuk 5 orang makan.

Bahan-bahan

A
1/2 ekor ayam | dipotong dan dibasuh bersih
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

B (Bahan kisar)
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
8 tangkai cili kering
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas (kalau tak ada pun, rendang tetap sedap)

C
1/2 paket serbuk kari daging | dilarutkan dengan air
2 batang serai | dititik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
Kerisik | setengah biji kelapa saiz sederhana, diparut, digoreng tanpa minyak sehingga warna perang, dan ditumbuk sehingga keluar minyak
Santan | sebiji kelapa saiz sederhana, diparut, dan diperah untuk ambil santannya
1 sudu kecil asam jawa ekstra
Air
Minyak untuk menumis
Gula dan garam

Cara-cara
1. Ayam yang telah dicuci bersih disalut dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga hampir garing. Angkat dan toskan. ketepikan.
2. Panaskan kuali yang sederhana besar dan masukkan minyak yang cukup untuk menumis. Masukkan bahan A. Tumis sehingga garing. Setelah itu, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan serai. Tumis lagi sehingga garing. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan hangit.
3. Masukkan ayam yang digoreng. Gaul rata dan masukkan pula santan, asam jawa, gula, dan garam. Masak sehingga santan menggelegak.
4. Masukkan kerisik dan daun kunyit. Rasa dan biasanya kuah akan menjadi pekat.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Ada cara lain untuk masak rendang. Satukan ayam mentah, bahan kisar, serai, dan serbuk kari ke dalam kuali dan reneh sehingga pecah minyak. Agak2 dah separuh masak, baru masukkan santan, gula, garam, kerisik. Cara macam ni biasanya saya guna asam keping. Asam keping tu masuk bersama ayam, supaya daging ayam tak hancur. Sebab bila mula mendidih, kita akan semakin kerap mengacau.

comot! haha
Selamat mencuba!

p/s: sesuai untuk dimakan bersama nasi atau ketupat.

No comments: