Monday, October 28, 2013

Kek Batik ~of courselah biskut meri. hehe

Assalamualaikum. Kek batik! Hari tu cdg nak buat cheesy brownies versi kukus sbb dah tengok dalam fb yang Puan Alwani share. Tapi x jadi sebab belum beli cream cheese. Malas nak p kedai pastri. Maka, buatlah kek batik.

Kegilaan mem'baking' ni disebabkan oleh serbuk koko kena habiskan sebelum hujung bulan disember. Dah nak expired tapi koko banyak lagi.

Kalau saya dah rajin p kedai pastri beli cream cheese, saya nak buat cheesy brownies. Nanti boleh update dekat sini. (^___^)v

Resipi kek batik ni saya ambil dalam buku resipi my mom... memang dah agak lama jugak laaa sebab kertas tu dah mula kaler coklat dan hampir lunyai. Huhu

Jom tengok bahan-bahannya!

Bahan-bahan
300g biskut meri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan gula kastor (kalau tak nak manis, boleh kurangkan)
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan serbuk milo
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air panas

Cara-cara
1. Bancuh serbuk koko dan serbuk milo bersama dengan air panas. Ketepikan.
2. Pukul marjerin dengan gula kastor sehingga kembang. Kalau nak guna blender pun boleh.
3. Setelah itu, masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan pula susu pekat manis dan kacau adunan. Kemudian tuangkan adunan koko tadi dan kacau lagi sehingga semuanya sebati.
5. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga likat.
6. Sejukkan seketika dan masukkan biskut meri yang telah dipecah dua atau empat.
7. Tekankan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong.


Selamat mencuba!

p/s: Love You Mr. Engineer! Hahaha

2 comments:

akuiwana said...

raya haji hari tu kak long try buat.tapiii dia keras sikit la.sbb biskut merie tu berkualiti sgt kot!haha

Unknown said...

@akuiwana

owh kalau biskut tu berkualiti sangat, akak x leh nak komen la..haha xpe...kak long try guna biskut meri jenama lain. akak guna hwa tai...