Wednesday, October 23, 2013

Tragedi Oktober?!

Assalamualaikum. Dulu saya selalu berkata pada diri sendiri bahawa;
Berita baik itu akan diringi dengan berita buruk.

Jangan terlalu banyak ketawa sebab airmata itu akan datang menjengah kita...
Bulan Oktober ni, walaupun belum berakhir namun pelbagai kisah menyelubungi hidup saya. Sangat sangat tidak sangka dengan apa yang dilalui.

Oktober ini bermula dengan berita perkahwinan pakcik saya yang sudah dua tahun menduda (isterinya meninggal dunia) dan ketika sedang meraikannya, embah bikem, nenek angkat saya kembali ke rahmatullah setelah seminggu jatuh di bilik air.

Seminggu kemudian, embah yahya (atok saudara sebelah ma) pula pulang berjumpa dengan penciptanya.

Keadaan agak tenang semula dan saya meraikan majlis perkahwinan sahabat handai dan kelahiran khalifah-khalifah di sekeliling saya.

Hari Sabtu hari tu, kawan baik saya bagitahu maknya masuk hospital untuk menjalani pembedahan kerana ketumbuhan dalam otak dan hari ini second operation yang sepatutnya dijalankan ditunda pula.

Semalam, berita dikhabarkan lagi yang makcik saya (sepupu abah) yang paling rapat dan banyak tolong kami juga dijemput Ilahi. Rasa macam tak boleh terima sebab hari Isnin tu, saya baru berbual di telefon dengannya. Sembang macam-macam.

Sekali lagi, kami dapat panggilan semalam yang embah salamah, (nenek saudara) dikejarkan ke hospital akibat penyakit kuning (kegagalan fungsi hati). Petang tadi baru kami ada kesempatan ke hospital untuk menjenguknya. Kasihan beliau... terlalu kurus. Tak dapat berbual dengannya, sebab dia tengah tidur. Embah salamah ni dulu duduk di sebelah rumah saya. Susah senang keluarga kami, beliau yang banyak membantu. Beliau jugalah yang menyambut kelahiran saya. Bidan lambat datang masa tu. Mak saya cakap daaa...

Dan baru sebentar tadi abang kawan sepermainan saya (kawan sekampung) ditimpa kemalangan di KL. Bertembung dengan lori. Kami sekeluarga amat terkejut dengan berita ini. Yalah, isteri abang ni kawan sekerja abah dan memang setiap kali raya, mereka sekeluarga akan wajib singgah rumah.

Oktober belum berakhir dan please... saya rasa macam tak cukup kuat nak terima semua yang berlaku di sekeliling saya. Huhu

p/s: al-fatihah kepada yang telah tiada...

p/s 2: ingat lima perkara sebelum lima perkara...

1 comment:

hartiniyahya said...

sabar banyak2... in sha allah berita gembira akan datang juga...