Wednesday, June 27, 2012

TDR

assalamualaikum. tekanan darah rendah. saya dah ada penyakit sejak kecil dan alhamdulillah... xde masalah kesihatan yg serius. semoga ia berterusan laaa... aminn. =)

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.


Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.


Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan tekanan darah...
1. Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas sehari.
2. Sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.
3. Mengambil makanan yang cukup mengandungi kadar garam yang betul.
4. Untuk sayur, perbanyak mengambil bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Selain itu, coklat, lada, hati ayam kampung/sapi/kambing, mentega, dan keju katanya juga bagus untuk orang yang menderita tekanan darah rendah.
5. Mengenai gambaran masyarakat yang sebahagian besar beranggapan bahawa dengan mengambil daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tekanan darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah ertinya bekalan darah tidak maksima keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita boleh pucat (anemia), pening , merasa cepat lelah dan sebagainya.
terima kasih, sumber.
yang ini lak cter org yg ada tekanan darah rendah


p/s: semoga semua sihat2 sejahtera... (^____^)v


2 comments:

akuiwana said...

laa kak liana ad masalah tekanan darah rendah ka?taktau punn.takpa2 semoga sentiasa sihat kay :)

Unknown said...

@akuiwana

tak serius pun... setakat ni sihat aje. hihi terima kasih sbb doakan akak... =)