Friday, June 29, 2012

:.Impian dan anganan.:

assalamualaikum...

terasa terpanggil untuk menulis entri ini sebab baca entri kawan saya ni. haha

saya akui, saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah kaya berganda. petik jari aje, dapat. panggil aje tersedia. sebab tu impian saya besar. MAHU. JADI. KAYA. hahahaha dahsyat kan???

sebenarnya bukan kaya mana pun... cukuplah untuk membeli apa-apa yang teringin. kalau boleh nak bayar cash. haha

hidup yang saya lalui kini bukannya susah sangat sampai langsung tak dapat apa yang saya mahu tapi semuanya terhad. terbatas. duit yang ada hanya cukup-cukup aje. tak boleh nak berlebih-lebih sebab ada keperluan lain yang lebih penting yang perlu diutamakan.

nak jadi kaya pun, saya tak adalah sampai terfikir nak melampaui batas agama. tak adalah sampai nak cari suami berstatus millionaire. kalau dapat millionaire pun, itu sudah namanya rezeki dan jodoh. hmmm... semuanya... cukuplah kalau saya ada pekerjaan sendiri. pekerjaan yang mampu menampung makhluk Tuhan bernama Liana ini. hehehe


/
bila fikir balik, kalau saya kaya, adakah saya akan berubah? menjadi seorang yang bukan saya sekarang. haishhh... doakan saya tak lupa diri dalam apa jua situasi pun. sebab banyak benda yang saya boleh buat kalau saya kaya. dengan harapan kekayaan ittu berkat bila dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan.

hmm.... mungkin belum rezeki agaknya. haishhh...


p/s: saya cuba untuk membina satu perniagaan saya sendiri. sekarang tengah belajar kemahiran. harap-harap jalan saya dipermudahkan. aminnnn....

p/s 2: doakan impian saya menjadi kenyataan. hihi


No comments: