Sunday, April 19, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YG KE 81... DAULAT TUANKU!!!

19 April 2009... hari ini adalah hari bersejarah kepada semua warga negeri Perak. Hari ini adalah hari ulang tahun keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, GCB, KStJ, dilahirkan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak. Anakanda kepada Sultan Yusuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Makhtaram Shah (Sultan Perak pada tahun 1948-1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah binti Ahmad dibesarkan di luar lingkungan adat dan protokol istana. Berikut adalah biodata baginda.

Tarikh diangkat menjadi sultan perak: 3 Februari 1984-sekarang

Tarikh diangkat menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia: 26 April 1989- 25 April 1994

Permaisuri: Tuanku Bainun binti Mohd Ali (lahir pada 1932)

Anakanda:
1) Raja Nazrin Shah
2) Raja Dato’ Seri Azureen
3) Raja Dato’ Seri Ashman Shah
4) Raja Eleena
5) Raja Yong Sofia

Ayahanda: Sultan Yusuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Makhtaram Shah

Bonda: Toh Puan Dewangsa Khadijah binti Ahmad

Tarikh keputeraan: 19 April 1928

Tempat diputerakan: Batu Gajah, Perak.

Pendidikan:
1) Government English School (sekarang Sekolah Sultan Yusuff, Batu Gajah)
2) Kolej Melayu Kuala Kangsar
3) Universiti Nottingham-Bacelor Undang-undang (1953)
4) Honorable Society of Lincoln’s Inn-English Bar (23 November 1954)

Kerjaya:
1) Assistant State Secretary of Perak.
2) Judicial and Legal Service of the Federation of Malaya where he served as a First Class Magistrate and as a Sessions Court president.
3) Federal Counsel and Deputy Public Prosecutor
4) Legal Adviser of the State of Pahang and later of Johor
5) Registrar of the High Court in Malaya
6) Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia.
7) Bench of the High Court of Malaya (1965)-being the youngest judge to be appointed in the Commonwealth.
8) Federal Court judge (1973)
9) Chief Justice of Malaya (1979)
10) Youngest-ever Lord President of the Federal Court of Malaysia on 12 November 1982.

Oleh yang demikian, pada hari Isnin (20 April 2009) seluruh rakyat negeri Perak akan bercuti. Wah, aku jealous ni! Hehe apapun, semoga panjang umur dan dikurniakan sihat tubuh badan kepada Tuanku agar dapat memerintah negeri ini. Sembah patik harap diampun…

p/s: sape2 yg x suka Sultan Perak tu, jgn ngada2 nak cuti lak (bg yg berada di Perak je la…). Cuti nak, suruh hormat Sultan xnak. Kutuk2 sultan tp ble sultan nak bg samting, smua amik. Xtau malu tol!! Mcm tu ke rakyat yg mendukung adat?! Mana perginya rasa kasih dan hormat sebagai rakyat? Fikir2kan la… kalu xdpt nak fikir, jgn lupa buka buku sejarah. Lihat bagaimana orang dulu2 mempertahankan sultan dan adat istiadat melayu yg dipegang turun temurun. Kalu susah sgt nak buka buku, skrg ni ada kemodenan. Smuanya di hujung jari. So, tiada alasan nak belajar dan mengenal jati diri. Biar buta mata, jangan buta sejarah, jangan buta hati… Daulat Tuanku!!!

No comments: