Monday, December 14, 2015

Percutian Pendek: Berjimba-jimba di Pulau Mutiara Episod 3 #visitpenang

Assalamualaikum... Hai! Entri kali ni nak sambung cerita pasal perjalanan kami di Pulau Pinang.

Tibalah kami di hari terakhir di pulau. Seperti biasa, kami bangun pagi dan terus berkemas untuk check out. Lepas simpan beg dalam kereta, kami cari restoran untuk sarapan pagi. Pagi ni memang rindu nasi lemak! Huwaaa pusing-pusing tapi tetap makan roti canai.

Sebelum sarapan, kami park kereta dekat Masjid Kapitan Keling. Singgah di situ sebentar untuk melihat dan bergambar.

Sejarah untuk hari ini

langit cerah 

tuan rumah nak interframe gak..haha

Lepas makan, kami gigih mencari street art. Tiba-tiba kami nampak kedai untuk sewa basikal. Aunty tu sangat mesra. Sewa basikal di situ RM10 dan no limit time!

p/s: sorry..tak ingat nama jalan dan tempat kami mencari street art tu. haha





we are satu Malaysia, bak kata uncle tourist guide.
actually, we are friendly Malaysian, pakcik! haha










sejarah nasi kandar


Habis pusing-pusing cari street art yg kami nak, kami pun pulangkan basikal. Adalah dalam sejam lebih mengayuh. Penat wooo... Hahaha nampak sangat tak fit! Lepas tu, kami balik ke kereta dan terus menuju ke jeti untuk balik ke tanah besar. Dah janji dengan anje nak singgah rumah dia kat Sungai Petani. Gigih kan? Semua ni kerana nilai persabahatan dan jalinan adik beradik yang ada dalam diri kami. Jarak tidak pernah membebankan!

Tunggu turn nak naik feri


Babai pulau!

Selamat kembali ke tanah besar!
Sampai dekat rumah anje, kami main dengan anak dia, Ali Zain. Mama anje siap masakkan kami nasi lemak ayam goreng rempah untuk kami. Yummy. Sedap sangattt... Terima kasih banyak-banyak. Siap bekalkan kami murtabak raja dan biskut. Terima kasih lagi! Sebelum balik, kami singgah sebentar di Kilang Biskut family anje kat Bakar Arang untuk membeli belah.

Ali zain leka sebab terpesona dengan kaler oren aunty anne dia! haha

jeling maut kottt..hahaha

terkejut + seram dengan aunty anne dia. hahaha

Dalam perjalanan balik ke KL, kami berhenti di kedai Jeruk Pak Ali dekat Seberang Jaya. Sesak dengan manusia! Haha Tak shopping sangat pun. Beli souvenir untuk kawan-kawan kat office.

Tamat sudah perjalanan kami di Pulau Mutiara. Lepas ni ada cerita lain pulak. Haha

Bye!

Real p/s: pertahankan kedaulatan Pulau Pinang please!

No comments: