Saturday, December 12, 2015

Kisah Dapur : Sambal Telur Dadar

Assalamualaikum... Hai!

Selamat berhujung minggu buat semua! Hari ini saya nak share resepi yang simple dan sedap. Saya suka buat masakan ni sebab ianya boleh dimakan bersama nasi lemak, nasi goreng selain dengan nasi putih.

Bahan-bahan

4 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

5 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang besar saiz sederhana | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
15 tangkai cili kering | dikisar
air asam jawa | dibancuh nipis lebih kurang dalam 100ml
gula dan garam
minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan taburkan secubit garam. Pukul dengan garfu dan panaskan kuali. Goreng telur seperti biasa. Setelah masak, angkat dan asingkan. Potong telur dalam bentuk segi empat.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar di dalam kuali yang sama. Tumis sehingga bahan-bahan pecah minyak dan sedikit garing. Masukkan air asam jawa, gula, dan garam.

3. Setelah air kering dan sambal kelihatan pekat, masukkan telur dadar tadi dan gaul sehingga sekata. Tutup api dan sedia dihidangkan.



p/s; Terhenti sebentar nak update cerita Penang. Busy di hujung tahun sebelum bercuti panjang sempena tamat kontrak 2015. Huhu oh, busy juga dengan aktiviti jalan-jalan! haha Kbaiii


No comments: