Wednesday, December 2, 2015

Percutian Pendek: Berjimba-jimba di Pulau Mutiara Episod 2 #visitpenang

Hai hai hai... eh, assalamualaikum!

Dah masuk bulan Disember dah. Huhu Baru satu pertiga cerita saya melawat Pulau Pinang. Haha adehh.. malas betul! Dengan kerja kat opis lagi. Dengan si polan buat hal lagi. Dengan nak settlekan kerja orang lagi. Sabar aje laa...

Pada hari kedua di Penang, kami gerak dari hotel pukul lapan pagi. Cari breakfast. Hmm susah juga nak cari makanan erk pagi-pagi dekat sana. Apatah lagi kedai melayu. Memang tak jumpa. Haha baru sehari duduk dekat pulau, dah rindu nasi lemak.

selfie

jalan-jalan cari jalan.. haha
Lepas bersarapan, kami ke Padang Kota Lama atau dikenali sebagai Esplanade. Tapi time tu dah terik. Kami tak singgah pun. Kami terus ke Penang Time Tunnel Museum. Muzium ni buka pada pukul 9.15 pagi dan tutup pada pukul 7.00 malam. Harga tiket masuk ialad RM16 dengan mykad.



serius giler bincang pasal sejarah





Dalam Penang Time Tunnel Museum, ada 3D mural art street gallery.









upside down 
Banyak sangat gambar sampai tak tahu nak pilih. Huhu

pemandangan dari jalan green hall

Habis berjimba-jimba di Penang Time Tunnel, kami singgah ke Made In Penang Interactive Museum, Pengkalan Weld, Georgetown. Harga tiket RM15 dengan mykad.


















Lepas tu kami kembali semula ke Padang Kota Lama untuk makan tengah hari. Makan mee sotong dengan air laici kang. Siap bungkus pasembor untuk bekal makan dekat hotel,

jemput tengok...

Kami balik hotel sebab petang tu nak berjalan ke tempat lain pulak. Tak sempat nak snap gambar pasembor sebab fikir nak keluar aje petang tu.

Destinasi kami seterusnya ke Queensbay Mall. Tapi sebelum sampai ke Queensbay, kami sempat singgah ke USM. Haha yalah, tak pernah sampai ke situ kan? So kena lah singgah. Bila masuk situ, terus teringat UPM. Rinduuu... apatah lagi masa tu nampak student tengah tengok game ragbi. Masa tu saya tengah drive. Memang tak dapat la nak ambil gambar. Huhu

dapat ambil gambar pintu masuk pun jadi laaa..


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Queensbay mall. Masuk queensbay mall sekejap sebab nak makan aiskrim. Dahsyat kan? Actually nak cari ATM. Lepas tu, keluar dan singgah dekat gerai tepi laut untuk makan laksa. Tapi saya makan bihun sup. Lepak sekejap dekat tepi laut tu sambil melihat matahari turun di sebalik bangunan (takdak feel sungguh port tengok sunset!). Nasib baik la depan tu Pulau Jerejak. Cantik jugak la view.




tengok la sunset kami! celah bangunan lagi..huhu



Lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Tempoyak. Agak gigih la nak ke sana sebab dengan construction jalan, kawasan perindustrian kilang-kilang. Jammed! Dan juga, jalan nak ke sana agak Cameron Highland sikit. So hati-hati la erk. Huhu kami ke sana sebab nak pergi makan ikan bakar kat Adnan bin Hassan, Medan Selera Teluk Tempoyak. Hehehe

Sampai sana dah Maghrib. Tambah pula dengan cuaca hujan... memang tak nampak sangat Jambatan Kedua PP kecuali lampu. Sorry, kat sini tak ada pictures makanan. Apapun, makanan sedap. Kami order ikan siakap bakar, kailan ikan masin, dan sotong celup tepung. Cuma satu aje yang tak berapa nak puas hati. Ikannya tak banyak pilihan.

Lepas makan apa lagi, kami pun pecut pergi balik hotel. Siap mandi dan solat, semua pakat tidur. Saya pulak dok p layan tv. Haha

Babai! Jumpa lagi nanti..

Love,

Liana

p/s: pasaipa la sakit kepala time tulis entri niii...


No comments: