Monday, April 7, 2014

Ada bezanya mengambil berat dengan busybody

Assalamualaikum. Update segera! Haha disebabkan tengah stress dengan seseorang di opis, maka saya terterbitlah entri ni. Huhu

Mengambil berat;

  • Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (Sumber)
  • Mengambil tahu akan seseorang, sesuatu perkara, atas niat baik dan tanda prihatin (LR, 2014)


Dan,

Busybody;

  • a person who is too interested in the private lives of other people (Sumber)


Bukan nak kata salah kalau kita busybody, ada baiknya...tapi jangan la sampai keterlaluan. Nak saya bagi contoh tak untuk membezakan dua situasi ni?? Haaa... ni contohnya.

A dan B kawan satu opis. Hubungan hanya setakat kawan sepejabat aje...tak pernah keluar sama atau share benda2 peribadi. Suatu hari, di waktu makan tengah hari, A yang baru lepas keluar makan bertemu dengan B yang sedang rehat lepak di dalam pejabat.

Situasi Mengambil Ambil

A: Eh, B! Dah makan dah? Kalau belum, nak aku temankan?
B: Eh, tak apa! Aku dah makan dah...

Situasi Busybody

A: Eh, B! Dah makan dah?
B: Dah makan dah...
A: Ko makan kat mana?
B: Dekat kedai mamak depan sana tuuu...
A: Oh, ko keluar dengan siapa? Dengan boyfriend erk? Boyfriend ko kerja mana? Ko makan apa? Siapa belanja...bla bla bla bla
B: (Rasa cam nak baling dengan kerusi aje!)


p/s: Ini pandangan saya. Kalau salah, sila perbetulkan sebab ni apa yang saya faham dan apa yang saya perhatikan... peace!

No comments: