Tuesday, July 31, 2012

persiapan perkahwinan

assalamualaikum. ok. bukan saya nak kawen. haha sekarang ni tengah agak busy nak uruskan perkahwinan abang saya. perunding perkahwinan profesional bagitau kena get ready 6 months before the event but rasanya kita orang tak sampai 6 bulan kot. huhu my mama dah mula 'demam'. haishhh... sebelah perempuan kata nak buat bulan 9 untuk nikah... maka ada beberapa perkara yang kami di sebelah pihak lelaki kena sediakan. pulak tu, nikah dan sanding pada tarikh yang berbeza. maka, 2 kali perjalanan untuk ke sana.  nasib baik tak jauh.... ini antara badget yang perlu diambil kira.

sebelum majlis
-kad kawen - abg cakap dia nak design sendiri n cetak sendiri.
-hantar belanja kawen - maybe guna bank aje sebagai perantara. haha
-kos pendaftaran - pengantin punya bahagian


pernikahan
-cincin - dah intai kat Habib Jewels tapi rasanya macam pergi beli dekat kedai yang dekat dengan rumah aje.  design lagi cantik. =)
-barang hantaran - mula-mula ingat nak buat 7 berbalas 9 tapi... x jadi. maka 5 berbalas 7 aje kot.
-mas kahwin - akan digubah sekali dgn cincin
-perjalanan pergi balik rombongan - mungkin hanya kami sekeluarga. rombongan besar nanti masa hari bersanding


majlis resepsi
-perjalanan pergi balik rombongan - yang dah ada kat KL, pergi sendiri dan yg ada di kampung maybe naik bas...


majlis bertandang
kami cadang nak buat sesimple mungkin. untuk mengelakkan pembaziran dan jimat wang sebab kami di pihak lelaki dah banyak keluar duit. betul tak?? hahaha maka perbelanjaan adalah seperti berikut:

-pelamin - sama ada buat sendiri atau sewa dekat bridal.
-khemah (termasuk kerusi meja) - sewa dekat UMNO atau bridal
-jamuan - abang saudara ada katering dia. maybe dengan dia aje atau seorang lagi pakcik kat kampung ni dan tak banyak pun untuk dikaterkan sebab ada beberapa jenis lauk, kami akan masak sendiri dengan bantuan jiran dan saudara. =)
-baju persandingan - recycle balik baju nikah... cuma tukar lace atau jahit beading kat baju (untuk perempuan) dan tukar sampin (untuk lelaki).
-bunga pahar - kami buat sendiri. hehe
-cenderamata tetamu - kek marble pecah lapan untuk tetamu biasa. untuk orang lagan, ada tambahan nasi+lauk+bunga telur. untuk saudara jauh lak, sama macam orang lagan. (ini pun kalau berkesempatanlah... huhu)
-hiasan bilik tidur - courts mammoth kan ada... hahahaha langsir segala bagai jahit sendiri. heeeee...
-solekan pengantin - saya la tuuuu....
-set meja pengantin - sama aje dengan lauk tetamu cuma ada tambahan lauk special sikit. itu pun masak sendiri. ngeeee
-kompang - cik mat aje kot...
-PA sistem - pinjam kat UMNO. hahaha


selepas majlis
-pengantin kena kemas rumah, cuci periuk segala bagai. hahaha


p/s: lepas abang, saya pulak. hahaha jom, sape nak kawen dengan saya, meh la masuk meminang. hahahahahahahaha (^_________________^)v


2 comments:

TheShida said...

haha offer yg last tu best! haha

L.R said...

@TheShida

hahaha offer yg julung2 kali dilakukan. menyampah kan??? haha