Tuesday, January 31, 2012

:.Jodoh.:

Satu hari di pagi nirmala.
Lokasi kejadian di satu sekolah di daerah Hilir Perak.
Cikgu P: Cikgu R, anak cikgu ada berapa semuanya?
Abah: Anak saya ada 4.
Cikgu P: Ooo...yang perempuan?
Abah: Ada 2. Yang sulung lelaki. Nombor 2 dengan 3 perempuan. Bongsu lelaki.
Cikgu P: Anak cikgu yang perempuan tu dah ada yang punya ke?
Abah: Dua-duanya belum kot. Entahlah.
Cikgu P: Yang kakaknya tu berapa umurnya?
Abah: 25 tahun. Cikgu tanya ni kenapa?
Cikgu P: Cikgu, ini kita cakap-cakap kita dulu ya, cikgu. Saya ni tengah cari calon untuk adik saudara saya. Umur dalam 30an...kerja ustaz. Rasa macam berkenan pula dengan anak cikgu. (Abah senyap aje dah...) Kira jadilah ya, cikgu.
Abah: ...
Cikgu L: Weh, anak Cikgu R graduatlah! Tengah belajar Master.
Abah: ...
Cikgu P: Alamak! Macam tak jadilah pulak, cikgu.
Abah: ...
Bila abah cerita kat mama, mama gelak aje. Saya pun dah gelak-guling-golek. Status penghalang saya dapat jodoh?! Tak! Semuanya ketentuan Tuhan.
Maafkan saya, cikgu P. Tak ada rezeki kita nak bersaudara. Bukan saya takbur pula tapi saya mungkin tak dapat menerima adik saudara cikgu sebab...
Saya masih menunggu dia!

Sekian, terima kasih.

2 comments:

amal said...

yana tunggu sape niii ehehe..

L.R said...

@amal

ada laa... tapi dia masih rejek. sobsob sedihnya... T_T