Friday, January 10, 2014

Fenomena Air Pasang Surut

Assalamualaikum... Hai semua!!~ Haaa...ini baru ada kesempatan nak tulis entri. Entri kali ni adalah task yg diberi oleh along a.k.a norisyangmanis... soalannya bermula bila adik sepupu along ni tanya kat mama dia..

Adik: ma, air kalau pasang dia penuh, kalau surut, air tu pergi mana??

Dan mama dia hanya menjawab;

Mama: semua tu kuasa ALLAH SWT...

Akhirnya task ini sampai kepada saya bila along tanya... Saya bagi jawapan tapi along suh tulis kat blog dan describe pasal air pasang dan air surut.

Baikkk...saya menurut perintah!!

Ini kisahnya.

Pasang surut air terjadi disebabkan oleh tarikan daya graviti atau daya tarik menarik oleh bumi, bulan dan matahari. Seperti yang baru aku tahu, graviti yang dihasilkan oleh bulan lebih kuat dari matahari sebab bulan kan lagi dekat dengan bumi so kejadian pasang surut air laut ni sebenarnya disebabkan oleh tarikan graviti bulan. (sumber)

Bulan dan bumi memiliki gravitinya masing-masing. Kedua graviti ini ternyata saling mempengaruhi satu sama lain. Antara pusat bumi dan pusat bulan terjadi daya saling tarik menarik akibat graviti tersebut. Daya ini mengakibatkan bumi sedikit tertarik ke arah bulan. Inilah yang menjadi asas terjadinya pasang surut air laut.
Keadaan air laut naik disebut pasang naik. Keadaan ini terjadi dua kali, iaitu pada saat bulan purnama dan bulan baru. Di bahagian bumi yang mengalami bulan purnama, jarak antara air laut dan pusat bulan lebih dekat daripada jarak antara pusat bumi dengan pusat bulan. Akibatnya, graviti bulan menarik air laut lebih kuat daripada bumi. Ini mengakibatkan air laut sedikit meninggi terhadap permukaan bumi dan jadilah pasang naik.

Di bahagian bumi yang mengalami bulan baru, jarak air laut dan pusat bulan lebih jauh daripada jarak antara pusat bumi dengan pusat bulan. Akibatnya, graviti bulan menarik bumi lebih kuat daripada air laut di bahagian tersebut. Ini mengakibatkan air laut juga sedikit meninggi terhadap permukaan bumi dan jadilah pasang naik.

Sedangkan keadaan air laut turun disebut pasang surut. (sumber)

Kalau ada diagram mesti lagi senang nak faham, kan??

Dalam gambar rajah ni, jika bulan, matahari dan bumi berada dalam satu garis, air pasang BESAR akan berlaku.

ini ada satu lagi diagram...
Harap semua faham la erk..saya pun xtau nak explain camna lagi. Haha


p/s: sori alonggg..lambat post. busy...busy... (ini task tahun lepas dan ada task yg lain...tapi saya lupa laa... huhu ampunnnnn)

No comments: