Assalamualaikum.
Hai semua! Hari pertama tahun baru saya dah merayap. Hehe
Bukan merayap tanpa tujuan erk. 1 Januari 2015, kawan sekuliah saya masa belajar dekat UPM dulu (tahun 2009) mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Yang Maha Esa.
Khairiyah ni seorang yang sangat baik. Dialah tempat saya mengadu segala masalah sepanjang saya di UPM (postgrad). Dengan masalah kerja, masalah study, masalah cinta... Yalah, dengan dia ajelah saya mengadu sebab adik beradik PCD saya jauh dan masing-masing ada komitmen lain.
Happy sangat bila dapat jumpa dia hari tu. Haish, kalau boleh nak sembang lama. Haha
Oh, Khai ni orang Melaka. Saya pergi kenduri dia dengan Farah dan Along. Farah dengan Khai sama-sama di bawah supervisor yang sama. Lagipun Khai dengan Farah orang Melaka. Along kenal Farah sebab Khai join aktiviti melancong PCD ke Sabah tahun 2010.
Kenangan kami di Sabah (Khai kiri sekali) |
Kepada Khai, selamat pengantin baru. Semoga bahagia kekal hingga ke jannah! Rindu kamu sebenarnya. Huhuhu
cantik sangattt khai!!!! |
p/s: syukur alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment