Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Friday, September 27, 2013

PROGRAM NIGHT CAREER FAIR



Pusat JOBS MALAYSIA JABATAN TENAGA KERJA PERAK akan mengadakan Program Night Career Fair

Tarikh: 28 september 2013 ( sabtu )

Tempat: D’polo CafĂ© Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ( Padang Polo )

Masa: 2.00 petang sehingga 11.00 malam.

Sebanyak 1000 lebih kekosongan jawatan ditawarkan untuk pelbagai peringkat. Kepada semua pencari kerja, anda dijemput hadir untuk merebut peluang pekerjaan ini. Sila hadir dengan berpakaian kemas beserta 5 salinan resume serta sijil berkaitan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Pusat Jobs Malaysia Jabatan Tenaga Kerja Perak
Ditalian 05-2413504

Thursday, March 21, 2013

SPA: 60,000 peluang pekerjaan tahun 2013


KLUANG 20 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan hampir 60,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam bakal diisi sepanjang tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, selain perjawatan baharu, hampir 40,000 kekosongan jawatan dijangka berlaku berikutan kakitangan yang berpencen kerana tidak berkhidmat sehingga berusia 60 tahun.

"Tahun lalu, SPA berjaya mengisi kekosongan perjawatan sebanyak 50,000 dan tahun ini, saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 orang kerana terdapat ramai kakitangan awam yang tidak mengambil opsyen berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

"Bagaimanapun masyarakat perlu tahu bahawa SPA hanya mempunyai tanggungjawab untuk mengisi sebanyak 70 peratus kekosongan jawatan kerana bagi agensi kerajaan berkanun, Kementerian Pelajaran dan kerajaan negeri seperti di Johor, mereka mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pada Karnival Kerjaya SPA di Sekolah Menengah Sains Sembrong di sini hari ini.

Sementara itu, SPA turut menggalakkan lulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian untuk menduduki ujian bagi mengisi jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang akan diadakan 13 April ini.

Mahmood berkata, sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit dengan mereka yang berminat perlu berdaftar secara talian di laman http://www.spa.gov.my.

"Pemohon yang pernah gagal juga diminta untuk mencuba semula kerana peluang masih terbuka kepada mereka," katanya.

Mengulas sesi interaksi tersebut, beliau memberitahu, program itu merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lalu yang bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya.

Sumber:

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130321/dn_11/SPA-jangka-isi-60000-peluang-pekerjaan-tahun-ini#ixzz2OBKaodSo
© Utusan Melayu (M) Bhd


p/s: jom update status kat portal SPA. (^___^)v


Sunday, February 24, 2013

Karnival Kerjaya SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam di kawasan Bagan Datoh, Perak.



Tarikh: 26 Februari 2013

Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi: Dataran, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak.

p/s: saya akan ke sana! jumpa nanti!

Friday, November 18, 2011

Karnival Pantai

moh ramai2 kita ke Teluk Batik. ada karnival pantai Utusan dan Mingguan Malaysia.



bermula 19 November dan berakhir pada 20 November 2011, di Dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut, Perak.

macam-macam ada. jom laaa!!!~


p/s: selalu promote tapi... ntah dpt p ntah x... huhu



Monday, February 21, 2011

Larian Bangi Perdana 2011


Pagi tadi kuar jalan2 cari pasal kat Bangi. Masa berhenti kat traffic light Seksyen 9, terpandang 1 banting kaler putih. Larian Bangi Perdana 2011. ooo.... nak tau detail? [http://www.sports.my/events.php?event=111-larian_bangi_perdana_2011]

TARIKH: 27 FEBRUARI 2011 (AHAD)
TEMPAT: PADANG KOMPLEKS PKNS BANDAR BARU BANGI
MASA: 6.30 am (LAPOR DIRI)
8.00 am (MULA)
BAYARAN PENDAFTARAN: RM 10


p/s: xdpt join sbb dah plan mau balik kampung... huhu

Sunday, February 20, 2011

MengUNDI


esok ye tuan puan... UPM nak buat hari pilihanraya... seperti biasa aspirasi U vs ProMahasiswa. siapa la yg bakal mengungguli takhta MPPUPM ye??? sebenarnya... nak luah ni. geram tol laaa... knp postgrad pun kena mengundi??? apa yg undergrad nak perjuangkan utk kami?? [konon-konon laaa... haha] apa yg undergrad dapat, postgrad xkan dapat laaa... [utk certain things. huhu] xkan nak suruh Iranian, org Nigeria, Pak Arab mengundi kot??? org yg keje?? yg amik PJJ? ish... ponin den! haha sebenarnyaaaa... malas nak beratur nak berbaris kat dewan utk klik-klik nama yang sedap2 dan muka2 yg hensem cun semua. akak ni dah lebih super duper senior dik non oii!!~ haha kalu x p, apa yg dorg akan buat erk? anta p BTN ke mcm yg dulu2? Pak Arab p BTN?? wat da....??? hahaha




selamat mengundi wahai warga UPM... (^__^)v

p/s: undi guna sms mcm AF leh x? huahahaha

Wednesday, November 3, 2010

:.Kicap Pun Kicap Lah!.:

hahahahaha eh assalamualaikum... hehe (^__^)v ekceli nak cerita pasal kahwin... adat istiadat perkahwinan melayu or pasal cara mengira belanja kawen sbb dah dekat dgn musim org kawen tapi... entah mana entah catatan saya. baru teringat, rupanya diari yg saya tulis pasal adat2 ni ada dekat umah kat perak nun. haha mcm mana laaaa leh lupa. lain kali aje laaaa....
oh ni video yg saya cilok dari fb member. saya post kat fb dan sekarang nak post kat sini lak. gelak jom!!!~

Monday, June 7, 2010

:.recycling rally.:


mau berkitar semula?? haha dgn rasa bangganya... sbg environmentalist [hrp2 tersenarai laaa... hehe] sy nak kabo UPM akan mengadakan 'recycling rally' di mana anda boleh menghantar bahan kitar semula anda dan boleh dapat reward lagi tuuu... hik3 peserta berdaftar boleh menukar barang yg boleh dikitar semula dengan barang2 elektronik dan barangan lain di kedai terpilih. guna mata ganjaran beb!!! hehe


Tarikh: 10 Jun 2010

Tempat: Panggung Percubaan UPM

Masa: 9.00pg-12.00tgh hari


datang jgn x datang... hehe (^__^)v
maklumat lanjut, layari website UPM erk... sekian!!~