Showing posts with label pergi. Show all posts
Showing posts with label pergi. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Al-Fatihah Buat DYMM Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum. Sedihhh bila mendengar DYMM Sultan Perak kesayangan rakyat telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah buat ahli keluarga baginda dan kerabat DiRaja Perak, juga rakyat jelata negeri Perak yang berada di seluruh Malaysia, serta dunia. Ternyata pemergian Almarhum Baginda merupakan satu kehilangan besar buat negeri Perak dan negara.







p/s: daulat tuanku!

Tuesday, April 8, 2014

So Long and enjoy, Abg Khairi!

Assalamualaikum. Hai!!~

PSH datang dan pergi. Staf pun macam tu gak! Huhu mula-mula Kak Intan... tak sempat nak buat majlis makan-makan untuk dia. Huhu Minggu lepas Abg Khairi. Haishhh... bila la giliran saya nak blah?? Haha

Sedih bila tengok PokNik sedih. Eh, lupa lak! PokNik ni kawan baik abg Khairi. Nampak laa dorang ni susah senang bersama. Sebab tu sedih bila tengok PokNik sedih. Abg Khairi dapat transfer ke Bangi, dekat dengan rumah dia.

Ok la... ini adegan yang berlaku pada Khamis minggu lepas, sebelum abg Khairi p ke tempat kerja baru!

jamuan dengan cereal coco crunch and susu... hehe

main game bejewel dalam henpon saya...

main course... nasi lemak ayam goreng!

saya tunjuk rajin..haha

saya lagi! 

yummyyy!!~

lapar..lapar..

PokNik dan Abg Khairi

hadiah untuk abg Khairi...
hampir terkantoi dengan big boss!! haha

discuss apa erk?? huhu

geng bilik fail... (pic snap by ikhsan)

geng jejaka bilik fail

macam PokNik lak yang nak pindah...haha

romantik tol la dorang ni!!! haha

selfie sat dengan fizah! (^_____^)v

game tabur bedak!! PokNik selamba tak perasan! haha
Kepada abg Khairi, selamat bertugas di tempat baru! Jangan lupa geng kat Cyber. Kalau free, singgah la Cyber. Kita lepak kat Shaftbury sambil karaoke. Haha

Selamat maju jaya! (^______^)v

p/s: ok. seksyen 7 BBB terbabit dengan catuan air!

Wednesday, October 23, 2013

Tragedi Oktober?!

Assalamualaikum. Dulu saya selalu berkata pada diri sendiri bahawa;
Berita baik itu akan diringi dengan berita buruk.

Jangan terlalu banyak ketawa sebab airmata itu akan datang menjengah kita...
Bulan Oktober ni, walaupun belum berakhir namun pelbagai kisah menyelubungi hidup saya. Sangat sangat tidak sangka dengan apa yang dilalui.

Oktober ini bermula dengan berita perkahwinan pakcik saya yang sudah dua tahun menduda (isterinya meninggal dunia) dan ketika sedang meraikannya, embah bikem, nenek angkat saya kembali ke rahmatullah setelah seminggu jatuh di bilik air.

Seminggu kemudian, embah yahya (atok saudara sebelah ma) pula pulang berjumpa dengan penciptanya.

Keadaan agak tenang semula dan saya meraikan majlis perkahwinan sahabat handai dan kelahiran khalifah-khalifah di sekeliling saya.

Hari Sabtu hari tu, kawan baik saya bagitahu maknya masuk hospital untuk menjalani pembedahan kerana ketumbuhan dalam otak dan hari ini second operation yang sepatutnya dijalankan ditunda pula.

Semalam, berita dikhabarkan lagi yang makcik saya (sepupu abah) yang paling rapat dan banyak tolong kami juga dijemput Ilahi. Rasa macam tak boleh terima sebab hari Isnin tu, saya baru berbual di telefon dengannya. Sembang macam-macam.

Sekali lagi, kami dapat panggilan semalam yang embah salamah, (nenek saudara) dikejarkan ke hospital akibat penyakit kuning (kegagalan fungsi hati). Petang tadi baru kami ada kesempatan ke hospital untuk menjenguknya. Kasihan beliau... terlalu kurus. Tak dapat berbual dengannya, sebab dia tengah tidur. Embah salamah ni dulu duduk di sebelah rumah saya. Susah senang keluarga kami, beliau yang banyak membantu. Beliau jugalah yang menyambut kelahiran saya. Bidan lambat datang masa tu. Mak saya cakap daaa...

Dan baru sebentar tadi abang kawan sepermainan saya (kawan sekampung) ditimpa kemalangan di KL. Bertembung dengan lori. Kami sekeluarga amat terkejut dengan berita ini. Yalah, isteri abang ni kawan sekerja abah dan memang setiap kali raya, mereka sekeluarga akan wajib singgah rumah.

Oktober belum berakhir dan please... saya rasa macam tak cukup kuat nak terima semua yang berlaku di sekeliling saya. Huhu

p/s: al-fatihah kepada yang telah tiada...

p/s 2: ingat lima perkara sebelum lima perkara...

Sunday, October 16, 2011

akhirnya dia pergi jua...


assalamualaikum. takziah buat keluarga abdul halim atas pemergian beliau semalam. saya pernah buat entri pasal beliau sebelum ini. abdul halim, semoga roh mu dicucuri rahmat. kami sayang anda! tapi Dia lebih menyayangimu. tenanglah dirimu di sana. kami akan sentiasa mendoakan anda. al-fatihah...


p/s: entah bila giliran kita...