Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Untuk Gaza

assalamualaikum. tak payah nak cerita banyak sebab semua orang tahu apa yang terjadi di Gaza. kita hanya melihat penderitaan itu dari jauh dan yang mampu kita lakukan adalah berdoa untuk saudara kita di sana. golongan laknatullah tu memang akan selamanya dilaknat. dan Allah telah berjanji, Islam akan menang juga nanti walau apa jua yang mereka lakukan kepada agama suci kita.

"...kita tak mampu mengangkat senjata untuk berperang di sana, tapi kita ada DOA dan ALLAH akan sentiasa mendengarnya..."

Wahai Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Tuesday, May 29, 2012

WWW 1 milik Sultan Johor


PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

sumber: mstar

Wednesday, May 16, 2012

WWW... wow!

assalamualaikum.... xde cter sebenarnyaaa,,, tp tengah teruja dengan bidaan plat kereta WWW. hahaha apa cter erk??? yg saya tau, bidaan yg dibuka pada 30 April dah tutup 14 Mei, kul 5 petang ari tu. ada 18243 bidaan. haishhh... banyak tu. dengar cter, bidaan untuk WWW 1 dah mencecah setengah juta ringgit. mak aihhh... kayanya rakyat Malaysia! (ini pun kalu berita ini benar. hehehe)




kalu saya laaa... maybe x terfikir pun untuk beli nombor pendaftaran yang mahal-mahal macam tu walaupun banyak duit. hahaha baik beli kereta je. tapi kalu kereta bnyk2 pun, sape nak byr roadtax n insurans. huhuhu dan yg sebenarnya, saya lebih meminati kereta lama. saya suka kereta secondhand. hihihi


sumber: berita harian.


Wednesday, February 23, 2011

Pintu Bangunan Pejabat TNC UPM pecah

Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.


Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.



Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".



Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.



Kejadian tolak menolak itu berlaku selama 15 minit bermula jam 3.30 petang.



Susulan daripada insiden tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, TNC HEP memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang mengenai tuntutan mereka kira-kira jam 4.15 petang.



Menurut sumber, dalam pertemuan dengan pelajar selama 35 minit di pejabat Dr Fauzi, keputusan dicapai untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya pagi esok.



"TNC akan berbincang dengan wakil pro-M dan mendengar keputusan tuntutan mereka," kata sumber sambil yang menambah, keadaan mulai tenang jam 5 petang selepas kebanyakan kumpulan tersebut bersurai.



Bagaimanapun, sumber itu tidak mengetahui butiran masa dan tempat perbincangan lanjut itu.



Sementara itu, menurut sumber pelajar, mereka merempuh pintu berkenaan selepas Dr Mohd Fauzi diberi masa untuk memberi penjelasan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka. Bagaimanapun Dr Mohd Fauzi enggan berbuat demikian.



Kata sumber itu lagi, tindakan itu diambil selepas kumpulan pro-M mengadakan sidang media di luar bangunan berkenaan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka.



Sewaktu berlaku insiden tolak menolak itu, kira-kira 150 penyokong kumpulan pro-M berada di bangunan berkenaan, tambah sumber itu lagi.



Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan sewaktu insiden itu berlaku.



berita oleh : Abdul Rahim Sabri (23 Feb, 6:11 pm)

hadoi... memalukan!! ini semua berpunca dari pembatalan kemenangan Pro-M. [http://malaysiakini.com/news/156817] awat jadi lagu ni??? hang dok universiti kot... apa2 hal leh bw runding. ni tak... hadoi... sapa la dok ngajaq hang semua p demonstrasi ganaih-ganaih ni!!! haishhhh... blajaq bertingkat2... habok pun tarak! kalau lagu ni la yang hang tunjuk, pemimpin kah hangpa smua???