Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Percutian Pendek: Berjimba-jimba di Pulau Mutiara Episod 1 #visitpenang

Assalamualaikum. Hai hai haiiii...

Laaaaama sangat dah ni tak update blog. Haishhh... entah kenapa malas sangat! Last update bulan Julai hari tu. Ni dah bulan November. Tahun Hijrah pun dah berubah. Sekarang ni dah masuk bulan Safar. Huhu

Ok. Kembali kepada tajuk. Hebat tak tajuk saya? Haha

Idea bercuti ke Penang ni timbul bila Along PCD plan bercuti ke Bukit Tinggi tapi tak jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Lepas tu, nak pergi Sabah pulak tahun depannya tapi tak sure jadi atau tak. Tahun depan, komitmen saya bertambah. (Bukan kahwin erk..hehe) Sedang lepak-lepak di bawah pokok mangga depan rumah sewa Along di dalam kereta, kami terus plan nak pergi bercuti kat tempat yang ada pantai, view cantik, dan tempat yang belum pernah sampai lagi. So, terus decide nak pergi Penang. Along nak bawa housemate dia, Cikzue, merangkap coursemate kami semasa belajar di UPM dulu. Kami pilih tarikh 13, 14, 15 Nov untuk bercuti ke sana.

Ni plan kami. Dinner di Maulana Serdang sambil diskus nak pergi mana sekitar pulau.





Kami bergerak dari Serdang pukul 4.30 pagi sebab plan nak naik Bukit Bendera pada waktu pagi. Berhenti solat Subuh kat highway dan kemudian meneruskan perjalanan sampai ke pulau. Konon nak sarapan dekat Nasi Kandar Kampung Melayu Air Itam tapi tutup pulak. Jadi, kami terjah aje mana-mana kedai yang bukak. Masa isi tenaga, hujan mula turun. Hati dah risau. Takut tak dapat naik Bukit Bendera kalau hujan lebat. Tak nak tunggu dalam kereta! Tapi alhamdulillah, hujan berhenti dan kami terus ke sana. Raaaaamai manusia rupanya. Ingatkan pergi time hari kerja tak ramai orang. Huhu errr.. tengok ajelah gambar. Biar gambar berbicara.

yeahh..welcome to us!


rail

Lock of Love. Ada aksi chupa chupss mat salih! haha


me and along

me and cikzue

owl museum


Oh, kami booking budget hotel dekat Kampung Malabar, dekat dengan Lebuh Cintra. Nama hotel tu Malabar Inn. Tiga hari dua malam dengan nilai RM240 untuk tiga orang dan ada private bathroom. Just nice sebab kami hanya berada dalam hotel time malam aje. Hihi Keseluruhannya, kami berpuas hati. Cuma parking susah sikit laa.





Lepas solat Asar, kami ke area Batu Feringghi tapi tak tahu dah dekat mana, last-last sampai kat Teluk Bahang. Terus berhenti untuk makan dekat gerai-gerai tepi jalan. Berhadapan dengan Spice Garden. Tak masuk pun sebab dah tutup. Haha

Lepas makan, kami turun ke pantai. Air surut time tu. Tapi ok aje sebab kami nak tengok view je. Ambil pahala untuk tengok lautan. Hehe Kami ada dekat situ sampai sunset. Ok, tak ada laaa sunset sangat sebab matahari terlindung dengan bukit. Huhu Lepas tu singgah Batu Feringghi Night Market. Takde ambil gambar pun sebab bateri handphone dah nak sampai ke hujung nyawa. Kena jimat sebab nak guna GPS untuk tunjuk jalan balik ke hotel. Hahaha

Cikzue yang tulis..



sunset... sangatt!!


view kat night market feringghi..
Balik ke hotel dan kami singgah ke Nasi Kandar Line Clear untuk beli dinner. Tapau je sebab dah tak larat nak jalan. Gambar pun tak sempat nak snap sebab dah habis bateri. Mujur dekat dengan tempat menginap. Haha

Sampai aje dekat bilik, terus on tv. Tengok cerita Kush Kush Hota Hai. Tak sempat tengok sampai Anjali kahwin, saya pun lena.

Sampai sini saja untuk episod 1. Jumpa nanti di episod akan datang. Doakan saya rajin! Haha

p/s: Mujur tak hujan... alhamdulillah..

Love,
Liana

Thursday, December 11, 2014

Crush?! Sila Berhati-hati

Assalamualaikum. Helo!

Tertarik untuk menulis di sini sebab pengalaman sendiri. Haha Tak ada laaa... Ini semua sebab untuk peringatan supaya tak melebih-lebih apabila kita suka pada seseorang itu.

Crush.

definition of crush. print screen je! nmpk sgt pemalas! hahaha

Kalau dalam definisi kebanyakan orang, crush tu bermaksud kita minat, suka pada seseorang. Selalu saya tengok yang selalu crush ni, orang perempuan.
So, orang lelaki ni takdak crush ka?? Ada..tapi diaorang ni jarang nak tunjuk perasaan diaorang.
Tapi, kita kena tahu sama ada crush perasaan kita sangat berat atau sekadar suka-suka aje.

Meh, saya cerita sikit.
Crush ni boleh jadi minat, suka, sayang, atau cinta.

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain: minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)

Suka
Contoh: Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. (dalam erti lain: suka ini ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya perut kita dah nak pecah.)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. (dalam erti lain: sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain: cinta ditujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.)


Macam mana crush boleh berlaku?

Apabila bertemu, berjumpa, bertentang mata.
Tak kisahlah di sekolah ke... di kolej ke... dalam dewan kuliah ke... di tempat kerja ke... di pasar raya ke... Asalkan kita bertemu bertentang mata dengan dia, crush boleh berlaku. Lebih-lebih lagi kalau kita bercakap dengan dia, duduk di bawah satu bumbung, hari-hari berjumpa. Ada beberapa kriteria pada diri dia yang membuatkan kita rasa kita minat, suka, sayang atau cinta pada dia.
Kalau tengok gambar seseorang dlm facebook, belum dikira crush lagi. (Tapi tak mustahil boleh berlaku.)

Maaf, ya perempuan! Saya nak cakap sikit. Kita, bila kita crush kat somebody, kita akan buat apa sahaja supaya dia tahu yang kita ni crush kat dia (konon nak bagi hint.) Dan kalau dia melayan kita (konon hint itu sampai), tolong jangan terlalu mengharap! Bila tak confirm lagi hati dan perasaannya untuk kita, sila jangan terlalu gembira. Kadang-kadang, apa yang berlaku itu hanyalah untuk menjaga hati kita. Si lelaki nak menjaga air muka kita supaya kita tak malu di hadapan kawan-kawan kita. Biasalah, kalau kita dah selalu dekat dengan dia, pasti ada yang berbisik-bisik. Akhirnya, semua orang bercerita tentangnya. Si dia senyap. Menafikan tidak, mengiyakan pun tidak. Maka, perempuan yang berfikiran singkat ini terus menganggap si lelaki punya rasa yang sama.
Ok. Sila berfikir di sini. Dia punya rasa yang sama?! Mungkin ya, mungkin tidak. Peluang 50-50 ke?? Jalan paling selamat, janganlah happy sangat! Janganlah berharap sangat. Sakit woo bila kecewa. Perit woo bila kita bukan pilihannya.
Belajar mengawal perasaan. Jangan serahkan hati dan perasaan kita pada dia sepenuhnya sedangkan belum terluah apa-apa dari dia. Orang yang couple pun boleh berubah hati, inikan pula kita yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Maaf, ya lelaki! Kalau awak rasa si perempuan crush pada awak, layan dia seperti biasa. Jangan menjauhkan diri atau merapatkan diri seolah-olah memberikan harapan kepada dia. Perempuan ni sensitif sangat kottt. Hanya dengan sedikit ambil berat, dia mula rasa terbuai. Haa... jaga-jaga. Jangan sampai anda digelar heartbreaker walaupun anda tak buat apa-apa!

Ingat ya! Jodoh tu ketentuan Allah swt. Berdoa kepadaNya agar dipermudahkan. Allah swt tak beri apa yang kita nak tapi Allah swt beri apa yang kita perlu. Ingat tau!

Nah, saya belanja lagu.


Walaupun lagu ni tak ada kaitan dengan entri kali ni, saya nak share jugak!

p/s: saya mahu abe saya yg dulu...yg saya rapat beberapa bulan lalu. miss u!

p/s 2: saya sedang mengawal perasaan! sekian.

Friday, October 17, 2014

Tentang Perasaanku #LayanJiwaLara

Salam.

Siang tadi layan lagu ni dengan encik opismate...

Tak tahu kenapa tiba-tiba dia bukak lagu ni dan saya pun join dengar sama... siap masing-masing dok senyap je.. (layan perasaan). Dua tiga hari lepas dok layan lagu ni sengsorang kat rumah.

Lirik
Aku Takkan Lelah Menunggu
Hingga Waktu Ajal Menjemputku
Takkan Pernah Ada Sesalku Untuk Menunggumu

*
Aku Harus Tetap Menunggu
Hingga Nanti Aku Berbaring
Sampai Mati Aku Akan Tetap Menunggumu

**
Ingin Ku Gapai Bulan Dan Ku Petik Bintang
Ingin Ku Berikan Semua Hanya Untukmu
Agar Kau Tahu Besarnya Cintaku Kepada Dirimu

***
Ku Ingin Kau Tahu Tentang Perasaanku
Ku Ingin Kau Tahu Besar Cinta Padamu
Ingin Ku Berikan Sisa Waktuku
Dan Sisa Umurku Sampai Mati

( Ulang *. **, *** )
(Ulang ** )(2x)
( Ulang *** )





p/s: tak tahu lah kenapa perasaan bercelaru.. huuu

Wednesday, June 11, 2014

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum... Halo Halo!! Petang tadi ada baca satu artikel yang menarik kat Berita Harian. Ok, saya copy paste dan share kat blog saya. Selamat membaca!!

Semarakkan perasaan cinta, saling menghubungi, elak wujud prasangka yang memusnahkan perhubungan


Kalau sudah namanya cinta, tinggal berjauhan bukanlah isu rumit memeningkan kepala. 

Ramai berpendapat, duduk berjauhan, mengurangkan risiko pergaduhan kerana hati sering dibaluti kerinduan. Jujur dan saling percaya itulah ‘kunci’ kebahagiaan.

Bagaimanapun, bukan semua cinta jarak jauh menjanjikan rasa bahagia kerana dalam hati sering kali ‘diusik’ rasa ragu-ragu terhadap ketulusan pasangan, atau hati sendiri yang sukar menangkis sapaan cinta orang ketiga, lantaran berjauhan dengan kekasih hati. 

Justeru, beberapa panduan disediakan, mungkin dapat membantu dalam memelihara hubungan jarak jauh: 

1. Berhubungan beberapa kali dalam sehari. Sekiranya sukar melakukan panggilan telefon kerana mahal dan masalah masa, luangkan masa untuk menghantar e-mel atau berbual di laman sembang yang mudah diperoleh menerusi internet. 

Walaupun hanya perbualan singkat, ia amat membantu daripada segi sokongan emosi, sungguhpun kadangkala apa yang anda ingin kongsikan itu, hanyalah cerita dan gosip ringan. 

Manfaatkan kemudahan internet termasuk panggilan video. Untuk lebih menyeronokkan, anda juga boleh bermain dengan permainan maya di internet. Menerusinya anda boleh berbual dan ini secara langsung mengeratkan hubungan. 
2. Sekiranya terlalu sibuk, pastikan anda memberitahu pasangan mengenai kesuntukan masa yang anda miliki. Cuba menghantar pesanan ringkas atau e-mel. 

Memikirkan kesibukan pasangan boleh menyebabkan anda kebosanan. Justeru, isi masa lapang dengan melakukan sesuatu perkara atau hobi yang menarik seperti membaca buku dan sebagainya. 

3. Mengharapkan hubungan mesra terjalin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel cinta semata-mata tidak akan membantu membina hubungan anda. Sekiranya berkesempatan, keraplah bertemu dan ikutlah kesesuaian bajet anda. 

Tidak perlu berjumpa semata-mata untuk keluar bercuti sebaliknya memadai sekiranya keluar makan di restoran kegemaran atau menonton wayang. 

Lebih baik sekiranya pakaian anda ada di rumah pasangan. Ini bagi mengelakkan anda daripada membuang masa, mengemas pakaian untuk dibawa sewaktu bertemu pasangan. 

4. Beri perhatian kepada minat masing-masing. Ambil masa untuk kenal antara satu sama. Tahu mengenai minat pasangan masing-masing menyebabkan pertemuan anda menjadi lebih menyeronokkan. 

Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda minat menari, ambil inisiatif untuk turut belajar menari. Kesungguhan itu membuatkan pasangan lebih menghargai anda. 

Baca buku atau artikel bersama-sama. Anda juga boleh bergilir-gilir membaca dengan kuat antara satu sama lain sewaktu bertemu di panggilan video. 

Menonton rancangan televisyen atau filem pada masa sama turut membantu anda membincangkan ‘cerita’ sama ketika berbual. 

Melakukan perkara sama dalam waktu sama menjadikan perasaan anda lebih rapat. Anda mungkin berada pada destinasi berbeza, tetapi anda boleh masak menu serupa pada waktu sama. 

5. Sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun berada berjauhan antara satu sama. Sekiranya pasangan berada dalam kesusahan, kesedihan dan sebagainya, pastikan anda sentiasa ada memberikan sokongan terhadap pasangan. 

Membiarkan pasangan bersendirian berhadapan kesukaran, hanya akan membuatkan dirinya merasakan bahawa anda sudah tidak diperlukan lagi. 

6. Jangan takut untuk bercakap mengenai perkara tertentu menyebabkan anda berasa bosan dengan situasi berjauhan itu. Ketika bersama, anda mungkin boleh mengemas, menghias rumah dan melakukan perkara yang anda impikan untuk lakukan bersama-sama pada masa depan. 

7. Bina keyakinan dalam diri anda berdua. Elakkan godaan dengan menjalin hubungan dengan istimewa dengan orang ketiga. Kadang-kala ia hanya bermula dengan salam perkenalan, tetapi boleh jadi berakhir dengan jatuh cinta. 

8. Buat panggilan telefon atau panggilan video, sebelum tidur, biarkan satu sama lain tahu posisi sebelah mana anda baring. Berpura-puralah anda tidur sekatil. Apabila anda bangun pada waktu pagi perkara pertama yang anda akan lakukan ialah ‘melihat’ pasangan anda. 

Tip hubungan jarak jauh 


  • Mempercayai pasangan 
  • Setia 
  • Bertemu walaupun sekejap 
  • Kerap bertanya khabar 
  • Meraikan ulang tahun bersama-sama
Sumber: BHarian


Friday, February 21, 2014

Layan perasaan dan repost:jatuh cinta

Assalamualaikum dan hai semua!!! Cinta. Indah sungguh perasaan yang ALLAH SWT ciptakan dalam hati manusia. Tak tahu laa kenapa nak buat entri ni... Mungkin sebab perbincangan malam tadi...dan sembang dengan along tadi kottt... hmm...

"... umur dah nak masuk 3 series ni..."

"... orang lain anak dah besar2... untung dia bila tua nanti..."

"... harap aku dapat bawa 3 perkara (ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, doa ANAK YANG SOLEH) bila aku menghadap Dia nanti..."

Gambar hiasan..xde kaitan pun dengan entri...

Ok. Ni repost dari entri yang lalu... Tips mencari pasangan.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. 

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda. 

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. 

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. 

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda. 

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. 

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. 

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. 

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan). 

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. 

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. 

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. 

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. 

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. 

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita. 

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci. 

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. 

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. 

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. 

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya. 

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan. 

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan. 

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya. 

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan. 

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama. 

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi. 

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak. 

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas. 

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya. 

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. 

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut. 

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. 

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita. 

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. 

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. 

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda. 

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. 

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda. 

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai. 

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. 

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. 

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda. 

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri. 

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. 

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin. 

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. 

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi. 

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi. 

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan. 

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita. 

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya. 

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya. 

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri. 

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



Lirik

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

p/s: Love is just a word until someone gives it a meaning...

p/s 2: sabar menanti... (^___^)v

Friday, February 7, 2014

Apa yang perempuan perlu faham tentang lelaki

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Lamaaaa sgt sy x update blog. Agak sibuk sikit menguruskan rumahtangga. Ahaks... sy belum kahwin laa...hihi psssstt..yg sebenarnya sy ni dah malas. Huhu

Ni sebenarnya nak mengomel sikit. Pasal orang yang saya jumpa... harap umur je besar tapi tak matang langsung! Haisshhh... entahlah... agaknya baru mengenal cinta kot. Hai cik kak! Banyak benda yang cik kak kena belajar pasal cinta ni. Ni belum apa-apa cik kak dah buat si dia gelisah dan rimas. Belum ada apa-apa janji cik kak buat dia mcm cik kak punya seorang sampai orang lain tak ada hak. Oh, cik kak! Hadoii... belajarlah bertenang. Huhu

Ok. Ni nak tunjuk sikit apa yang lelaki nak orang perempuan faham pasal dia. Bukan untuk org yang bercinta, berkahwin... tapi untuk yg baru mula nak mendekati lelaki.

1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 

2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 

4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 

5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 

7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 

8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 

9. Bila si dia curang
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


Sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/07/10-situasi-lelaki-yang-wanita-harus.html

p/s: anda pun si lelaki... fahamilah jiwa perempuan yang lembut dan mahukan perhatian. Jangan salah anggap di antara mengongkong dengan mengambil berat... (^______^)v

Tuesday, October 15, 2013

Biar Lagu Bercerita

Assalamualaikum. Tak ada nak share apa-apa cuma nak bagi lagu yang saya tengah layan. Lagu dari Seberang. Hehe enjoy!!~

1. RobinHood feat Asmirandah-Salahkah kita


Lirik
Bila waktu terus memanggil
Agar dua hati dapat menyatu
Bukan aku tak ingin cinta
Tapi aku takut menyakitimu

Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita

Bukan maksud menduakanmu
Aku tak ingin mendustai hati (hatimu)
Aku juga mencintaimu
Ku menjauh hanya untuk berfikir

Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Letih memandang wajah hari
Yang memanduku tuk mencarimu

Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta
Salahkah kita

Bukan aku tak ingin cinta
Tapi aku takut menyakitimu

Dan kini aku jauh darimu
Ada yang hilang dari hatiku
Letih memandang wajah hari
Yang memanduku tuk mencarimu

Cinta tak dapat ditebak apa maunya hati
Salahkah kita
Hanya tak bisa dustai hati untuk mencinta
Salahkah kita

Hoo.. Cinta

Biarlah semua kini kita berpisah
Namun hati kita tetap menyatu
Ku sangat rindu ingin bertemu sampai
Tujuh purnama ku tetap menunggu

Bila waktu terus memanggil..



2. Oki Setiana Dewi feat Andry Arsyil-Karena Hati Bicara


Lirik
Oki:
Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Oki & Andy:
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Oki & Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Oki & Andy (3x):
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


3. Dude Harlino feat Asmirandah-Bunga-bunga cinta


Lirik
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

p/s: enjoy!!~

Thursday, July 25, 2013

Kenangan #Hati terusik

Hmm... dalam bulan puasa macam-macam benda saya terkenang. Hmm... teringat masa kanak-kanak. Terbayang masa SPM dulu dalam bulan puasa... 10 tahun dah tinggalkan zaman persekolahan. Terkenang masa MUET dulu dalam bulan puasa... Teringat zaman-zaman belajar di U... dengan aktiviti kolejnya yang setiap tahun mesti buat minggu penghayatan Ramadan la... masak bubur lambuk la... sebelum puasa dah sibuk masak-memasak untuk sumbangan Aidilfitri kepada tentera Malaysia.

Oh, sebenarnya saya bukan aje teringat bulan puasa! Tapi terkenangkan si dia yang jauh di mata dan jauh di hati. Err... jauh ke?? Huhuhu jauh la kot sebab dah jauh kenangan itu ditinggalkan. Hmm... bila fikir balik, yalah, zaman tu, muka sememeh aje... dengan tudung senget benget... mana tau nak berkemas bagai. Zaman persekolahan la katakan. Hahaha

'Sekali sekala ada... ada rindu yang datang tiba-tiba...' (Alyah: Tak mungkin kerana sayang)

Oh pertama kali jumpa, saya tak perasan pun dia! Sedar akan kewujudan dia bila dia duduk di sebelah kiri saya. Hehe itu pun tak pandang sangat sebab saya syok sembang dengan budak sebelah kanan saya. Lepas tu, masih tak ada apa-apa lagi. Esoknya saya perasankan dia lagi bila dia pakai baju melayu dan siap bersongkok. Smart dowh! Hahaha dia memandang saya dari jauh... dengan senyuman! Melting tetiba! Huahaha opss...tergelak besar pulak! malamnya, kami duduk di meja berasingan tapi masih bersebelahan. Try to capture his pictures, his team actually, but malu pulak... But my friend said, dia nak datang ambil gambar kita orang tapi tak sempat. Huhu Keesokkan harinya, kami berbalas pandang. Tak tahu nak feels apa time ni. Kami yang biasanya lambat ni tetiba rasa pelik apabila dia menunggu kami dan dia lead kita orang balik ke hotel. Sementara tunggu cikgu datang dengan kereta, kami lepak dengan cikgu yang dari Terengganu. Sama-sama nak balik negeri masing-masing. Tetiba dia datang dan bersembang dengan cikgu tu. Sesi pengenalan yang agak pelik. Oh, mungkin kami ni budak-budak kot! Hahaha

Ok. Stop writing about this thing. Rasanya memang tu zaman hingusan kot... Bila dah besar ni, difikirkan semula, err... macam janggal aje! Huhu

Saya yang pakai spek. Nampak sangat kecomotannya! haha miss them!!~

Saya yang 10 tahun selepas gambar di atas. Hahaha ni pun masih comot gak... 

Ahhh... bila nak kaya ni??? Hahahahahaha

Friday, July 19, 2013

Hati Sebak #Kes poligami

Assalamualaikum. Rasanya ramai dah tahu kes Ashraf Muslim dah kahwin lagi satu kat Thailand sana. Haishh... Dah tak terkomen apa dah dengan kisah aktor ni. Simpati saya pada Dayana melimpah ruah. Faham sangat perasaan seorang wanita apabila kasih sayang seorang suami berbahagi. Hmm...

Ni nak share luahan hati Noor Dayana Lokman kat dia punya FB.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan.

Menangis saya baca luahan hati Dayana.

Tabahlah wahai sang pencinta. Allah tahu apa yang terbaik untukmu.


Lagu ni buat sang suami yang rasa cam tak sabar nak kahwin lain...

p/s: saya tak benci poligami tapi saya tak pernah menyokongnya... maaf!

Sunday, June 30, 2013

Padi dan Tampi... #Menanti Cinta

Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi,
kalau jadi katakan jadi, tidak aku ternanti-nanti.

Biasa dengar or baca, kan?

Haishh... susah kalau macam ni, kan? Ada seorang sahabat saya bercerita tentang ni. Berkenalan dengan seorang lelaki. Mula berjumpa, berSMS, bercalling-calling, saling mengadu masalah, bercerita tentang rutin harian... lama-lama jadi sayang, jadi rindu... cinta??

Hati perempuan memang mudah tersentuh apabila si lelaki mengambil berat. Mudah terasa apabila si lelaki tidak endah. Kadang-kadang merajuk jika diabaikan. Hati perempuan akan lagi tersentuh apabila si lelaki meletakkan si perempuan itu selepas ibunya (level tinggi sikit).

Tapi... adakah lelaki pun turut merasakan perkara yang sama?

Adakalanya lelaki merajuk jugak bila si perempuan mengabaikannya. Hati lelaki tersentuh juga kalau si perempuan mengambil berat akan dirinya. Lelaki akan berasa perempuan itu memahaminya jika tidak mengongkong.

Tapi... persoalan di sini adalah... lelaki itu berkata, dia masih belum mahu bercinta.

Perempuan mengharapkan perhubungan itu lebih. Yalah, kalau dah usia macam saya ni, memang patut memikirkan hubungan perkahwinan dengan lebih serius. Tidak ada masa lagi untuk skandal di sana sini. Tidak ada masa lagi untuk menunggu.

Tapi... yang menjadi masalahnya jika si perempuan menunggu dan mengharap agar si lelaki melamarnya. Susah mahu buat keputusan bila si perempuan hanya ada one and only aje kawan lelaki. Haishhh... nak cari lain, bukannya senang. Nak tunggu pun... kalau dia memang nak kat kita ni, tak apa la jugak. Kalau tak nak?!

Yang saya boleh nasihat pada kawan saya hanya satu. Berdoalah, minta petunjuk dari Pencinta Yang Maha Agung di atas sana. Sisipkan doa tu di setiap kali sujud, setiap kali berada dalam situasi buntu.

Saya selalu guna doa yang macam ni;
Ya Allah, jika (nama si dia) milik (nama saya), dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan untukku, jauhkanlah dia dari ku dan jangan biarkan cinta ku berputik untuknya. Damaikanlah hati ini dengan ketentuanMu, Ya Allah!

Apapun, cinta memang sukar untuk diramal. Yalah, hari ni suka. Esok dah tak suka... Hari ni benci, esok sayang sangat. Haishh... tapi jangan guna cara jahat untuk memiliki cinta. Dosa besar! Berdoalah. Itu senjata yang paling baik. Apa jua ketentuan Ilahi, ia adalah yang terbaik buat hambaNya. Allah Maha Mengetahui.

... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia ama baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Baqarah : 216



Lirik Menanti Cinta - Krisdayanti

Sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab
* hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

p/s: ingat... Allah sayang kita! (^____^)v


Sunday, December 9, 2012

:.buntu [mencari cinta].:

Assalamualaikum.



entri kali ni pasal cinta. ok. ini kisah yang saya sendiri rasanya susah nak bagi nasihat dan pendapat. rasa kasihan saya pada si gadis itu sangat tinggi. bahkan lebih banyak dari roti canai kuah banjir. melimpah ruah.

baru-baru ni, si gadis ini ada hubungi saya. maklumlah, dia belajar di utara tanah air. kalau dia balik ke kampung pun, bukan senang nak jumpa saya. mujurlah ada teknologi yang membantu kami untuk meluahkan perasaan.

saya pernah ceritakan kisah dia di sini dulu. baca sini. dan kini dia sudah putus dengan kekasihnya atas permintaan dan tanda hormat taat kepada ibubapanya. apapun, saya gembira sangat apabila mereka masih lagi berkawan sehingga sekarang. dan apa yang saya faham dalam situasi mereka, mereka masih lagi mengharap di antara satu sama lain.

ok. bukan perkara itu yang sebenarnya yang saya nak kongsikan di sini. tapi... pasal masalah si gadis. masalah dia ialah...

mak dia suruh dia kahwin!

kahwin??

ya, kahwin!

ok...

SG (si gadis) : macam mana ni, kak? mak suruh kahwin.

LR (saya) : loh, apa mimpi mak kamu ni?

SG : entah. agaknya dia tengok si o*** dah nak kahwin ni, dia pun nak suruh kita kahwin jugak kot.

LR : ish, meroyanlah mak kamu tu! kalau embah tahu ni, mahu kena mak kamu.

SG : eh, jangan cakap dengan embah! nanti mak marah kita sebab cerita dekat embah.

LR : akak tau... akak tak cerita kat sape2.

SG : tapi... macam mana ni kak?

LR : mak serius ke main2?

SG : serius!

LR : kalau macam tu, inilah peluang nak kahwin dengan k***.

SG : mak tak setuju. kita dah cakap dah... kalau nak kita kahwin, k*** akan masuk meminang. tapi mak tak bagi. mak suruh cari orang lain.

LR : kalau macam tu, suruh mak cari!

SG : mak suruh cari sendiri.

LR : pulak dah!

SG : apa nak buat ni kak??? kita buntu ni...

LR : akak pun sama!

last2, saya cakap juga dekat mak. hadoi... memang tak ada penyelesaian untuk si gadis ni.

saya hanya boleh cakap, bersabarlah... hanya Tuhan yang tahu apa yang akan berlaku masa hadapan. kalau k*** itu jodohnya, sejauh manapun dia pergi, pasti dia akan kembali. kalau bukan, depan mata pun boleh pergi. tapi saya berpesan juga pada si gadis, kalau mak suruh kahwin juga, cakap pada saya. tahulah saya macam mana nak buat nanti. haha

p/s: embah tu maksudnya atuk/nenek dalam bahasa jawa.

p/s 2: 'kalau kita ni gedik, bolehlah kita cari lelaki!!' buat saya gelak terbahak2 dengar kata2 si gadis! huahahahahaha (tu bukan lelaki yg dicari, dik. itu jantan namanya!)




Friday, November 30, 2012

C.I.N.T.A

Hukum Cinta berkata;
'Cinta tak mesti bersatu!'
Dan... aku tahu
Cinta ini bukan milikku





Cinta Sejati adalah
ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata;
'Aku turut bahagia untukmu.'

p/s: kenapalah ada orang yang tak boleh nak terima benda ni??? hadoi... tolonglah jangan menyusahkan hidup orang lain!

Tuesday, June 12, 2012

:.jatuh cinta.:


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain.
Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif.
Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




p/s: sebenarnya saya xtau apa tajuk yg sesuai... huhu harap ini dapat menjadi panduan dan menambah pengetahuan semua. (^______^)v

p/s 2: jika ada yg kurang atau sebarang kesilapan, sila tegur. =)