Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Fenomena Air Pasang Surut

Assalamualaikum... Hai semua!!~ Haaa...ini baru ada kesempatan nak tulis entri. Entri kali ni adalah task yg diberi oleh along a.k.a norisyangmanis... soalannya bermula bila adik sepupu along ni tanya kat mama dia..

Adik: ma, air kalau pasang dia penuh, kalau surut, air tu pergi mana??

Dan mama dia hanya menjawab;

Mama: semua tu kuasa ALLAH SWT...

Akhirnya task ini sampai kepada saya bila along tanya... Saya bagi jawapan tapi along suh tulis kat blog dan describe pasal air pasang dan air surut.

Baikkk...saya menurut perintah!!

Ini kisahnya.

Pasang surut air terjadi disebabkan oleh tarikan daya graviti atau daya tarik menarik oleh bumi, bulan dan matahari. Seperti yang baru aku tahu, graviti yang dihasilkan oleh bulan lebih kuat dari matahari sebab bulan kan lagi dekat dengan bumi so kejadian pasang surut air laut ni sebenarnya disebabkan oleh tarikan graviti bulan. (sumber)

Bulan dan bumi memiliki gravitinya masing-masing. Kedua graviti ini ternyata saling mempengaruhi satu sama lain. Antara pusat bumi dan pusat bulan terjadi daya saling tarik menarik akibat graviti tersebut. Daya ini mengakibatkan bumi sedikit tertarik ke arah bulan. Inilah yang menjadi asas terjadinya pasang surut air laut.
Keadaan air laut naik disebut pasang naik. Keadaan ini terjadi dua kali, iaitu pada saat bulan purnama dan bulan baru. Di bahagian bumi yang mengalami bulan purnama, jarak antara air laut dan pusat bulan lebih dekat daripada jarak antara pusat bumi dengan pusat bulan. Akibatnya, graviti bulan menarik air laut lebih kuat daripada bumi. Ini mengakibatkan air laut sedikit meninggi terhadap permukaan bumi dan jadilah pasang naik.

Di bahagian bumi yang mengalami bulan baru, jarak air laut dan pusat bulan lebih jauh daripada jarak antara pusat bumi dengan pusat bulan. Akibatnya, graviti bulan menarik bumi lebih kuat daripada air laut di bahagian tersebut. Ini mengakibatkan air laut juga sedikit meninggi terhadap permukaan bumi dan jadilah pasang naik.

Sedangkan keadaan air laut turun disebut pasang surut. (sumber)

Kalau ada diagram mesti lagi senang nak faham, kan??

Dalam gambar rajah ni, jika bulan, matahari dan bumi berada dalam satu garis, air pasang BESAR akan berlaku.

ini ada satu lagi diagram...
Harap semua faham la erk..saya pun xtau nak explain camna lagi. Haha


p/s: sori alonggg..lambat post. busy...busy... (ini task tahun lepas dan ada task yg lain...tapi saya lupa laa... huhu ampunnnnn)

Thursday, December 30, 2010

:.Dua KoSonG Satu KoSonG.:


assalamualaikum... dan salam akhir tahun!!! dah bakal meniti 2011 ya tuan puan sekalian! hehe owh mcm2 berlaku!!! kalu nak cerita peristiwa dunia... mau smp 1hb nti pun x siap cerita. hik3 cukuplah stori psl diri sendiri. Hmm… suka suki 2010 bakal menjadi kenangan… yalah, umur dah meningkat la pulak!!! Huhu mcm2 hal x setel lg… apa je yg berlaku pd 2010?? Rasanya mcm xde beza dgn tahun2 lepas… bnyk buat menda2 lagho!!! Hahaha (^__^)v
reU
1. PCD
Buat reU kat KL… mula2 holiday kat Teluk Batik tp x puas hati sbb x semua join! Last2 buat gathering kat the mines (sebab rata-rata duk area sri serdang… hehe) seperti biasa… makan2 kat KFC n main boling!!! Mmg syooookkkk!!!~ mana mungkin akan lupa!!! Huhu
2. BSAS
Rasanya lebih sesuai dipanggil SAHARA (short form of SAmbutan HAri RAya) sebab buat masa raya… mula2 agak kalut sbb ada lak yang mementingkan diri… last2 20 org je… dah la kne layan kerenah pkck owner kedai a***** yang kerek!!! Jgn harap la saya nak p makan kat sana! Kerek!!!! Apapun meriah sgt!!!! Tq kakak kafe KTDI… tq kepada yg supot… tp… sy dgn sukarelanya xnak join mana2 admin lg utk buat reU BSAS… huhu
3. Sc 1
Tahun depan je pk!! Tahun ni xmau jumpa budak2 tu… huhu [sori, xde cter pasal korg. ngee~]

Kenduri kahwin
Bnyk gak kenduri yg sy p tahun ni… haha kat Johor ada… kat Perak apatah lagi!! Dari kawan masa kecik2 dulu sampailah ke kawan2 yg sy kenal bila sy berhijrah keluar dari tanah tumpah darahku. Hik3 (bunyik mcm p obersi je!!! Hahaha) malaslah nak tulis satu-satu… bnyk sgt la pulak. Hahaha
Owh, ye! Kawan PCD kami, chan2, selamat mengikat tali pertunangan dgn pilihan hatinya 12 Dis 2010. Maaf x dpt hadir sbb sahabat baik (pengantin lelaki n perempuan) kawen pada tarikh tu dan undangan dia terdahulu… apapun tahniah!!! Kami happy utk anda dan semoga chan2 bahagia smp bila2… =)

p/s: gambar ni cilok dr fb chan2... hahaha
Ada yg tny… ble turn sy??? Ble2 pun boleh… jika ada yg sudi!! Ahaks… :D :D

Studi
Hahaha kalu ckp pasal studi, nak gelak pun malas. Apatah lagi nak nangis!!! Huhuhu apapun skrg ni hny ikut flow je… setahun, 2 kali kne hentam!!! Selalu kene hentam, last2 dah x rasa apa… huhu senangnya kalu berhati batu. Huahaha ok2 yana… ikut flow je… buat sehabis baik!!! Biaq la org nak kata apa…bukan depa rasa apa yg hang rasa! Depa nak duk kalut kecoh2 pun bukannya depa leh tolong hang abihkan hang punya studi!!! haha [motivasi utk diri sndri… huhu]

Persabahatan
Syukur Alhamdulillah… selama hayat masih ada, sy akan pertahankan persahabatan sy dgn kawan2 sy. X kisahlah PCD ke… geng masa skool ke… hehe tp agak sedih gak laaa… sbb mcm x dpt nak pertahankan persahabatan sy dgn geng2 matrik waima dgn roommate sy sndri! Sedey kan?? Sy pun xtau knp sy xkekal berkawan dgn kwn2 sy ms matrik. Huhu sabar aje laaa… ntah knp sy sndri xde perasaan nak kontek dorg sdgkan sy x pernah kecik ati dgn dorg. Hmmm… ntah la erk… sy pun x faham dgn diri sndri. Huhu
I alway thought that loving someone is greatest feeling, but I realized that loving friend is even better. We lose people we love but we never lose friendship.


ada masa kita perlu menangis agar kita tahu bahawa dunia ini hanya bukan untuk ketawa. ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata... ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tak kesunyian. dan ada masa kesunyian akan membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman...


SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA!!~

Monday, November 8, 2010

:.Owh... Drama, Drama, Drama!!.:

hadoi... pagi2 lagi dah drama! haishhhh.... sangat sakit woooo!!! masa tu xleh nak cakap apa dah. rasa nak nangis! yang pasti, ambil ia sebagai motivasi. yalah... orang hanya tengok kita senang... happy... relax... tapi orang xtau. xpelah... sabarlah, hati! akal akan sentiasa menemani...



colloquium dah start hari ini sampai khamis...owh esok khamis? bagus!!!