Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Kursus Pembuatan Coklat Buatan Tangan - Part 2

Assalamualaikum. Hai hai hai... ni nak cerita intipati yang saya dapat masa belajar buat coklat dekat LKM Hilir Perak. Cerita lain pun banyak..ketawa pun banyak gak... Haha seronok! Yalah, kalau semua geng yang datang tu sporting, tak kira usia tua atau muda, kita akan rasa satu suasana yang sangat happy. (^___^)

Ok. Mari teruskan bacaan anda dengan apa yang saya ingin kongsikan.

Jenis-jenis coklat
Ada 3 jenis coklat iaitu;
1. Coklat gelap/plain/pahit - coklat yang paling baik untuk kesihatan kerana mengandungi antioksidan (awet muda).
2. Coklat susu - yang biasa kita makan.
3. Coklat putih - yang biasa kita nampak di kedai-kedai..

Formulasi Pembuatan Coklat

Bahan-bahan              Coklat Susu         Coklat Gelap            Coklat Putih
Gula halus                    35-55 %                     35-55 %                       35-55 %
Pepejal koko                 8-20 %                     40-60 %                            0 %
Lemak koko                  < 30 %                      < 20 %                        20-40 %
Susu tepung                   < 25 %                       0-8 %                          < 25 %
Lesitin                            0.05 %                      0.05 %                         0.05 %

Peralatan pembuatan coklat di rumah
1. Penghawa dingin (untuk real choc)
2. Peti sejuk (Bahagian chiller) 10-16 darjah celsius
3. marble slab/papan marmar yang matang (untuk real choc)
4. Ketuhar/double boiler - mencairkan blok coklat

Selain itu;
mixer, dapur gas, periuk, mangkuk (stainless steel), senduk (kayu/plastik), scrapper, termometer, alat penimbang, pisau pemotong, dulang plastik, bekas loyang, acuan plastik, piping bag & nozzle, bar plastic atau aluminium, aluminium foil, apron.

antara peralatan yang digunakan
Semasa kursus, kami diajar untuk membuat coklat daripada dua jenis blok coklat iaitu real chocolate atau coklat tulen dan coklat kompaund.

Coklat tulen atau real choc memerlukan cara yang khusus untuk pembuatannya.
Proses: Coklat bar - dicairkan - tempering/pendinginan - pembentukan (acuan) - penyejukan
Pembuatan coklat tulen memerlukan suasana yang dingin (air-conditioning) dan batu marmar untuk proses tempering (supaya suhu turun pada suhu yang sesuai iaitu 28 darjah celsius).

Coklat kompaund pula lebih mudah untuk disediakan.
Proses: Coklat bar - dicairkan - pembentukan (acuan) - penyejukan

Kebanyakkan usahawan coklat menjual coklat yang diperbuat daripada coklat kompaund kerana boleh dijual dengan harga yang rendah.

Jenis-jenis coklat yang boleh dihasilkan
1. Coklat kosong
2. Coklat pralin (kekacang)
3. Coklat Trufel Berinti (Shell moulding)
4. Coklat salutan (enrobing)
5. Coklat bentuk (hollow figure)

Pantang larang
1. Jangan campurkan real choc dengan compound choc sebab dia orang berdua ni memang takkan melekat di antara satu sama lain. Coklat takkan jadi.
2. Kalau nak buat coklat putih yang berperasa, gunakan oil based food colouring. Kalau guna water based, alamat tak menjadilah coklat anda.
3. Musuh utama coklat adalah air dan suhu. Jangan dedahkan coklat kepada suhu yang tinggi dan pastikan persekitaran kering dari air dan kelembapan yang boleh merosakkan struktur coklat (coklat akan berketul).
4. Jika mahu masukkan coklat ke dalam paper cup, sila guna sarung tangan plastik. Tangan ada haba dan ianya boleh menyebabkan cap jari tertinggal di atas coklat.
5. Jika buat coklat daripada real choc, pastikan suhunya tepat (28 darjah celcius) semasa tempering untuk mengelakkan coklat jadi tak cantik dan kalau suhu tinggi, coklat akan melekat pada bekas acuan dan tidak dapat dikeluarkan.

Amacam?! Dah ada perasaan nak buat coklat sendiri?? Boleh contact saya untuk maklumat lanjut. Tapi... saya bukan pembekal bahan tau. Saya cuma boleh bagi tunjuk ajar je tapi yang basic ajelah...haha
Nota saya dari buku ni laaa... lalalala~

p/s: tengah mencari peluang nak jadi usahawan... hehe

p/s 2: kalau nak apa-apa maklumat, boleh pm saya. nanti saya share apa yg ada dalam buku ni kat anda...

Tuesday, October 29, 2013

Kursus Pembuatan Coklat Buatan Tangan - Part 1

Assalamualaikum. Hye semua! Pagi tadi saya p kursus seperti tajuk di atas kat Lembaga Koko Malaysia Hilir Perak. Memang best! Yang saya pergi ni kursus FOC (free of charge). Kalau nak detail, ambil la kursus berharga RM250 selama dua hari. Kalau mahu yang lebih detail, ambillah kursus selama 4 hari dengan bayaran RM1900. Hehe

Kursus ni ajar perkara-perkara asas aje. Tadi saya belajar 3 cara nak buat coklat dan macam-macam lagi. Yang tu nanti saya share kat lain entri. Boleh kan?

Entri kali ni nak tunjuk gambar aje dulu. Jom layannnn~~


Peralatan yang digunakan


Mencairkan coklat blok

Khusyuk makcik2 akak2 ni.. hehe

Ni namanya tempering... nanti saya share kat next entri...

yang ni pulak nak buat coklat trufel berinti

Peserta ambil peluang mencuba... Ini expert, yazid dari fidani chocolate...

tempering...

Coklat yg dah siap...

p/s: mahu mendaftar kursus andaman dan spa pulak! hehe

p/s 2: xsempat ambil gambar coklat yg saya dapat. habis masuk dalam mulut! hahahaha