Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Sepanjang Bulan Mei

Assalamualaikum. Hi all!!~ Dah lama tak update cerita pasal saya, aktiviti yang saya buat, apa yang saya masak ke... memang agak busy sejak kebelakangan ni. Al maklumlah, bulan mei ni ada dua pilihanraya kecil (tetiba lak! haha)

Hari ni dah masuk bulan Jun. Cepat betul masa berlalu. Haishhh... tapi tak ada apa-apa perkembangan pun. Huhu Rasa macam tak guna aje! Huwaaaa (saya dah give-up ke?? Huwaaa)

Ok. Jangan fikir mengarut. Awal bulan Mei ari tu, nampak sangat kegigihan saya pergi ke kenduri kahwin roommate saya masa dekat matrik dulu. Dari bangi ke Senawang seorang diri. Sebab?! Dah 10 tahun tak jumpa roommate saya ni. Rindu sangat dekat dia. Maka, saya gigihkan diri juga ke sana nak jumpa dia. Bila kami berjumpa, masing-masing mula la throw back our memories. Semua benda yang berlaku dekat tingkat 3 bilik nombor 18 diimbau kembali. Gelak besar kami... Nama-nama yang pernah mencipta sejarah dengan kami berempat di bilik 18 tu semua disebut. Haishhh... baru saya tahu yang saya memang ada memori di KMPk tahun 2004/2005.

Kepada Farah, selamat pengantin baru. Semoga bahagia, kekal sampai ke jannah. Ameenn...

Kalau boleh reunion, kita reunion erk. Tapi... semua dah kahwin. Saya sorang aje yang belum... Huhu

ni farah! gorgeous kan?? sgt lawa...

fara dan reduan... selamat pengantin baru!
sama cantik, sama padan...
Tengah bulan hari tu, kami satu office sepakat nak buat pot luck sebab abang officemate tu nak belanja satay. Raja satay nama dia dan bila kami rasa, satay punya taste tu memang kalah dengan satay2 yang pernah kami makan. Yummy!!! Lepas tu, saya lak cakap nak masakkan nasi himpit. Yang lain-lain ada gak bawa.

Dan memang sesungguhnya, saya dan planner memang tak dapat dipisahkan. Haishhhh.. jom layan gambar-gambar di bawah! Hehe

ni plannya.. (^__^)v
dok bancuh ayaq milo...

makan...makan...

bergambar dengan kek sebelum kek dipotong

kek sempena hari ibu dan sambutan birthday bulan Mei...

pok nik... hotwheels x termasuk dalam pot luck tau!!!

Wesak day, temankan mama buyung p makan donut. Pastu, p shopping barang dekat The Mines. Maaf, yang ni tak ada gambar. Kami tak suka selfie tapi kami suka sangat kalau orang amik gambar kami. Haha


Lepas buat pot luck, kami satu office buat aktiviti tukar-tukar hadiah. Macam-macam plan, kan?? Hadoiii... haha pertukaran hadiah berdasarkan cabutan nama. So, saya dapat staff perempuan dan senang nak bagi hadiah sebab dia dah bg wish list dia. Haha


kalau la semua ni saya punya... haha


bancuh ayaq lagi! haha


sy dapat dari cc...
we are family.. 

saya memang suka menyibuk hadiah orang.. haha
ni hadiah saya!! weeeee

Lepas tu, saya demam dua hari. Jumaat lepas baru datang kerja balik.

Hari Khamis, Usu datang dari Sabah. Dia stay dekat upm, bilik sahabat dia. Kami berjumpa pada malam Sabtu, makan dekat Wong Solo, Bangi. Usu teringin nak makan ayam penyet katanya.

x sempat ambil gambar makanan.. lapar sangat! sampai aje makanan terus ngapp!

Jumaat ari tu, officemate bawa p makan nasi kandaq. Sedappp... tersampai juga hajat nak makan nasi kandaq walaupun kat Nilai! haha


Semalam, kami pergi ke rumah angah kat Salak Tinggi. Saya, along, usu, dan shida tunggu uda kat balai polis Sepang. Angah buat makan-makan. Sedap wooo angah masak!



tuan rumah terselit di belakang..muka fateh tak nampak! haha


Lepas p rumah angah, kami p melawat alang kat hospital. Sedih dekat alang. Sian dia. Seminggu dalam wad. Kena penyakit batu hempedu. Dah merebak pulak tu. Semalam, dia masih kena demam kuning. Dah lah dekat hospital Putrajaya tak boleh bawa budak. Tentu Adam rindu mama dia... mama dia pun rindu sangat kat Adam. Haishhh... tak boleh kenang. Sedihhhh... huhu

Tadi, p anta rombongan pengantin ke Senawang. Adik sepupu kahwin. Balik aje dari kenduri, saya pun tidur dan ni baru update blog. Haha

tahniah, barak dan nadia!!!
Ok, dah habis nak cerita. Jumpa lagi. Daaa...

p/s: x dpt p karnival karangkraf. Sedihhh... huhu

p/s 2: kepada alang, kami semua mendoakan agar alang segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. keep on praying, sis! bertabahlah!

p/s 3: doakan yang terbaik buat saya, erk! ada mission penting 13hb nanti. Thanks! 

Sunday, December 2, 2012

:.Diuji.:

assalamualaikum. hye semua! susah nak cakap bila kita sendiri tak rasa apa yang orang lain rasa. bila dengar masalah yang melanda, bila lihat sendiri orang yang mengalaminya, rasa macam... kalau saya, mungkin tak mampu untuk menghadapinya.

ini kisah hati manusia. manusia. penuh ragam. kadang2 rasa pelik melihat sikap manusia. yalah, kalau semua orang sama aje, apa yang dikatakan manusia kan?? tak ada bezanya dengan haiwan. haishhh...

kisah ini berlaku pada orang yang dekat dengan saya. memang dah tak tahu nak buat apa apabila dibagitahu ini semua atas perbuatan manusia yang tak percaya langsung takdir dan ketentuan ALLAH. sudah dikatakan TIADA JODOH tapi masih tak faham juga. lantas tak boleh tengok orang lain bahagia maka dia mula meminta pada jalan yang dimurkaiNya.

memang besar dendam dia kepada lelaki ini sehingga melakukan sesuatu yang syirik. saya tahu, dia mahu melihat kesengsaraan lelaki ini dan isterinya. hadoi... yang sudah tu sudahlah. dia pun sudah berkahwin. kalau dia berasa peritnya putus cinta, rasanya hampir semua manusia dalam dunia ini merasakannya. apa lagi yang dia tak puas hati?? bertahun lelaki ini dan isterinya berubat. bila dah baik, ia datang balik. dah pelbagai tempat pergi berubat. hasilnya tetap sama. bila si isteri mula menunjukkan reaksi positif, sakit itu datang balik. mengikut kata perawat di tempat mereka berubat, tok bomoh yang menghantar 'sakit' itu dah tak ada. maka si pendendam mencari tok bomoh yang lain. sebab tu penyakit itu tak sembuh. haishhh...

saya hanya mampu memandang. tahu akan berat yang dipikul tapi apakan daya. saya hanya mampu berdoa semoga ALLAH memberi petunjuk dan meningkatkan tahap keimanan mereka. kalau ikutkan hati panas saya, rasa macam nak pulangkan aje apa yang dia hantar kepada lelaki ini dan isterinya. puas dah bersabar tapi sampai bila? semua kerja tergendala. si isteri dah tak bekerja. niat untuk sambung belajar ke luar negara pun sudah tertangguh. si suami pula mula asyik minta cuti. sampai bila nak macam ni?? bagaimana dengan masa depan? memang tak ada iman betul orang yang hantar ni. cuba dia yang kena. baru tahu apa orang lain rasa. memang celaka betul!!!

hei perempuan! siang malam solat tunggang terbalik tu, tak ada nilailah! (entah solat entah tak) masih tak sedarkah kau dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kau??? lihat keadaan rumahtangga kau! lihat keadaan anak kau! lihat keadaan mak bapak kau! (mak bapak kau pun sama perangai macam kau). ALLAH akan bayar cash atas aniaya yang kau lakukan pada orang! [mode: meradang!]

ALLAH menguji itu tanda ALLAH sayang... ALLAH takkan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.

p/s: nak aje sound direct kat perempuan tu tapi semua orang larang. haishhh...

p/s 2: perempuan itu mula mendapat balasan sedikit demi sedikit. saya cakap; PADAN MUKA! (semoga terbuka pintu hatinya untuk bertaubat...tapi kalau hati dah hitam...hmmm...)


Thursday, February 4, 2010

:.aKu ni GATAL ke??.:


assalamualaikum.... mata kiriku bengkak dan berair. huhu aku baru balik dari PKU dlm 15 minit yg lepas. nasib baik x ramai org. xde la lama sangat aku menunggu. doktor tu pulak baik... siap kenal aku lagi. haha nyata dia dah bosan dengan aku kot sbb dah lama sangat aku duduk kat UPM ni. hahaha :D ekceli aku dah selalu kena dgn doktor tu setiap kali p PKU. hehe nama dia kalu x salah Dr.Suhyna. hehe cOoL n lembut je. =)


oh ya! bukan nak cerita sangat pasal doktor ni... cuma aku nak cakap MATA AKU SAKIT. ni pun dah tanggal lens. doktor pesan, jangan pakai lens. tunggu reda dulu sakit mata tu, baru pakai balik. baikkkk doktor!!! haha sesungguhnya aku mmg BAIK. kui3 pas jumpa doktor, seperti biasa, aku tunggu kat farmasi pulak. amik ubat... hehe dapat 3 jenis ubat. ubat titis, ubat hilang bengkak dan ubat gatal. haaa... ini yang nak cerita ni!!! ubat gatal?? mata aku x gatal tapi dia bg ubat gatal. aku ni menggatal ke?? huhu ekceli dari dulu lagi... setiap kali aku p PKU, setiap kali tu la aku diberi ubat gatal. hua3 dah bnyk kali dah ni.... hahahaha aku gatal ke??? hahahaha

lens dan botol solution... huhu

3 jenis ubat. kaler biru ubat makan... kaler merah ubat titis.




mata kiri ku yg merah... huhu [awat kulit aku ni gelap sangat????]
so, sekarang ni... aku kurang 200 power di sebelah mata kiri dan 250 power di sebelah mata kanan. malas pulak nak balik amik spek kat kolej. [walhal bukan jauh pun dr PKU.] huhu
haaa... ini gelang yg aku beli semalam. cantikkan?? tong pun bli 1. hehe kami lah kumpulan indie terbaru. gersang!!! hahaha [sewel dah...~]
p/s: he never know dat I LOVE HIM!!!~