Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

Entri pertama 2016

Assalamualaikum. Hai hai hai... Selamat tahun baharu 2016! Haha

Dah laaaama tak update blog. Tapi tak ada la lama sangat. Hehe laptop rosak... Keyboard tak boleh menaip dah. Tak keluar huruf. Nak kena hantar p hospital. Tapi duit takdak. Nanti nanti laa... Haha

Tahun 2016 ni, saya nak mulakan satu perjalanan baharu dalam hidup. Dulu pernah buat tapi terhenti di pertengahan. Mungkin sebab salah diri sendiri. Tak mampu hadapi dugaan. Harap kali ni kuat la nak tempuh hari-hari mendatang.

Okeylah. Setakat ni aje sebagai mukadimah untuk 2016. Lepas ni saya akan cuba merajinkan diri untuk update blog. Hehe

Saya doakan semoga kalian yang dalam ingatan dan hati saya sentiasa berbahagia, dikurniakan dengan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki. Semoga setiap hari yang mendatang adalah lebih baik dan mendapat perlindungan Yang Maha Esa.

Nah... Saya belanja muka tuan rumah. Haha

P/s: dah berhenti kerja. Huhu

Saturday, December 27, 2014

Agar-Agar Aiskrim Oreo

Assalamualaikum.

Hai hai

Selamat berhujung minggu. Ini adalah hujung minggu terakhir di tahun 2014. Ulasan aktiviti sepanjang tahun 2014 nanti saya akan buat dalam entri yang lain.

Kali ni nak kongsi resipi pencuci mulut yang mudah dan sedap. Saya cuba buat resipi ni sebab fizah, officemate, minta saya buat. Akhirnya, jadi jugak. Hehe


Bahan-bahan

20gram agar-agar kering
1L air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim (saya guna aiskrim perisa coklat)
1 telur (saiz sederhana)
1 sudu kecil esen vanila
1 bungkus biskut oreo | dikisar (saya x kisar pun. saya pecahkan kasar)

Cara-cara

1. Larutkan agar-agar di dalam periuk bersama air.
2. Sementara menunggu agar-agar larut sepenuhnya, satukan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mangkuk. Pukul perlahan sehingga semuanya sebati.
3. Setelah agar-agar larut, masukkan bahan yang telah dikacau sebati ke dalam periuk. Kacau perlahan dengan api yang kecil. Jangan sampai melimpah.
4. Jika berpuas hati, bolehlah tutup api. Kemudian masukkan biskut oreo. Kacau lagi dan masukkan ke dalam bekas untuk menyimpan.
5. Tunggu sehingga agar-agar menjadi keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba!

Nak cakap sikit.
Sekarang ni, Malaysia sedang dilanda ujian. Bencana alam yang melanda di beberapa buah negeri memberi kita ikhtibar. Janganlah ada yang memandai-mandai menyebarkan fitnah. Kasihanilah mereka yang menerima ujian daripada Allah swt. Itu bahagian mereka. Bahagian kita, kita tak tahu lagi. Kalau tak mampu nak sumbangkan apa-apa, janganlah tambahkan bebanan mereka. Ada anak-anak yang kerja di luar kawasan banjir yang risaukan keadaan ibubapa, adik beradik, dan keluarga mereka. Doakan kesejahteraan mereka. Doakan mereka dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Jangan menuding jari ke arah sesiapa. Sekian, terima kasih!

p/s: Syukur alhamdulillah bila along bagitahu wani dan famili dah selamat pindah ke Besut, rumah mertuanya. Terasa lega sangat hati.

p/s 2: Yakinlah, Allah swt akan melindungi. Berusahalah, bertabahlah... bantuan Allah swt tu dekat sebenarnya. Berdoalah, rakyat Malaysia!

Sunday, June 1, 2014

Sepanjang Bulan Mei

Assalamualaikum. Hi all!!~ Dah lama tak update cerita pasal saya, aktiviti yang saya buat, apa yang saya masak ke... memang agak busy sejak kebelakangan ni. Al maklumlah, bulan mei ni ada dua pilihanraya kecil (tetiba lak! haha)

Hari ni dah masuk bulan Jun. Cepat betul masa berlalu. Haishhh... tapi tak ada apa-apa perkembangan pun. Huhu Rasa macam tak guna aje! Huwaaaa (saya dah give-up ke?? Huwaaa)

Ok. Jangan fikir mengarut. Awal bulan Mei ari tu, nampak sangat kegigihan saya pergi ke kenduri kahwin roommate saya masa dekat matrik dulu. Dari bangi ke Senawang seorang diri. Sebab?! Dah 10 tahun tak jumpa roommate saya ni. Rindu sangat dekat dia. Maka, saya gigihkan diri juga ke sana nak jumpa dia. Bila kami berjumpa, masing-masing mula la throw back our memories. Semua benda yang berlaku dekat tingkat 3 bilik nombor 18 diimbau kembali. Gelak besar kami... Nama-nama yang pernah mencipta sejarah dengan kami berempat di bilik 18 tu semua disebut. Haishhh... baru saya tahu yang saya memang ada memori di KMPk tahun 2004/2005.

Kepada Farah, selamat pengantin baru. Semoga bahagia, kekal sampai ke jannah. Ameenn...

Kalau boleh reunion, kita reunion erk. Tapi... semua dah kahwin. Saya sorang aje yang belum... Huhu

ni farah! gorgeous kan?? sgt lawa...

fara dan reduan... selamat pengantin baru!
sama cantik, sama padan...
Tengah bulan hari tu, kami satu office sepakat nak buat pot luck sebab abang officemate tu nak belanja satay. Raja satay nama dia dan bila kami rasa, satay punya taste tu memang kalah dengan satay2 yang pernah kami makan. Yummy!!! Lepas tu, saya lak cakap nak masakkan nasi himpit. Yang lain-lain ada gak bawa.

Dan memang sesungguhnya, saya dan planner memang tak dapat dipisahkan. Haishhhh.. jom layan gambar-gambar di bawah! Hehe

ni plannya.. (^__^)v
dok bancuh ayaq milo...

makan...makan...

bergambar dengan kek sebelum kek dipotong

kek sempena hari ibu dan sambutan birthday bulan Mei...

pok nik... hotwheels x termasuk dalam pot luck tau!!!

Wesak day, temankan mama buyung p makan donut. Pastu, p shopping barang dekat The Mines. Maaf, yang ni tak ada gambar. Kami tak suka selfie tapi kami suka sangat kalau orang amik gambar kami. Haha


Lepas buat pot luck, kami satu office buat aktiviti tukar-tukar hadiah. Macam-macam plan, kan?? Hadoiii... haha pertukaran hadiah berdasarkan cabutan nama. So, saya dapat staff perempuan dan senang nak bagi hadiah sebab dia dah bg wish list dia. Haha


kalau la semua ni saya punya... haha


bancuh ayaq lagi! haha


sy dapat dari cc...
we are family.. 

saya memang suka menyibuk hadiah orang.. haha
ni hadiah saya!! weeeee

Lepas tu, saya demam dua hari. Jumaat lepas baru datang kerja balik.

Hari Khamis, Usu datang dari Sabah. Dia stay dekat upm, bilik sahabat dia. Kami berjumpa pada malam Sabtu, makan dekat Wong Solo, Bangi. Usu teringin nak makan ayam penyet katanya.

x sempat ambil gambar makanan.. lapar sangat! sampai aje makanan terus ngapp!

Jumaat ari tu, officemate bawa p makan nasi kandaq. Sedappp... tersampai juga hajat nak makan nasi kandaq walaupun kat Nilai! haha


Semalam, kami pergi ke rumah angah kat Salak Tinggi. Saya, along, usu, dan shida tunggu uda kat balai polis Sepang. Angah buat makan-makan. Sedap wooo angah masak!



tuan rumah terselit di belakang..muka fateh tak nampak! haha


Lepas p rumah angah, kami p melawat alang kat hospital. Sedih dekat alang. Sian dia. Seminggu dalam wad. Kena penyakit batu hempedu. Dah merebak pulak tu. Semalam, dia masih kena demam kuning. Dah lah dekat hospital Putrajaya tak boleh bawa budak. Tentu Adam rindu mama dia... mama dia pun rindu sangat kat Adam. Haishhh... tak boleh kenang. Sedihhhh... huhu

Tadi, p anta rombongan pengantin ke Senawang. Adik sepupu kahwin. Balik aje dari kenduri, saya pun tidur dan ni baru update blog. Haha

tahniah, barak dan nadia!!!
Ok, dah habis nak cerita. Jumpa lagi. Daaa...

p/s: x dpt p karnival karangkraf. Sedihhh... huhu

p/s 2: kepada alang, kami semua mendoakan agar alang segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. keep on praying, sis! bertabahlah!

p/s 3: doakan yang terbaik buat saya, erk! ada mission penting 13hb nanti. Thanks! 

Saturday, May 17, 2014

Bebel sat: marah

Assalamualaikum. Hai! Sejak dua menjak ni... memang tak dapat nak kawal emosi. Kalau dah tension tu, confirm saya akan rasa nak marah. Haisshhh... kalau dulu, senang aje nak kawal. Setiap ada apa halangan, saya akan senyum. Kalau tertekan macam mana pun, saya pasti akan mengawalnya. Biasanya saya akan alihkan perhatian ke benda lain. Akal akan cepat-cepat alih ke perkara lain yang menenangkan. Kali ni tak berkesan. Mungkin sebab saya sakit kot. Rasa macam nak demam tapi sekejap rasa tak. Sakit kepala pun macam tu gak. Haishhh... Huhuhu

Mood sudah semestinya macam angin. Selalu berubah.. (hentam saja perbandingan ni. Haha) Kalau nak marah tu, saya lepaskan aje sekarang ni. Dah tak dapat nak hold dah. Sesedap rasa aje orang nak fire kita, kan?? Saya pun apa lagi...sesedap rasa aje saya lepaskan! Ha, amik kauuu!!! Gerammmmm... Penat nak bertolak ansur... uhuhu



Kali ni saya google nak cari tips nak kawal marah. Biasanya, kalau saya marah, saya akan ke sinki untuk cuci tangan. Sejuk sikit... Dalam hati akan beristighfar... Yalah, kena gak la kaji hubungan kita dengan Allah. Pasti ada kurangnya. Huhuhu

Yang ni lak, saya nak menginsafi diri. Saya ambil tips ini dari iluvislam.



Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:

(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda’. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar’ie dan berhikmah.

(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W.  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali ‘Imran: 134)

Allah S.W.T. menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?

Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?

Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.

DIAM

Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.

ISTI’AZAH

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.

Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:

“أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:

Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)

Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.

DUDUK

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

BERWUDHUK

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

p/s: semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku, dan juga dosa-dosa insan yang saya sayang. ameennn...

p/s 2: need my soul therapy..yeah, its u! huhu

Wednesday, April 16, 2014

Chill, guys... it's life!

Assalamualaikum. Hai, helo... selamat sejahtera semua!! (^___^)v

Dalam hidup banyak benda kena lalui. Chill, guys...it's life!


Buat baik salah, buat jahat dah tentu-tentunya salah. Chill, guys... it's life!

Mak cakap,
"Buat baik dibalas baik...buat jahat dibalas jahat, tapi...buat baik berpada-pada sebab zaman sekarang ni banyak sangat orang yang suka ambil kesempatan atas kebaikan kita!"
Saya cakap,
Chill, mom... it's life!
Ada aje orang yang tak puas hati dengan kita. Dengki pun ada gak. Dia ingat dia seorang aje tahu nak dengki. Kita pun tau gak! Yang tak faham tu, apa yang kita ada, dia pun ada. Tapi apa yang dia ada, kita tak ada. Itu pun nak dengki gak?? Ok. Chill, guys... it's life!


Cinta. Bab ni payah sikit nak rungkai. Benda paling complicated dalam hidup adalah cinta. Kalau ada yang dapat defined dengan very fine, tahniah saya ucapkan! Orang kata, kalau dalam dunia ni semua orang punya kasih sayang dan cinta, takkan ada peperangan. Tapi... cinta ni selalu banyak bagi masalah. Apapun, Chill, guys... it's life!

Nak puaskan hati orang. Ini memang masalah utama dan boleh dikatakan semua orang menghadapinya. Ya, siapa kita ni nak puaskan hati semua orang?! Kalau kita aje yang nak jaga hati orang, siapa nak jaga hati kita pulak? Pujuk sendiri laa jawabnyaaa... Apa?? Oh, Chill, guys... it's life!

Asyik cakap pasal kita dengan orang aje kan?? Try tengok diri sendiri camne. Kita kerja siang malam, nak bg anak bini makan...untuk yang bujang lak nak bayar itu ini...duit habis tak tahu ke mana...last-last duit yang tinggal dalam tangan tak cukup nak buat makan sendiri. Chill, guys... it's life! Bersederhanalah...dan kita kena ingat, apa yang kita dapat tu sebenarnya adalah apa yang kita usahakan. Rezeki merangkumi semua benda anugerah Tuhan. Tak semestinya duit aje rezeki. Sakit, sihat, anak-anak yang baik, isteri yang solehah, suami yang mithali... semua tu rezeki.

Yang belum kahwin macam saya ni... saya yakin ada rezeki buat saya nanti. ALLAH dah simpan yang special untuk saya. Saya tahu yang tu... mungkin cinta saya pada Dia belum kuat, maka, saya kena menguatkan cinta saya pada Dia dahulu baru Dia kirim seseorang yang akan menyayangi saya dengan penuh keikhlasan. Ok, sila menyampah! Chill, me... it's life! Orang yang menempuh kehidupan macam saya ni banyak benda nak cerita.

Kita tengok orang tu senang...mewah...bahagia... Chill, guys... it's life! Kita tak tahu apa yang telah dia tempuh selama ini untuk mencapai apa yang dia ada sekarang. ALLAH tu Maha Adil.

Dekat office ada kaki ampu boss. Buat kerjanya tak... I mean, bukan la tak buat langsung. Kalau dia buat pun, mungkin 20 peratus daripada sepatutnya. Biasanya orang macam ni boss sayang. Dia pun secara automatiknya mempunyai kuasa seperti boss. Kita yang berusaha separuh mati ni, tak pernah dapat pape. Tak apalah...janji kita ikhlas dan anggap kerja kita tu ibadah. ALLAH akan beri ganjaran yang lebih hebat lagi. Chill, guys... it's life! Tak dapat kat dunia, di akhirat menanti.


Yang dah kahwin lak... dugaan banyak jugak. Hmm... macam-macam orang akan cari kekurangan dalam rumah tangga. Chill, guys... it's life! Manusia yang tidak menyibuk hal orang lain tu bukan manusia namanya. Ada suami/isteri yang tak tahu nak bersyukur dikurniakan suami/isteri yang baik. Dapat yang kaki pukul kang baru tau! Jangan la ambil kesempatan atas sikap tolak ansur suami/isteri. Berubahlah dan muhasabahlah diri. Jangan cakap tak serupa bikin. Saya paling tak suka orang yang macam ni! Oh., Chill, me... it's life! Jangan sampai dia lari dari kita, barulah kita menyesal dengan apa yang dah kita lakukan.

Saya tau... saya ni pun jenis cakap je! Tapi ia serupa dengan yang saya bikin. Chill, guys... it's me! I know what I'm doing... tak payah nak remind saya benda yang sama.

Just look and ask yourself... did you done something for yourself? Dengan apa yang anda sekarang, semuuanya atas doa orang di sekeliling anda. Chill, guys... it's life! Jangan terlalu menongkat langit. Kalau Tuhan kata Dia nak ambil balik apa yang Dia, kita sebenarnya tak ada apa-apa.

Ok. Penat dah! Wassalam...

p/s: soriiiii... m( _  _)m

Monday, April 7, 2014

Ada bezanya mengambil berat dengan busybody

Assalamualaikum. Update segera! Haha disebabkan tengah stress dengan seseorang di opis, maka saya terterbitlah entri ni. Huhu

Mengambil berat;

  • Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (Sumber)
  • Mengambil tahu akan seseorang, sesuatu perkara, atas niat baik dan tanda prihatin (LR, 2014)


Dan,

Busybody;

  • a person who is too interested in the private lives of other people (Sumber)


Bukan nak kata salah kalau kita busybody, ada baiknya...tapi jangan la sampai keterlaluan. Nak saya bagi contoh tak untuk membezakan dua situasi ni?? Haaa... ni contohnya.

A dan B kawan satu opis. Hubungan hanya setakat kawan sepejabat aje...tak pernah keluar sama atau share benda2 peribadi. Suatu hari, di waktu makan tengah hari, A yang baru lepas keluar makan bertemu dengan B yang sedang rehat lepak di dalam pejabat.

Situasi Mengambil Ambil

A: Eh, B! Dah makan dah? Kalau belum, nak aku temankan?
B: Eh, tak apa! Aku dah makan dah...

Situasi Busybody

A: Eh, B! Dah makan dah?
B: Dah makan dah...
A: Ko makan kat mana?
B: Dekat kedai mamak depan sana tuuu...
A: Oh, ko keluar dengan siapa? Dengan boyfriend erk? Boyfriend ko kerja mana? Ko makan apa? Siapa belanja...bla bla bla bla
B: (Rasa cam nak baling dengan kerusi aje!)


p/s: Ini pandangan saya. Kalau salah, sila perbetulkan sebab ni apa yang saya faham dan apa yang saya perhatikan... peace!

Friday, February 7, 2014

Apa yang perempuan perlu faham tentang lelaki

Assalamualaikum. Hai semua!!~ Lamaaaa sgt sy x update blog. Agak sibuk sikit menguruskan rumahtangga. Ahaks... sy belum kahwin laa...hihi psssstt..yg sebenarnya sy ni dah malas. Huhu

Ni sebenarnya nak mengomel sikit. Pasal orang yang saya jumpa... harap umur je besar tapi tak matang langsung! Haisshhh... entahlah... agaknya baru mengenal cinta kot. Hai cik kak! Banyak benda yang cik kak kena belajar pasal cinta ni. Ni belum apa-apa cik kak dah buat si dia gelisah dan rimas. Belum ada apa-apa janji cik kak buat dia mcm cik kak punya seorang sampai orang lain tak ada hak. Oh, cik kak! Hadoii... belajarlah bertenang. Huhu

Ok. Ni nak tunjuk sikit apa yang lelaki nak orang perempuan faham pasal dia. Bukan untuk org yang bercinta, berkahwin... tapi untuk yg baru mula nak mendekati lelaki.

1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 

2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. 

4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 

5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan. 

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain. 

7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua. 

8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya. 

9. Bila si dia curang
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati. 

10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


Sumber: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/07/10-situasi-lelaki-yang-wanita-harus.html

p/s: anda pun si lelaki... fahamilah jiwa perempuan yang lembut dan mahukan perhatian. Jangan salah anggap di antara mengongkong dengan mengambil berat... (^______^)v

Monday, May 20, 2013

Wanita dan Kehormatannya

Beberapa hari yang lepas, mak saya tetiba menimbulkan satu isu ini.

Mak: Kenapa ya sekarang ni mak tengok, perempuan sekarang ni macam terlalu mudah bergaul mesra dengan lelaki?

Saya: (Buat muka blur tak faham)

Mak: Yang mak tengok sekarang, yang makin menjadi-jadi bila dah jadi bini orang, laki orang. Bukanlah nak cakap kalau anak dara atau laki bujang tu baik pulak... memanglah tak elok kalau laki perempuan campur gaul mesra. Tapi kalau dia laki atau bini orang, lagilah tak elok!

Saya: (Mengangguk aje...)

Mak: Menjadi-jadi skandal zaman sekarang ni. Bila bekerja, ada masalah dalam rumahtangga, mula la cerita. Kalau kat kawan perempuan tu tak apalah jugak. Ini kalau nak share masalah pun dengan kawan lelaki. Suami orang pulak tu.

Saya: Mungkin sebab pengalaman kot...

Mak: Alasan aje tu. Mula-mula kongsi masalah, lepas tu rapat, mesra sampai boleh p date lagi. Pengalaman amendanya??! Tak malu ke? Tak takut ke?

Saya: (Diam lagi)

Mak: Nauzubillah... Cukuplah apa yang jadi dekat luar sana!

Saya: Apa yang jadi? Siapa yang ada skandal?

Mak: Ini haaa... mak baca kat dalam paper ni...

Saya: Laaa...

Kadang-kadang saya terfikir jugak pasal benda ni. Memang pernah nampak apa yang ditulis dalam akhbar. Memang pelik. Sudah tak tahu hukum kah? Sudah lupa tanggungjawab kah?

Wanita hanya perlu memenuhi 2 syarat untuk menjadi wanita Solehah iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Untuk syarat 1, rasanya semua tahu. Taat kepada Allah adalah melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya. Begitu juga kalau mahu taat kepada RasulNya.

Tapi, bagi syarat 2, Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

7 perkara yang menunjukkan nusyuz:


1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Apapun ianya dikecualikan jika isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

2. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak, contohnya isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak.

3. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

5. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

6. Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

7. Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon, dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.

“Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka) ”(Surah an-Nisa: 34)

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).” (Surah an-Nuur: 31)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Rasanya semua orang tahu, Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Sekian.

Rujukan:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3605-ciri-ciri-wanita-solehah.html

http://nor89.blogspot.com/2012/02/jauhi-tujuh-perkara-boleh-menjadi.html

p/s: Mengambil ikhtibar... nauzubillah... jauhkan segala perkara yang buruk dari diri ini. Aminnnn~



Wednesday, May 8, 2013

corat coret bulan April... masuk bulan Mei sikit

Assalamualaikum... (^__^)v

Syukur alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi yang fana ini.

Bulan April adalah bulan yang agak busy buat saya.

Daftar masuk dan keluar akademi. Dua hari aje join kelas. Hadoi! (Belum ada rezeki agaknya...)

Daftar masuk dan keluar hospital. Adik saya yang bongsu. Bandar Tun Razak dan Bangi dah jadi rumah kedua masa tu. (Alhamdulillah... selesai juga akhirnya. Cuma ada beberapa susulan di Teluk Intan.)

Ulang alik Simpang Empat. Taklimat dan kursus SPR sempena pilihan raya. (Selesai juga...)

Apapun, saya sempat p jumpa baby kawan baik saya, Muslihah. Tahun lepas saya ada post pasal wedding dia. Klik sini dan sini kalau nak tau cerita kahwin beliau.

Nama baby beliau Nurul Iman Bt Mohd Syukri Adam. Lahir pada 14hb 4 dengan berat 3.3kg. Syukur bila kedua-duanya sihat.

Nurul Iman nyenyak tidur. Baru lepas mandi n menyusu...

Aunty pun mau tidur juga ka??? hehe

Kepada baby Iman, jadilah anak yang solehah. Jangan lupa minta adik tau! Hahaha

Sebelum pilihan raya, saya sempat juga pergi majlis perkahwinan kawan saya masa di upm dulu. Jumpa la juga kawan2 lain. Nasib baik kawasan tempat tinggal dia dekat dengan kawasan tempat tinggal saya walaupun saya di Perak dan dia di Selangor. (^__^)

pengantin sembang dengan pengapit dorg daaa...

wendy, aizrina dan za. rindu kat dorg!!~

pose istimewa dari pengantin dan pengapit.  =)

Kepada Zulia, selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga berbahagia hingga ke jannah.

p/s: rindunya kat si dia!! tapi... dia belum tentu rindu kat saya. Haishhhhh...


Saturday, January 26, 2013

Budi Bahasa Budaya Saya!

Salam. Hai! Saya baru balik kenduri sepupu. Semalam nikah dan hari ni bersanding di belah pengantin perempuan. Sepupu saya perempuan dan nasib baik dia buat catering. Tak ada la penat sangat! hehe

Ok. Berhenti jap cerita pasal wedding sepupu. Nak cerita pasal sikap sesetengah orang yang buat-buat tak tahu nak menghormati orang lain. Apa kaitannya dengan wedding sepupu? Kes ini berlaku dalam wedding sepupu ni. Kesian... pada orang yang tak tahu nak hormat orang! Di khalayak ramai pun nak menengking-nengking orang, cakap kasar, pentingkan diri sendiri...
haiya! tak tahu malu langsung! tak boleh nak bersarbar walaupun sedikit ke?? mesti juga dengar cakap dia aje ke sampai orang lain ni dianggap macam sampah?!

Saya baru first time tengok muka orang-orang yang macam ni...tapi sepupu sepapat saya dah lama mengumpat pasal dia orang. tertinggal kereta api tol la! hahaha

tak apa laaa...doakan aje dia orang ni berubah menjadi lebih tahu menghargai orang lain. haishhh nasib baik la saya ni ada simpan sikit sabar. kalau tak, mau saya cili aje mulut makcik-makcik tu! ngeeee~

nurul dan aizam. selamat pengantin baru!!!~


p/s: nanti saya nak upload gambar majlis sepupu saya. tungguuuuu~

Friday, December 21, 2012

:Haishh...~:

Susah betullah dengan orang yang tak faham bahasa!

Ok. Aku ni dah jadi beban, dah tak larat nak tengok muka aku, kan??

Baik. Aku pergi!

Kau, jangan sampai aku ungkit apa yang aku dah buat untuk kau!

Aku korban semua benda untuk kau yang tak ada kena mengena dalam urusan aku. Lepas tu, mengata aku macam-macam.

Baik. Aku pergi! Settle lah sendiri! Kau tu yang annoying!




p/s: macam la aku minta duit kau! blah!~


Sunday, December 9, 2012

:.buntu [mencari cinta].:

Assalamualaikum.



entri kali ni pasal cinta. ok. ini kisah yang saya sendiri rasanya susah nak bagi nasihat dan pendapat. rasa kasihan saya pada si gadis itu sangat tinggi. bahkan lebih banyak dari roti canai kuah banjir. melimpah ruah.

baru-baru ni, si gadis ini ada hubungi saya. maklumlah, dia belajar di utara tanah air. kalau dia balik ke kampung pun, bukan senang nak jumpa saya. mujurlah ada teknologi yang membantu kami untuk meluahkan perasaan.

saya pernah ceritakan kisah dia di sini dulu. baca sini. dan kini dia sudah putus dengan kekasihnya atas permintaan dan tanda hormat taat kepada ibubapanya. apapun, saya gembira sangat apabila mereka masih lagi berkawan sehingga sekarang. dan apa yang saya faham dalam situasi mereka, mereka masih lagi mengharap di antara satu sama lain.

ok. bukan perkara itu yang sebenarnya yang saya nak kongsikan di sini. tapi... pasal masalah si gadis. masalah dia ialah...

mak dia suruh dia kahwin!

kahwin??

ya, kahwin!

ok...

SG (si gadis) : macam mana ni, kak? mak suruh kahwin.

LR (saya) : loh, apa mimpi mak kamu ni?

SG : entah. agaknya dia tengok si o*** dah nak kahwin ni, dia pun nak suruh kita kahwin jugak kot.

LR : ish, meroyanlah mak kamu tu! kalau embah tahu ni, mahu kena mak kamu.

SG : eh, jangan cakap dengan embah! nanti mak marah kita sebab cerita dekat embah.

LR : akak tau... akak tak cerita kat sape2.

SG : tapi... macam mana ni kak?

LR : mak serius ke main2?

SG : serius!

LR : kalau macam tu, inilah peluang nak kahwin dengan k***.

SG : mak tak setuju. kita dah cakap dah... kalau nak kita kahwin, k*** akan masuk meminang. tapi mak tak bagi. mak suruh cari orang lain.

LR : kalau macam tu, suruh mak cari!

SG : mak suruh cari sendiri.

LR : pulak dah!

SG : apa nak buat ni kak??? kita buntu ni...

LR : akak pun sama!

last2, saya cakap juga dekat mak. hadoi... memang tak ada penyelesaian untuk si gadis ni.

saya hanya boleh cakap, bersabarlah... hanya Tuhan yang tahu apa yang akan berlaku masa hadapan. kalau k*** itu jodohnya, sejauh manapun dia pergi, pasti dia akan kembali. kalau bukan, depan mata pun boleh pergi. tapi saya berpesan juga pada si gadis, kalau mak suruh kahwin juga, cakap pada saya. tahulah saya macam mana nak buat nanti. haha

p/s: embah tu maksudnya atuk/nenek dalam bahasa jawa.

p/s 2: 'kalau kita ni gedik, bolehlah kita cari lelaki!!' buat saya gelak terbahak2 dengar kata2 si gadis! huahahahahaha (tu bukan lelaki yg dicari, dik. itu jantan namanya!)




Sunday, December 2, 2012

:.Diuji.:

assalamualaikum. hye semua! susah nak cakap bila kita sendiri tak rasa apa yang orang lain rasa. bila dengar masalah yang melanda, bila lihat sendiri orang yang mengalaminya, rasa macam... kalau saya, mungkin tak mampu untuk menghadapinya.

ini kisah hati manusia. manusia. penuh ragam. kadang2 rasa pelik melihat sikap manusia. yalah, kalau semua orang sama aje, apa yang dikatakan manusia kan?? tak ada bezanya dengan haiwan. haishhh...

kisah ini berlaku pada orang yang dekat dengan saya. memang dah tak tahu nak buat apa apabila dibagitahu ini semua atas perbuatan manusia yang tak percaya langsung takdir dan ketentuan ALLAH. sudah dikatakan TIADA JODOH tapi masih tak faham juga. lantas tak boleh tengok orang lain bahagia maka dia mula meminta pada jalan yang dimurkaiNya.

memang besar dendam dia kepada lelaki ini sehingga melakukan sesuatu yang syirik. saya tahu, dia mahu melihat kesengsaraan lelaki ini dan isterinya. hadoi... yang sudah tu sudahlah. dia pun sudah berkahwin. kalau dia berasa peritnya putus cinta, rasanya hampir semua manusia dalam dunia ini merasakannya. apa lagi yang dia tak puas hati?? bertahun lelaki ini dan isterinya berubat. bila dah baik, ia datang balik. dah pelbagai tempat pergi berubat. hasilnya tetap sama. bila si isteri mula menunjukkan reaksi positif, sakit itu datang balik. mengikut kata perawat di tempat mereka berubat, tok bomoh yang menghantar 'sakit' itu dah tak ada. maka si pendendam mencari tok bomoh yang lain. sebab tu penyakit itu tak sembuh. haishhh...

saya hanya mampu memandang. tahu akan berat yang dipikul tapi apakan daya. saya hanya mampu berdoa semoga ALLAH memberi petunjuk dan meningkatkan tahap keimanan mereka. kalau ikutkan hati panas saya, rasa macam nak pulangkan aje apa yang dia hantar kepada lelaki ini dan isterinya. puas dah bersabar tapi sampai bila? semua kerja tergendala. si isteri dah tak bekerja. niat untuk sambung belajar ke luar negara pun sudah tertangguh. si suami pula mula asyik minta cuti. sampai bila nak macam ni?? bagaimana dengan masa depan? memang tak ada iman betul orang yang hantar ni. cuba dia yang kena. baru tahu apa orang lain rasa. memang celaka betul!!!

hei perempuan! siang malam solat tunggang terbalik tu, tak ada nilailah! (entah solat entah tak) masih tak sedarkah kau dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kau??? lihat keadaan rumahtangga kau! lihat keadaan anak kau! lihat keadaan mak bapak kau! (mak bapak kau pun sama perangai macam kau). ALLAH akan bayar cash atas aniaya yang kau lakukan pada orang! [mode: meradang!]

ALLAH menguji itu tanda ALLAH sayang... ALLAH takkan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.

p/s: nak aje sound direct kat perempuan tu tapi semua orang larang. haishhh...

p/s 2: perempuan itu mula mendapat balasan sedikit demi sedikit. saya cakap; PADAN MUKA! (semoga terbuka pintu hatinya untuk bertaubat...tapi kalau hati dah hitam...hmmm...)


Monday, April 19, 2010

:.Cerita Dalam Kereta.:

assalamualaikum dan selamat sejahtera... cerita dalam kereta. hmm... sebenarnya cerita ni abang aku dah cerita kat aku satu masa aritu masa on da way balik umah. nak tanya pendapat dan nasihat. [sebab tu nama entri kali ni cter dlm kete.] so, baru2 ni... [aku balik kampung weekend lepas] abang ada ungkit balik cerita yang sama sebab dia dah x tahan dgn apa yang berlaku. mungkin laaa... sbb kalu aku kat tempat abang pun aku dah luku minah tu. huhhhh!!~


abang aku ada kawan... merangkap housemate dia la. merangkap budak fak sains juga merangkap felo kolej ke2 UPM. eh eh... makin detail la pulak... huhu hurmm... budak laki ni dah bertunang. tunang dia ni pun budak UPM gak... merangkap kosmate dia dulu. sekarang ni masing2 sambung master. yg menjadi isu sekarang ni... tunang budak laki ni. sangat sangat sangat JAHAT. super duper DEVIL. hadoi... maap la kalu mulut aku ni lancang sangat tapi... itulah gelaran yg paling sesuai untuk minah tu. maap la erk... walaupun kita x kenal satu sama lain, tapi perangai kau tu memburukkan nama baik wanita yang lain. aku betul2 geram... sangat sangat GERAM. apa yg dia buat sampai aku dok sumpah dia??

1. pompuan tu sangat sangat kaki kikis. semua elaun budak laki tu dia rembat. sampai budak laki tu x makan. kereta budak laki tu dia yg guna tapi budak laki tu yg tanggung segala bagai keperluan kereta.

2. pompuan tu sangat sangat gatal!!! macam la cantik sangat. dah bertunang pun dok cari lelaki lain. dan... sangat sangat tertarik kepada lelaki kaya. mak nenek... macam la kau boleh dapat. buweeekkkk!!!!!

3. pompuan tu sangat sangat tak berbudi bahasa. kalu mengamuk... hurmmm... aku pun malu nak tulis apa yg kuar dari mulut dia. [-_-'] dan kalu mengamuk, budak laki mmg teruk kena. hadoi... sangat sangat kesian...


walaupun 3 perkara je, tapi cukup buat aku sakit sakit hati. geram dgn minah tu... dgn budak laki tu pun aku geram. kenapa la bongek sangat sampai ikut segala cakap pompuan tu??? abang cakap budak laki ni kalu ditegur, dia buat xtau je... boleh pulak dia cakap dia sayang sangat sangat kat pompuan tu. hadoi... sayang apa la kalu mcm tu? kenapa la x nampak apa yg budak pompuan tu dah buat? ish, mcm mana nak basuh budak laki ni bg celik hati skit?!


seperkara yg terlintas di fikiran aku, budak laki tu dah 'kena'. tu aje laaa... mana mungkin kalu masih waras, sanggup diperlakukan sebegitu. huhu ble abang cter, aku dah x terkata apa. [hilang kreadibiliti aku sbg doktor cinta. huhu] ble cter kat mama pun, mama terdiam. xkan la mama yg nak p ubat budak tu. mama suh abang nasihat budak laki... suh buat solat istikharah... solat hajat. minta petunjuk dan minta dibukakan pintu hati. itu pesan mama... kalu pesanan aku lak, meh aku tampar dua2nya. biar tau langit tu tinggi ke rendah!!~ terus mama baling aku dgn bantal. hadoi... mama kata jangan bawa perangai gangster. cukup2 la tuuu... huhu
aku bukan apa... kasihan dgn mamat tu. [sekejap budak laki, sekejap mamat... apa aku ni??] kalu dia putus dgn budak pompuan tu pun, bukan dia rugi pun... mmg la banyak rugi before ni... tapi fikir la demi masa akan datang. kalu berubah, ya Alhamdulillah... kalu x berubah, mmg lingkup la perkahwinan korg nanti. bukan nak mendoakan tapi... itu lah realitinya dlm kehidupan.




anak kucing baru kat umah... xde la baru sgt. 22hb 2 2010 dia lahir. manja ya amat!! nama dia chiko. hmmm... ~selingan~
p/s: aku membebel2 ni pun, bukan dia tau. huhhhh!!~

Friday, April 9, 2010

:.Hari Ini Hari Jumaat.:

assalamualaikum... dan salam sejahtera. dunia sekarang ini panas. memang panas!!!!!!~ huhu isu? bukan global warming je tapi macam2... huhu hadoi... aku lak?? still bengong... kesian!!! ekceli kami baru kolokium. semalam habis. aku present ari selasa. komen dari chairperson n panelist lak sgt memberangsangkan. xde lak aku rasa down dgn projek aku ni. huhu tapi nak buat camne kan... dah memang papa ktorg xde kat opis. anak2 dia yg lain smua terumbang ambing. huhu kesian kat aku... =(




xtau la sape pizen tapi ada rasa cm duk kat oversea lak. haha


minggu lepas aku demam. teruk ke?? xde la teruk sgt... batuk+selsema+sakit tekak+demam. [pakej lengkap ni!!!] pastu tu tipon mama, mama bebel mcm2. panas dalam la tu!!!~ main ujan la... main panas la... x minum air bnyk2 la... makan menda pedas2 la... minum ais la...

nak buat camne ma... dah sakit tu datang tanpa dijemput. kalu leh elak, mmg nak elak. lagipun, kalu ingat2 balik, dah setahun lebih gak la aku x ditimpa penyakit. huhu xpe... Allah SWT nak menguji. =)

ubat daripada PK. dr.suhyna tu gak yg rawat aku. "ya, liana... kenapa ni??" soalan doktor tu masa aku masuk opis dia...



pastu mama pesan lagi, jgn lupa minum susu erk. nanti perut kosong... hoho masa demam, terus teringat kat mama. tgh sengal2 kat kepala otak ni, teringat semua benda la!!~ haha mama cakap, minum air putih. kalu tekak x terima, minum teh. teh suam.. x pun teh bunga. jgn minum ais tau!!! kalu ada air oksigen, minum air oksigen. air coke pun sejukkan badan jugak. air cap badak skali. berpantang kalu cari makan tu. jgn makan yg pedas2 dan berempah. amik sup bnyk2. jgn keluar time matahari tegak atas kepala...[kul 12 tghari ++]. jgn main ujan. jgn berembun malam2. jgn pakai pakaian gelap2...panas nanti. cuaca x menentu ni... pastu mama cakap apa lagi erk?? haaa... jgn nakal!!~ nakal ke aku ni??? bukan nakal... degil ada la. huhu kesian kat aku...


semalam terasa hati. hadoi... oh, hati!!! kenapa la kau terasa sangat?? sejak ble ko jadi x kental ni?? cian kat aku... selama ni, apa yg orang buat kat aku, aku x pernah kisah. lantak la nak cakap aku ni apapun... aku x pernah nak marah or terasa ati. tapi sejak 2 menjak ni... apa yg orang buat kat aku, aku rasa mcm nak lempar je dia dgn bateri laptop. geram sgt2!!! maybe sbb aku dah bnyk simpan kot. huhu hai hati.... sabarlah!!! biarlah akal yg menemani. =)

Thursday, March 25, 2010

:.woOooOoow.:

berchatting dgn suami org??? dan sekarang ni... bergayut2 di telefon dgn suami org??? tak ingatkah kejadian dulu??? kenapa la x amik pengajaran... hadoiiii...~

dan sekarang ni... DIA MULA MENCARI KASIH SAYANG LAGI!!! sengal je aku rasa... hp dan leeno aku ni rasa cm ringan je nak smp kat kepala dia. mmg aku pandang dia kecik je...

buweekkkk!!!~ =P

Thursday, March 18, 2010

kasih Sayang?!

kalau orang yang 'kurang kasih sayang' mula 'mencari kasih sayang', aku rasa macam nak baling aje dia dgn laptop aku ni!!! sungguh mengganggu konsentrasi aku yang tengah giler ini. kenapa mesti nak tarik perhatian orang lain?? kenapa perlu berkeluh kesah sedangkan bukannya dia sedang melaksanakan kerja??duk chatting je!!! sana sini bergayut... ckp kuat2, gelak kuat... kasi smua org dengar!! perlukah??????? aku BENCIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 29, 2010

:.HaDoi.:


hari Jumaat ni sepatutnya baik2 aje tapi... aku nak mengomel. huhu hadoi... dah seminggu air-cond rosak. air menitik bak hujan renyai2 sedangkan aku kat opis di level 1 dalam bangunan yang mempunyai 3 tingkat. [kesian kat June n Tong. aku pun sama gak la... haha]

meja Tong n June~
eh, lupa pulak nak bg salam. haha assalamualaikum....

dah la x sejuk!!! [memang la... dah rosak, mana nak sejuk pulak. hadoi...] dah buat repot tapi Mr.technician mcm pandang ringan je. kan dah x pasal2 aku bukak bilik lecturer dan on-kan dia punya air-cond sampai tahap 16. setakat ni boleh tahan la rasa dia sebab masih pagi. tengah hari nanti?? hadoi... tu belum lagi kalu tetiba bos dtg menjengah. hadoi... boleh bikin berbahang suasana kat opis kami yang indah lagi permai.... [dah ada perfume baru. citrus lagi tu. terima kasih kepada Glade sbb perfume anda mahal!!]


bilik lecturer yg kosong... hehe
bos datang ke x erk hari ni??? hohoho duk rumah je la bos... ktorg ni mampu menjaga keamanan opis dgn damai dan tenteram tanpa ada sebarang pertumpahan darah... [sbb ktorg ni bukan zionis or pontianak or etc yg bersangkutan dan bertali arus dgnnya...]


oh ya! hari ni 29hb... abg aku akad nikah. eh, bukan abg kandung aku!! abg yg dimaksudkan di sini adalah senior aku masa kat skOoL dulu. xde la rapat mana pun tapi dah abis skOoL ni, kok jd rapat gitu... huhu mesti tgh berdebar2 kan?? x dapat join p kedah... akad kat sana. huhu xpe.. majlis sambut menantu nanti aku p. haha dah plan baikkk punyaaa~ kui3




yang tgh gelak sakan tu, dia la tu. pakai baju hitam. nama dia Shafiq. hehe org kata muka dia cam Farid Kamil. huhu x sure la pulak... hoho [ehsan dari facebook]

p/s: moga2 hari ni berjalan lancar... hehe
p/s 2: selamat akad nikah buat bro. nanti valentine day aku p umah hang erk. xdpt sediakan TV plasma 42' yg hang mintak tu. aku bg hang benda lain la erk... =)
p/s 3: Hadoi...~