Showing posts with label entah. Show all posts
Showing posts with label entah. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Senyap Seketika

Salam.

Dah sebulan lebih tak update blog. Buka blog pun jarang-jarang. Dah tak blogwalking juga.

Bukan tak ada kisah nak cerita atau untuk dijadikan pengajaran tapi malas! (Alasan!!)

Mood tak ada.

Pemangkin juga tidak kelihatan.

Maka, baik senyap buat sementara waktu.

Mahu memujuk hati.




Nak belanja satu lagu...


p/s: kembalilah.

Wednesday, March 5, 2014

Let pics talk... and show what i'm feeling #sulky

Sensitiviti meningkat sejak dua menjak ni... rasa bosan pulak jadi orang baik dan mengalah. Terlalu banyak memberi tetapi...tak ada siapapun yang mampu memberi semula. Rasa tak dihargai... down!!~

Tak salah kan kalau nak merajuk??






Bila nak cerita masalah aje, semua orang tak ada, tak peduli... sedih!!
Nobody cares...

p/s: senang bersama, susah sorang2... *crying*

Sunday, March 24, 2013

Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah bermula... Kenduri kendara sana sini... Berpusu-pusu orang balik kampung walau hakikatnya yang cuti tu adalah budak-budak... maka mak bapak pun terlibat kembali. Apatah lagi yang bujang. Ngeee~...



Kepada adik2 yg cuti sekolah, banyak benda boleh buat di rumah. Antaranya:
1. Tolong mak kemas rumah + memasak + cuci baju + sapu laman rumah
2. Tolong ayah bertukang + repair motor + kemas kebun
3. Ulang kaji pelajaran sebab cikgu mesti dah siap sedia bagi kerja sekolah yg banyak mcm nak buat kajian tesis budak u aje!
4. Pergi bercuti + berkelah + makan angin + shopping or window shopping
5. Join kem bina semangat @ jati diri @ kepimpinan
6. Online
7. Mantapkan skill bola + sukan + sukaneka dan juga merempit!!
8. ....
9. ....
10. ....

Yang lain2 tu tambahlah sendiri erk.

Yang nak periksa tu, jgn lupa study smart... dan study hard!

Yang dah dapat result untuk exam 2012, tahniah diucapkan. Tak kira apa jua keputusan anda, masa depan terletak di tangan sendiri. Kebijaksanaan menyusun percaturan dalam hidup, akan membuatkan ke'smooth'an dalam melayari masa depan. Jangan takut. Allah sentiasa ada bersama kita. (^___^)v

p/s: kena jadi cikgu di rumah... haishhhh~


Wednesday, July 25, 2012

25hb julai

Dulu,

'apa khabarmu setelah lama kita tak pernah jumpa, banyak yang telah berubah dan ku ingin dengar dari ceritamu...'
(kembali : rossa)

'I remember from the first time I saw you, You're staring to my eyes and I caught you, the body line is... i kinda like it, something said inside my heart not to fight it...'
(nobody else: dato' siti)


Pada suatu hari,

'Seandainya nanti kita bertemu kembali, masihkah kau akan mengenali diriku seperti, dan ketika itu mungkinkah di hati sudi, izinkan ku mencintai, ataupun perassaanmu tak seperti dulu...'
(seperti dulu : forteen)




kini,

'bisakah yang terpadam dinyala, bisakah yang terhina dicinta, walauku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu ... bisakah yang benci disayangi, bisakah yang dusta dimaafi, walauku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu...
(bisakah : dato' siti)

p/s: 25hb julai 2002







Tuesday, November 8, 2011



apabila pemikiran dah dikuasai dengan ketamakan...

apabila harga diri dicampak ke tepi...

apatah lagi soal agama dan adat resam...


Nauzubillah minzalik!!


p/s: tiada unsur politik.




Wednesday, December 1, 2010

:.\(^___^)/.:


EH, HAI!!!~


p/s: piknik? banyak laaa... hahaha

p/s 2: rindu sama kamu... rindu saya x??? =)

Tuesday, September 29, 2009

hari raya ke 10

salam...

masuk ari ke 2 aku kembali bekerja setelah aku sakan beraya. malas tol la... mood raya masih belum hilang. huhu

nak entry blog pun rasa malas. huhu

ari ni keje men fesbuk, jawab kuiz kat quizilla, baca berita harian online, check emel berkali2, cari ex aku [untuk mengetahui perkembangan semasa...], cari kawan2 kat internet... lagi... ntah la. semua benda yg x mendatangkan faedah. hihi

tata...

Thursday, September 17, 2009

terkenang jua 2~

assalamualaikum... kali nak cerita tentang apa yg berlaku pd aku setahun lepas [sehari sebelum raya...] pada waktu tu... aku kehilangan seorang sahabat [jiran aku... membesar bersama dr kecik smp la besar. sama2 masuk tadika, masuk skool rendah, masuk skool menengah...] dalam kemalangan jalan raya. yg sadis nya, dia lagi 30 minit je nak sampai umah...

kejadian berlaku dekat satu kawasan kilang UNITATA [jln nak ke sabar bernam.] kawan aku ni dr KL dgn 2 org lg... yg tinggal hanya sorg je... itupun nyaris2. dia pun hampir nak terjoin kawan yg lagi 2 tu... sedey nyer.... puncanye: bukan salah kawan2 aku tu... ada india mana ntah mabuk minum todi dan bawa motor and lastly, dia hentam kawan2 aku... tambah menarik ceritanya bila motor yg kawan aku bawa tu terbabas ke tengah jalan dan ada kereta kat belakang. uishhh... aku mmg x dpt nak bygkan...

bila nak menjelang raya ni... aku teringat akan mereka. entah la... semoga roh mereka dicucuri rahmat. yg jd nak nangis ni bila aku jumpa mak dia. mak dia seronok sangat bila jumpa aku. yalah... mesti dia teringat anak dia. errmmm... nama beliau ahmad muzaffar... mmg kawan yg baik. masa kecik2 dulu, aku slalu main dgn dia. kalu bergaduh tu, tak usah cakap la... selalu aje bertekak tp baik balik tanpa minta maaf. uiks, cam lampu kalimantang. leh on n off ble2 masa. huhu

apei... aku minta maaf erk... aku doakan kau sejahtera di sana...
halim... kau pun sama...

p/s: ahmad muzaffar bin mohamad dan abdul halim bin ramli... semoga rohmu dicucuri rahmat. al-fatihah...

p/s 2: berhati-hati di jalan raya... aku sekali sbb sok aku dah bertolak dah...

p/s 3: SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...

Friday, September 11, 2009

MAN vs WOMAN

how to make woman happy???

It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:
45. give her compliments regularly
46. love shopping
47. be honest
48. be very rich
49. not stress her out
50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
51. give her lots of attention, but expect little yourself
52. give her lots of time, especially time for herself
53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

and

HOW TO MAKE A MAN HAPPY
1. Show up naked
2. Bring food

only two?? is it right??

Thursday, September 3, 2009

ntahapapantah

assalamualaikum... ari ni dah masuk ari ke 13 umat Islam berpuasa. aku still lg memegang rekod bersih tanpa ponteng. haha ekceli, aku nak cter pasal semalam...
semalam... ntah menda ntah yg ktorg [aku n usu la...] buat. hehe semalam buka pose kat KFC the mines. hehe saje je nak ngabihkan duit. [cam la bnyk sgt duit...] sebenarnya xtau nak p buka katne. dah bosan dah duk p bazaar je... balik2 menda yg sama. huhu pastu, aku ckp je la... "jom p mines!!!" usu pun jd excited. dipendekkan cerita, ktorg sampai je blik terus letak beg. dalam kul 5.30 ptg ktorg pun bertolak p the mines dgn merempit. hikhikhik sesak gler kat depan komuter serdang. so, aku amik jln len p the mines. naik fly over pastu cilok2 kwsn perumahan n x lama kemudian, kami pun sampai. hehe
mula2 xtau nak p mana. last2 masuk giant dan usu p cari solek utk solek motor dia. pusing2 dan pusing, ktorg pun kuar dr giant dgn membeli sedikit brgn. hehe [kopak gak la duit...] dlm kul 6.30 ptg, ktorg pun terus p KFC. fuyoooo... xde org!!! haha ingatkan nak lmbt2 la bli makanan tp ble jarum jam jejak kul 7.00 jadi sesak kat KFC tu. ramai lak yg beratur p bli. ish, ktorg pun apa lagi. terus bgun n p beratur gak. menu yang aku amik ialah:
1. snack plate hot n spicy
2. pepsi large
3. nasi ayam
4. sup bebola ayam
5. dua bijik kurma [KFC bg free]
yummy... yummy... menu ni usu yg ajar. hehe dia pun amik menu ni gak. berbaloi la jugak sbb kenyang dan xde la mahal sangat. makan+gelak2+tengok gelagat org+mengumpat=kul 8.05 ktorg blah dr KFC. hehe
rancangan seterusnya, ktorg p karaoke. [bukan nak p terawih. ish2... aku ni!!!] mula2 amik enam lagu. aku x ingat susunan lagu yg ktorg 'sumbangkan' tp inilah lagunya erk...
1. memori berkasih-spin dan siti nordiana lagi...
2. tragedi oktober-awie
3. menghitung hari-kris dayanti
4. hati kama-siti nurhaliza dan noraniza idris
5. cinta-misha omar dan jaclyn victor
6. sedang ingin bercinta-kat dan riz
pastu aku nak pi topup lagu. aku p la kat kaunter. aku pun cakap kat abang tu... "abang, nak topup boleh?" pastu abang tu pun jawab... "kat sini xde topup la, dik." aku pun balas balik... " eh, bukan nak topup tu, sy nak topup lagu..." aku dah gelak2 dah... haha abang tu pun kata... "oh, boleh2..." hahahaha tapi abang tu bg ktorg blik baru sbb dah ada org booking blik yg ktorg guna. huhu sempat lagi ngadu kat abang tu yg microfon kat blik no.17 [blik 1st ktorg] rosak. hehe pastu dpt pun blik no 14. topup 4 lagu...
1. memori berkasih-spin dan siti nordiana [lagi...]
2. fantasia bula madu-search
3. jika-melly goeslaw dan arilasso
4. warkah berlagu pilu-felix
balik semalam dalam kul 9.30++. sepanjang jalan cam org gler asyik nyanyi je... hahaha sampai kolej dah nak dekat kul 10. balik, cuci baju+mandi+sidai baju=rehat...
the rest is history...
p/s: jgn beromen dlm bulan pose dan di tgh org ramai dan dlm blik karok erk...
p/s 2: nsb baik aku x sengal... hehe kalau la conversation aku dgn abg kaunter karaoke tu jd mcm ni... "abang, nak topup boleh?" pastu abang tu pun jawab... "kat sini xde topup la, dik." dan aku lak jwb... "xpe la bang..." memang sengal sbb komunikasi x berkesan. hahaha
p/s 3: aku xtau dah nak buat apa. wasalam...

Saturday, July 18, 2009

SKRIP 7707... [180709-akan datang]

assalamualaikum... dan salam satu Malaysia.


sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menyokong setiap barangan buatan Malaysia. berbangga dengan hasil dan keluaran negara sendiri.

pada satu tarikh -160709- seluruh negara digemparkan dengan tayangan filem terbaru arahan Prof. Madya A.Razak Mohaideen yang berjudul SKRIP 7707. kenapa tajuknya begitu? sebab cter ni dah dua tahun lamanya disimpan. 7707 tu adalah tarikh filem itu, bukanlah nombor untuk cabutan 4D atau sebagainya. [jgn berjudi... haram!!!!]

filem ini berkisah 9 cerita seram yg diceritakan kpd penulis skrip. errmmm... patut ke aku cerita lebih? nanti cam tak syok la kalu yg x tgok lagi nak p tgok. kan??? tp takpe... tengoklah cerita ni. memang tak rugi. bukan sebab cerita ni seram sgt... [aku asyik duk gelak je... hehe] tapi sebab kisah yg diceritakan adalah kisah yg berlaku di sekeliling kiter. percaya atau tidak tp ada kisah yg diceritakan dalam filem ini, mmg pernah terjadi.


DAN.... malam tadi, aku tidur pukul nak dekat pukul 5 pagi (180709) sebab aku begitu seronok buat 'skrip' dengan jiran aku. ekceli, aku hang out dgn member n balik ke kolej kediaman dalam pukul 12 tghmlm. [jgn takut... hantu takut pd org yg naked. so, naked la kalu jumpa hantu]

dan dalam pukul 1 pg, jiran aku dtg, menyerikan lagi bilik ku yg sunyi dan sepi. apa yg terjadi erk? errmm... kami bercerita pasal SKRIP 7707. akhirnya, dari 9 cerita seram Prof.Madya, bertambahlah cerita seram yg kami pernah dengar dari mulut teman2... cerita sewaktu ktorg belajar di kolej lama ktorg. antaranya ialah:

1. HANTU MAKCIK KARIPAP
[pernah dgr x? makcik ni suka dtg kat tingkap tempat bdk2 studi n jual karipap pd tgh mlm. yg bestnyer, makcik tu leh muncul kat mana2 level je. hehehe seram...]

2.HANTU ORANG SEBELAH
[ni pun femes gak kat kolej aku dulu. 'menda' ni suka main pintu. asyik ketuk pintu je. masuknyer x. ble org kat dlm bilik tny siapa, dia akan jwb org sebelah. sampai penghuni bilik tu fed up, dia terus bukak pintu. memang orang sebelah tp bukan jiran yg duduk sebelah bilik dia tp orang tu ada sebelah je badan dia yg muncul. seram x???]

3. HANTU NENEK ALMARI
[yg ni mmg seram. nenek tu akan duduk di atas almari dan bergoyang kaki. siapa yg terjaga lalu ternampak nenek tu, jaga2 la. sebab dia akan tegur. walau anda pura2 tidur pun dia akan tegur. "ye...ye... nenek tahu, cucu tak tidur..." Ha... jgn biarkan nenek anda di atas almari. nti dia jatuh, susah lak kiter...]

4. HANTU MICKEY MOUSE
[sama kes dgn nenek di atas almari tp ni versi patung lak. patung tu leh bercakap. hmm... sukar aku nak percaya tp ada budak (boy) yg pernah alaminya. yg buat aku tertanya2, kenapa budak lelaki tu main patung mickey mouse??? sampai ke hari ni aku musykil. hmm...]


kalau nak tahu... ada yg lebih menyeramkan penghuni kolej aku dahulu selain drpd cerita hantu. 'Charlie'... mmg sgt menakutkan. kalu terkena 'menda' ni, amat meningglkan kesan yg dalam. habis berparut kat mana saja dia mendatangi. [ayat pun dah cam scary je...]

Charlie ni sejenis serangga [aku namakan dia 'unidentified insect' sebab aku xpernah jumpa serangga ni.] yg akan meninggalkan parut pada tubuh manusia jika dia menghinggap. aku cuma fikir dia hanya nak melindungi diri aje... ntah la. yg BEST, aku TAK PERNAH KENA. hahaha

DAN... sebenarnya, aku pun pernah mengalami pengalaman seram macam ni. aku tak seru dia datang tapi suka suki aje muncul depan mata aku. huhu dan cerita yg lain hampir sama dengan cerita SKRIP 7707 dan aku rasa cerita aku lebih menyeramkan dan menakutkan. hehe

p/s: sokonglah barangan buatan Malaysia.

p/s 2: kalu nak tau kisah seram, kontek lah aku. nanti aku cerita kan... [heeeyyy... tegak bulu roma aku.]

p/s 3: malam td, bukan cerita hantu aje tp benda yg lg personal dah keluar. huhu macam sharing la pulak. hehehe

p/s 4: lepas ni nak try tgok teater lak. tak pernah tengok teater yg dipentaskan di luar UPM. IB, DBP... i'm coming!!!!!!!!!!!!!!!

sekian, terima kasih.

Wednesday, March 25, 2009

KENAPA??

kenapa aku banyak kerja?
kenapa aku banyak sangat kerja?
kenapa kerja aku tak siap-siap?
kenapa kerja aku bertimbun-timbun?
kenapa??
kenapaaa????
kenapaaaa????????????
jawapannya cuma satu: aku dah malas nak buat kerja aku. wahkahkahkahkahkahkah
main blog ni ada je masa erk??? hehehehe

Tuesday, March 24, 2009

SI DIA ADALAH JODOH KAMU??

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?