Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Bebel sat: marah

Assalamualaikum. Hai! Sejak dua menjak ni... memang tak dapat nak kawal emosi. Kalau dah tension tu, confirm saya akan rasa nak marah. Haisshhh... kalau dulu, senang aje nak kawal. Setiap ada apa halangan, saya akan senyum. Kalau tertekan macam mana pun, saya pasti akan mengawalnya. Biasanya saya akan alihkan perhatian ke benda lain. Akal akan cepat-cepat alih ke perkara lain yang menenangkan. Kali ni tak berkesan. Mungkin sebab saya sakit kot. Rasa macam nak demam tapi sekejap rasa tak. Sakit kepala pun macam tu gak. Haishhh... Huhuhu

Mood sudah semestinya macam angin. Selalu berubah.. (hentam saja perbandingan ni. Haha) Kalau nak marah tu, saya lepaskan aje sekarang ni. Dah tak dapat nak hold dah. Sesedap rasa aje orang nak fire kita, kan?? Saya pun apa lagi...sesedap rasa aje saya lepaskan! Ha, amik kauuu!!! Gerammmmm... Penat nak bertolak ansur... uhuhu



Kali ni saya google nak cari tips nak kawal marah. Biasanya, kalau saya marah, saya akan ke sinki untuk cuci tangan. Sejuk sikit... Dalam hati akan beristighfar... Yalah, kena gak la kaji hubungan kita dengan Allah. Pasti ada kurangnya. Huhuhu

Yang ni lak, saya nak menginsafi diri. Saya ambil tips ini dari iluvislam.



Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : “Berilah wasiat padaku.”

Nabi s.a.w. bersabda : “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:

(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda’. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar’ie dan berhikmah.

(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W.  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali ‘Imran: 134)

Allah S.W.T. menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?

Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?

Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.

DIAM

Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:

“Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.

ISTI’AZAH

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A’raaf: 200-201)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.

Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:

“أعوذ بالله من الشيطان الرجيم”

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:

Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu.”Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq’alaih)

Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.

DUDUK

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

BERWUDHUK

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

p/s: semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku, dan juga dosa-dosa insan yang saya sayang. ameennn...

p/s 2: need my soul therapy..yeah, its u! huhu

Wednesday, April 16, 2014

Chill, guys... it's life!

Assalamualaikum. Hai, helo... selamat sejahtera semua!! (^___^)v

Dalam hidup banyak benda kena lalui. Chill, guys...it's life!


Buat baik salah, buat jahat dah tentu-tentunya salah. Chill, guys... it's life!

Mak cakap,
"Buat baik dibalas baik...buat jahat dibalas jahat, tapi...buat baik berpada-pada sebab zaman sekarang ni banyak sangat orang yang suka ambil kesempatan atas kebaikan kita!"
Saya cakap,
Chill, mom... it's life!
Ada aje orang yang tak puas hati dengan kita. Dengki pun ada gak. Dia ingat dia seorang aje tahu nak dengki. Kita pun tau gak! Yang tak faham tu, apa yang kita ada, dia pun ada. Tapi apa yang dia ada, kita tak ada. Itu pun nak dengki gak?? Ok. Chill, guys... it's life!


Cinta. Bab ni payah sikit nak rungkai. Benda paling complicated dalam hidup adalah cinta. Kalau ada yang dapat defined dengan very fine, tahniah saya ucapkan! Orang kata, kalau dalam dunia ni semua orang punya kasih sayang dan cinta, takkan ada peperangan. Tapi... cinta ni selalu banyak bagi masalah. Apapun, Chill, guys... it's life!

Nak puaskan hati orang. Ini memang masalah utama dan boleh dikatakan semua orang menghadapinya. Ya, siapa kita ni nak puaskan hati semua orang?! Kalau kita aje yang nak jaga hati orang, siapa nak jaga hati kita pulak? Pujuk sendiri laa jawabnyaaa... Apa?? Oh, Chill, guys... it's life!

Asyik cakap pasal kita dengan orang aje kan?? Try tengok diri sendiri camne. Kita kerja siang malam, nak bg anak bini makan...untuk yang bujang lak nak bayar itu ini...duit habis tak tahu ke mana...last-last duit yang tinggal dalam tangan tak cukup nak buat makan sendiri. Chill, guys... it's life! Bersederhanalah...dan kita kena ingat, apa yang kita dapat tu sebenarnya adalah apa yang kita usahakan. Rezeki merangkumi semua benda anugerah Tuhan. Tak semestinya duit aje rezeki. Sakit, sihat, anak-anak yang baik, isteri yang solehah, suami yang mithali... semua tu rezeki.

Yang belum kahwin macam saya ni... saya yakin ada rezeki buat saya nanti. ALLAH dah simpan yang special untuk saya. Saya tahu yang tu... mungkin cinta saya pada Dia belum kuat, maka, saya kena menguatkan cinta saya pada Dia dahulu baru Dia kirim seseorang yang akan menyayangi saya dengan penuh keikhlasan. Ok, sila menyampah! Chill, me... it's life! Orang yang menempuh kehidupan macam saya ni banyak benda nak cerita.

Kita tengok orang tu senang...mewah...bahagia... Chill, guys... it's life! Kita tak tahu apa yang telah dia tempuh selama ini untuk mencapai apa yang dia ada sekarang. ALLAH tu Maha Adil.

Dekat office ada kaki ampu boss. Buat kerjanya tak... I mean, bukan la tak buat langsung. Kalau dia buat pun, mungkin 20 peratus daripada sepatutnya. Biasanya orang macam ni boss sayang. Dia pun secara automatiknya mempunyai kuasa seperti boss. Kita yang berusaha separuh mati ni, tak pernah dapat pape. Tak apalah...janji kita ikhlas dan anggap kerja kita tu ibadah. ALLAH akan beri ganjaran yang lebih hebat lagi. Chill, guys... it's life! Tak dapat kat dunia, di akhirat menanti.


Yang dah kahwin lak... dugaan banyak jugak. Hmm... macam-macam orang akan cari kekurangan dalam rumah tangga. Chill, guys... it's life! Manusia yang tidak menyibuk hal orang lain tu bukan manusia namanya. Ada suami/isteri yang tak tahu nak bersyukur dikurniakan suami/isteri yang baik. Dapat yang kaki pukul kang baru tau! Jangan la ambil kesempatan atas sikap tolak ansur suami/isteri. Berubahlah dan muhasabahlah diri. Jangan cakap tak serupa bikin. Saya paling tak suka orang yang macam ni! Oh., Chill, me... it's life! Jangan sampai dia lari dari kita, barulah kita menyesal dengan apa yang dah kita lakukan.

Saya tau... saya ni pun jenis cakap je! Tapi ia serupa dengan yang saya bikin. Chill, guys... it's me! I know what I'm doing... tak payah nak remind saya benda yang sama.

Just look and ask yourself... did you done something for yourself? Dengan apa yang anda sekarang, semuuanya atas doa orang di sekeliling anda. Chill, guys... it's life! Jangan terlalu menongkat langit. Kalau Tuhan kata Dia nak ambil balik apa yang Dia, kita sebenarnya tak ada apa-apa.

Ok. Penat dah! Wassalam...

p/s: soriiiii... m( _  _)m

Thursday, February 13, 2014

Kita dan DIA

Tak tahan betul dengan apa yang berlaku di sekeliling. Sabar... sabar... rasa macam dah cukup bersabar. Haishhh...

Rasanya tak ada buat jahat dekat org tapi....

Mungkin amalan belum cukup kot. Hmm.. tapi berat je rasanya!! Menangis tu dah wajib kot!!

Al-Baqarah : 286

p/s: mintak dekat DIA supaya ketemukan saya dengan dia sebab hanya DIA memegang takdir kami berdua...

Tuesday, December 31, 2013

apa terjadi di 2013??

Assalamualaikum. Hai!!~ Rasanya dah lama x corat coret kat LHK:PH ni.. Hmm...Tak sangka... memang pantas masa berlalu. Tahun 2013 dah nak meninggalkan kita.

Dan sepanjang tahun 2013 ni, macam-macam dah berlaku... sama ada pada diri saya, kawan2 saya, mahupun keluarga saya. Ada beberapa yang mengguris hati. Tak seronok nak kenang... tapi kadang-kadang kena fikir juga sebab masih belum ada penyelesaiannya lagi.

Lepas sorang, sorang kena. Hmm... ujian apakah ini??

Saya tahu... dan saya tak pernah lupa yang ALLAH Maha Berkuasa. Dan ALLAH SWT juga tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kami semua terima dengan tabah dan redha. Semoga pahala buat kami dengan memberatkan timbangan sebelah kanan kami. Aaminn...

Saya rasa... saya tak banyak benda yang saya buat di tahun 2013. Tapi tahun ni agak hebat jugak dengan kisah resepi saya... dari masakan tengah hari hingga hidangan hari raya dan kek serta biskut! Haha terima kasih kepada semua yang sudi review...yg jadi silent reader, terima kasih kerana support. Hoho (dah mula dah mode perasan! haha)

Ramai kawan2, sedara mara yang kahwin, tunang, dirisik, dan dapat baby pada tahun ni. Tahniah!!~ Semoga berbahagia hingga syurga. Baby baby sekalian, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Ingatlah, orang tuamu hanya membawa 3 perkara aje bila nyawa sudah terpisah dari jasad iaitu; ilmu yang bermanfaat, amal jariah, dan anak soleh yang mendoakan mereka.

Lupa pulak! Congratz to our beloved anje for her engagement on Dec 26th 2013. Anje a.k.a fairuz adalah adik beradik kami PCD yang ke lapan. Tahniah...tahniah!!~ Tahun depan kami serang SP!! hihi

gambar cilok dari fb kak long sepupu anje... hehe

Oh ya! Tahun ni agak aktif sikit dalam politik. Haha sebab pilihanraya umum kot... alhamdulillah... pakcik kekal dengan jawatan dia. (^___^)v

Tapi... bulan Jun hari tu, pakcik ateh a.k.a pak ayob, suami mak teh, kakak abah, kembali ke rahmatullah setelah berbulan-bulan di hospital Selayang akibat sakit peparu. Dan awal bulan November, sepupu abah, mak zai, juga kembali ke rahmatullah akibat keracunan makanan. Doa saya, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman. Aaminnn~

Ada benda yang saya buat dengan gigihnya tahun ni. Saya dengan along a.k.a noraini semangat ke utara Malaysia. Hanya berdua! Ke mana?? Haaa... rahsia... Hihi tapi memang tak sangka, hasil usaha gigih kami tu amat mencipta kenangan yang sangat manis dan best! Along!! Anne harap kita dapat teruskan kegigihan kita ke utara lagi bulan 3 nanti. Bincang la dengan mek erk. Love u! Muaahh!!~


miss the feeling when sitting there...subhanallah... (gambar cilok dari along...hahaha)

Bulan November, saya dapat kerja dekat MOE. Hanya kerja sambilan...ini pun atas pelawaan alang a.k.a chanII. Thanks a lot kak lang for the chance. Love u so much!! Muaahh!!~ (sebenarnya ada juga 'org lain' yang terlibat.) Apapun, saya dah ada kerja. Sementara saya menghabiskan apa yang tertangguh dulu.

Oh ya! Bulan November juga kami dah release butik online kami. Kami?? Siapa kami?? Saya, along, angah, and uda. Semua ni geng PCD laa... (^___^)v Nama butik kami GLadies Wardrobe. G bermakna Gorgeous dan nama asalnya ialah Gojes Ladies. Bila kami usulkan perkara ni kepada Usu, Usu pun bagi idea GLadies dan Wardrobe digunakan sebab ianya berdasarkan dari apa yang kami ada di dalam almari kami. Hehe itulah sekiannya cerita pasal butik online kami.
Sudi-sudikanlah diri untuk jenguk ke fanpage Facebook kami.


Hmm... apa lagi erk nak cerita?? Setakat ni...sibuk dengan kerja ajelah. Fail banyak nak kena kemaskini. Itulah kerja saya. Diselubungi dengan fail-fail di bilik fail. Dan alhamdulillah...kontrak sambung untuk tahun 2014.

Azam pulak?! Tak ada azam. Saya cuma banyak 'hutang'. 'Hutang' dengan Tuhan. Wajib bayar! Hehe

Doakan saya erk! Banyak sangat benda nak buat tapi cam susah aje nak settle kan. Haishhh...

Buat keluarga, sahabat, kawan2, musuh, yang saya kenal, yang saya terlupa, dan yang saya cintai dari jauh, saya doakan kalian semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. Semoga apa sahaja yang korang ingin capai akan dapat direalisasikan. Yang belum kaya (macam saya), saya doakan cepat kaya. Yang belum dapat kerja (macam saya), saya doakan rezeki terbuka untuk kalian. Yang belum bertemu jodoh (macam saya), saya doakan semoga Allah perkenankan pilihan hati kalian. Yang belum bertaubat or berubah (macam saya), saya doakan semoga kita sempat mendapat keampunan dariNya, Yang sakit-sakit (macam saya juga), semoga cepat sembuh. Yang masih mengharapkan kemaafan dan cinta (punnn macam saya), saya doakan hatinya terbuka buat kalian.

p/s: saya tak ada niat nak persenda sesiapa dan harap apa yang saya tulis ni dapat membuka minda kalian (minda saya juga) dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Ianya hanyalah apa yang terlintas di fikiran saya. Maaf kalau ada yang rasa terganggu. m(_   _)m

Tuesday, September 17, 2013

Doa Pembuka Apa Yang Tertutup

Assalamualaikum. Hye!!~ Semoga amalan membaca doa ini akan membuka peluang untuk kita semua.


Sesuai untuk hati dan minda yang tertutup untuk melakukan amal jariah dan menerima nasihat serta tidak mahu berkahwin. Ia juga doa untuk membuka pintu rezeki (apa sahaja rezeki) yang tertutup.

InsyaAllah... jika kita berusaha, berdoa, dan bertawakal kepadaNya, akan dilorongkan kita jalan yang kita inginkan.

Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaanNya ketika masih bernafas di bumi ini. Aminnn...

p/s: Jangan bersangka buruk kepada Allah SWT. Dia amat menyayangi kita. (^___^)

Monday, May 20, 2013

Wanita dan Kehormatannya

Beberapa hari yang lepas, mak saya tetiba menimbulkan satu isu ini.

Mak: Kenapa ya sekarang ni mak tengok, perempuan sekarang ni macam terlalu mudah bergaul mesra dengan lelaki?

Saya: (Buat muka blur tak faham)

Mak: Yang mak tengok sekarang, yang makin menjadi-jadi bila dah jadi bini orang, laki orang. Bukanlah nak cakap kalau anak dara atau laki bujang tu baik pulak... memanglah tak elok kalau laki perempuan campur gaul mesra. Tapi kalau dia laki atau bini orang, lagilah tak elok!

Saya: (Mengangguk aje...)

Mak: Menjadi-jadi skandal zaman sekarang ni. Bila bekerja, ada masalah dalam rumahtangga, mula la cerita. Kalau kat kawan perempuan tu tak apalah jugak. Ini kalau nak share masalah pun dengan kawan lelaki. Suami orang pulak tu.

Saya: Mungkin sebab pengalaman kot...

Mak: Alasan aje tu. Mula-mula kongsi masalah, lepas tu rapat, mesra sampai boleh p date lagi. Pengalaman amendanya??! Tak malu ke? Tak takut ke?

Saya: (Diam lagi)

Mak: Nauzubillah... Cukuplah apa yang jadi dekat luar sana!

Saya: Apa yang jadi? Siapa yang ada skandal?

Mak: Ini haaa... mak baca kat dalam paper ni...

Saya: Laaa...

Kadang-kadang saya terfikir jugak pasal benda ni. Memang pernah nampak apa yang ditulis dalam akhbar. Memang pelik. Sudah tak tahu hukum kah? Sudah lupa tanggungjawab kah?

Wanita hanya perlu memenuhi 2 syarat untuk menjadi wanita Solehah iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Untuk syarat 1, rasanya semua tahu. Taat kepada Allah adalah melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya. Begitu juga kalau mahu taat kepada RasulNya.

Tapi, bagi syarat 2, Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

7 perkara yang menunjukkan nusyuz:


1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Apapun ianya dikecualikan jika isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

2. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak, contohnya isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak.

3. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

5. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

6. Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

7. Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon, dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.

“Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka) ”(Surah an-Nisa: 34)

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).” (Surah an-Nuur: 31)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud : “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Rasanya semua orang tahu, Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Sekian.

Rujukan:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3605-ciri-ciri-wanita-solehah.html

http://nor89.blogspot.com/2012/02/jauhi-tujuh-perkara-boleh-menjadi.html

p/s: Mengambil ikhtibar... nauzubillah... jauhkan segala perkara yang buruk dari diri ini. Aminnnn~



Sunday, May 12, 2013

Perihal Jodoh


Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. 

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.



Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..." 



p/s: sedang memujuk hati...


Tuesday, January 1, 2013

azam baharu

Hai! assalamualaikum... wahhh dah separuh hari untuk hari pertama di tahun baharu 2013. buat apa aje hari ini? cuti la katakan... mesti ramai yg ambil kesempatan melepakkan diri+menenangkan fikiran hari ini. kepada  budak sekolah, esok sekolah. oh, ya! kalu kelantan, terengganu, kedah dah mula hari ini kan?? selamat menempuh alam persekolahan. [apa aku bebel ni???]

saya hari ni takde buat apa-apa. as usual...dah macam habit pulak melepak2 depan laptop+tv sambil baca komik! huhuhu see, nothing change on me! suka buang masa. huhu actually, dengan keadaan diri yg belum sihat ni, memang terasa maaaaalas sangat nak buat apapun!

pagi tadi, masa bukak tv, saya terpandang wajah Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah. jadi guess kat MHI tv3. beliau bercakap pasal azam tahun baharu dengan si Ally Iskandar dan Fareha. yay! seronok pulak dengar. yalah, nasihat dan selingan dengan lawak. baru ada semangat nak mendengar.

beliau kata: 'kalau nak berazam tu, mesti berazam dengan penuh dan dapat menggambarkannya! kalau tak memang tak jadi.'

contoh:

azam tahun ni, saya nak jadi kaya.

cara macam ni adalah SALAH. kaya yang macam mana? kaya apa? kena penuh dan dapat dibayangkan. contohnya, saya nak jadi kaya dengan mengumpul duit dalam akaun sebanyak beribu-ribu lemon! ha, yg macam ni baharu kita nampak apa yang kita kejar untuk kaya, di mana nak menjana kekayaan, dan berapa targetnya.

contoh lain:

saya nak kurus.

kurus dari segi macam mana? nak turun berapa kg? nak diet macam mana? sampai bila nak diet? ayat untuk azam yang sebenarnya adalah; 'saya nak kurus macam pelakon aida aris, dan ianya akan menjadi realiti pada bulan 6.' tak pun; 'saya nak turun berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan!'

lepas tu, Datuk ada beritahu, kalau dah mula nak laksanakan azam, paksa diri selama 40 hari! biasanya, orang hanya bersemangat dalam 3 minggu dan kemudian semangat tu luntur bila tak nampak kesannya. bila dah berhenti, memang susah nak sambung balik. maka, kena paksa diri. BERDOA agar dipermudahkan segala urusan, BERKAWAN DENGAN ORANG YANG POSITIF, dan jangan sesekali MENYERAH KALAH.

ada sesetengah orang pulak tak mau berazam. ada yang kata, ikut flow aje... Datuk cakap, kalau ada orang yang macam ni, dia umpama bawa kereta tapi tak tahu nak pergi mana, tak ada hala tujuan. hmm... macam saya aje! hahaha

adudu yang tak pernah kenal erti putus asa! hihi


ok. ini aje yg saya nak kongsikan. saya doakan apa yg anda impikan menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan. (^_^)v

p/s: belum berazam apa-apa.


Sunday, December 2, 2012

:.Diuji.:

assalamualaikum. hye semua! susah nak cakap bila kita sendiri tak rasa apa yang orang lain rasa. bila dengar masalah yang melanda, bila lihat sendiri orang yang mengalaminya, rasa macam... kalau saya, mungkin tak mampu untuk menghadapinya.

ini kisah hati manusia. manusia. penuh ragam. kadang2 rasa pelik melihat sikap manusia. yalah, kalau semua orang sama aje, apa yang dikatakan manusia kan?? tak ada bezanya dengan haiwan. haishhh...

kisah ini berlaku pada orang yang dekat dengan saya. memang dah tak tahu nak buat apa apabila dibagitahu ini semua atas perbuatan manusia yang tak percaya langsung takdir dan ketentuan ALLAH. sudah dikatakan TIADA JODOH tapi masih tak faham juga. lantas tak boleh tengok orang lain bahagia maka dia mula meminta pada jalan yang dimurkaiNya.

memang besar dendam dia kepada lelaki ini sehingga melakukan sesuatu yang syirik. saya tahu, dia mahu melihat kesengsaraan lelaki ini dan isterinya. hadoi... yang sudah tu sudahlah. dia pun sudah berkahwin. kalau dia berasa peritnya putus cinta, rasanya hampir semua manusia dalam dunia ini merasakannya. apa lagi yang dia tak puas hati?? bertahun lelaki ini dan isterinya berubat. bila dah baik, ia datang balik. dah pelbagai tempat pergi berubat. hasilnya tetap sama. bila si isteri mula menunjukkan reaksi positif, sakit itu datang balik. mengikut kata perawat di tempat mereka berubat, tok bomoh yang menghantar 'sakit' itu dah tak ada. maka si pendendam mencari tok bomoh yang lain. sebab tu penyakit itu tak sembuh. haishhh...

saya hanya mampu memandang. tahu akan berat yang dipikul tapi apakan daya. saya hanya mampu berdoa semoga ALLAH memberi petunjuk dan meningkatkan tahap keimanan mereka. kalau ikutkan hati panas saya, rasa macam nak pulangkan aje apa yang dia hantar kepada lelaki ini dan isterinya. puas dah bersabar tapi sampai bila? semua kerja tergendala. si isteri dah tak bekerja. niat untuk sambung belajar ke luar negara pun sudah tertangguh. si suami pula mula asyik minta cuti. sampai bila nak macam ni?? bagaimana dengan masa depan? memang tak ada iman betul orang yang hantar ni. cuba dia yang kena. baru tahu apa orang lain rasa. memang celaka betul!!!

hei perempuan! siang malam solat tunggang terbalik tu, tak ada nilailah! (entah solat entah tak) masih tak sedarkah kau dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kau??? lihat keadaan rumahtangga kau! lihat keadaan anak kau! lihat keadaan mak bapak kau! (mak bapak kau pun sama perangai macam kau). ALLAH akan bayar cash atas aniaya yang kau lakukan pada orang! [mode: meradang!]

ALLAH menguji itu tanda ALLAH sayang... ALLAH takkan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.

p/s: nak aje sound direct kat perempuan tu tapi semua orang larang. haishhh...

p/s 2: perempuan itu mula mendapat balasan sedikit demi sedikit. saya cakap; PADAN MUKA! (semoga terbuka pintu hatinya untuk bertaubat...tapi kalau hati dah hitam...hmmm...)


Monday, March 19, 2012

Bila Saluran Rezeki Tersumbat


Allah SWT menciptakan semua makhluk telah sempurna dengan pembahagian rezeki. Tiada satu pun yang akan dibiarkan terabai olehNya cuma bergantung kepada kita sama ada mahu atau tidak mencarinya dan yang lebih penting adalah cara kita mendapatkannya sama ada benar atau tidak. Rezeki bukan sekadar wang. Rezeki juga termasuklah ilmu, kesihatan, ketenteraman jiwa, pasangan hidup, keturnan, nama baik, persaudaraan, dan ketaatan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan orang punya masalah dalam pembahagian rezeki. Allah Maha Pemberi Rezeki. Takkan ada setitis air pun yang akan masuk ke dalam mulut kita melainkan atas izinNya. Dan jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada prosedur yang salah telah kita lakukan. Setidaknya ada lima perkara yang menghalangi aliran rezeki kepada kita.

1. Lepasnya ketawakalan dari hati
Kita berusaha namun usaha yang kita lakikan tidak dikaitkan denganNya. Sedangkan Allah itu sesuai prasangka hambaNya. Ketika seseorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang akan diterima. Barang sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.

2. Dosa dan maksiat
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya." Dosa ada;ah penghalang rezeki. Bila dosa menyumbat aliran rezeki kita, maka taubat adalah pembukanya. Cuba kita semak, doa meminta hujan adalah permintaan taubat. Doa Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan juga adalah permintaan taubat. Demikian juga doa di malam Lailatul Qadar. Kerana itu, apabila rezeki terasa sukar, perbanyakkanlah taubat hati, ucapan dan perbuatan kita.

3. Maksiat ketika mencari nafkah.
Apakah pekerjaan kita halal di sisi agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalaninya? Kecurangan dalam mencari nafkah akan membuatkan rezeki kita tidak berkat. Apakah ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah mengalir untuk perkara sia-sia, tidak membawa ketenangan, sukar diguna untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segeralah bertaubat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.

4. Pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingati Allah.
Tanyalah diri, apakah aktiviti kita selama ini membuatkan hubungan kita dengan Allah semakin jauh? Lupa atau lewat menunaikan solat? Lupa membaca Al-Quran? Lalai melakukan ibadah lain? Ini adalah isyarat-isyarat pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan hairan jika rezeki kita akan tersumbat. Semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Bencama sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.

5. Enggan bersedekah
Sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh butir yang pada tiap-tiap butir itu terjurai seratus biji. Ertinya Allah yang Maha Kaya akan membalasnya sehinggan tujuh ratus kali ganda. Tidakkan kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. InsyaAllah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezekiNya untuk kita.

Aminnn...

Sumber:
Majalah Lawak Antarabangsa Ujang Isu 388
(Setitis Tinta Dari Meja Pengarah Urusan MOY)

Sunday, May 8, 2011

nak mengamuk leh??


rasa nak mengamuk!! hahahahahaha

-sebab buat keje last minute

-tetiba server down giler2

-rasa diri cam... hampeh je!!


bangun dari duduk...
menuju ke bilik air...
ku ambil wuduk...
saat ini, kembali kepadaNya...


p/s: sabar... semuanya salah sendiri...

Wednesday, March 2, 2011

Wednesday, February 23, 2011

:.hEhE.:



Hanya boleh tersenyum...
Tak mampu nak kata lagi dah...
Nama pun MANUSIA...
Ragam memang dicipta...

takkan hidup perlu ada arahan...
tak mahu jadi macam ni...







apapun, SABAR sahaja...
kehadiran mereka, memeriahkan DUNIA...
salam buat semua...
















p/s: bersyukur kerana masih ada yang sayang... \(^___^)/

Tuesday, February 1, 2011

sebab kenapa patut bersyukur

MENGELUH... benda yg saya selalu buat. hmm... banyak sangat yang dikeluhkan dalam dunia ni. tapi... kalau minta bersyukur, mungkin sukar untuk dinyatakan. [saya la tuuu...] namun oleh kerana sikap manusia sendiri yang sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang dimiliki, syukur itu jarang sekali diucapkan... hmm... ini di antara sebab-sebab kenapa patut bersyukur.

1. Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa ada arah tuju.

2. Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas. Semuanya percuma.

3. Tidak perlu tidur beralaskan bumi dan berbumbungkan langit.

4. Masih boleh mendengar muzik, mencium bau makanan yang sedap-sedap dan bergosip sampai puas.

5. Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama. Ada kawan untuk dihubungi ketika saya bosan dan ada kawan untuk diajak berjalan-jalan di hujung minggu.

6. Berkesempatan untuk bersekolah. Biarpun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi pelbagai peperiksaan, namun percayalah ramai orang yang mengimpikan untuk berada di tempat saya hari ini.

7. Saya masih mampu ketawa menonton filem komedi.

8. Menangis melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tidak ada apa-apa hubungan dengan saya. Ini bermakna saya masih manusia yang mempunyai perasaan.

9. Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk teman, keluarga, dan orang teristimewa.

10. Ingin menonton filem yang bagus?? Pergi sahaja ke panggung wayang. Ingin menonton konsert artis idola saya?? Pergi sahaja membeli tiket dan masuuk sahaja ke konsert. Hmm... nasib saya sangat baik kan??

11. Saya boleh membaca dan membayangkan beberapa banyak perkara dan ilmu yang saya dapat dari pembacaan saya.

12. Terasa ingin menikmati makanan Jepun, Itali, Cina, atau apa saja?? Saya hanya perlu pergi sahaja ke restoran yang menjualnya. Thanks to global trade...

13. Hidup di negara yang bebas perang.

14. Terima kasih untuk teknologi-teknologi canggih membuatkan hidup menjadi bertambah mudah. Hehe

15. Punya bakat tertentu?? Bersyukurlah kerana bukan semua mampu lakukan apa yang saya lakukan. =)

16. Saya bebas memakai apa sahaja mengikut citarasa dan keinginan saya. Dengan erti kata lain, saya mampu mengisi almari pakaian saya seperti yang diinginkan.

17. Di dunia ini tidak akan ada orang yang boleh menyerupai saya. Sekiranya saya anak kembar sekalipun, pasti ada bezanya. Jadi bersyukurlah dilahirkan unik dan tiada duanya.

18. Setiap kali saya punya kesempatan untuk melihat dunia lain, misalnya melancong ke negara atau negeri orang, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bukan semua orang boleh mendapat apa yang saya dapat.

19. Ketika saya mampu membuat orang lain ketawa, itulah perkara terbaik yang saya rasakan.

20. Saya masih hidup sehingga ke hari ini dan inilah alasan yang cukup kuat untuk buat saya bersyukur. (astaghfirullah... syukur alhamdulillah...)

p/s: dalam usaha memujuk hati sendiri... huhu

p/s 2: penat sudah nak senyum... (-_-')

Thursday, November 11, 2010

:.OucH... that's HURT!!.:

assalamualaikum dan salam sejahtera....


ya, masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah dah tamat masanya. tumpuan sepenuhnya adalah pada kerjaya, belajar! dah tak ada benda2 lagho dah!!


bagai diketuk kepala dengan tukul... bagai ditikam belati terus ke jantung... saya tahu, kalian dah bosan dengan kehadiran yang sudah bertahun ini. baik! saya akan mengundur diri...


saya tak nak papa susah hati... kesian kat papa... macam2 masalah menimpanya. cukuplah dengan apa yang berlaku dan saya tak nak tambah beban dia... cuma support dari dia dan bantuan amatlah diharapkan!


buat masa ni... tolak ke tepi semua perkara2 remeh. puasa hati untuk melayan semua benda2 yang hanya menyesakkan minda!!!


enjoy? kena had kan!!
[mati laaa... dah plan bercuti ke sabah n langkawi tahun depan ni!! huhu T_T semua dah ready pulak tu. hadoi...]


kahwin? belum masanya... kalau ada jodoh, adalah nanti... huhu
[harap2 tegar!! aminnnn...~]


p/s: parah jugalah kolokium kali ni... ble dgr general komen dari panelists, sy hanya mampu berkata... 'ouch... that's hurt!!!'


p/s 2: Ya Allah! lorongkan yana jalan menuju kebahagiaan hakiki... permudahkan segala apa yang yana lalui... amin Ya Rabb!!!~


p/s 3: Ford-Focus tu cantik kan?? [takde kena mengena dgn entri...]

Monday, July 20, 2009

Pesan Nabi SAW sebelum kita tidur... zZZzz!!!!

assalamualaikum...

banyak perkara yg kita akan lakukan sebelum tidur. antaranya:
1. pergi tandas [Qada Hajat]
2. cuci kaki sebelum keluar dari tandas [takut dapat mimpi seramlah tu. huhuhu]
3. pastikan katil kelihatan sempurna sebelum melabuhkan diri
4. entah bila terlena pun tak tahu [tu tandanya berangan dulu lah tu sebelum tidur. hehe]

walaubagaimanapun... Tafsir Haqqi ada memberitahu, Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah..."

Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda:
Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama... Kalau rajin, tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


p/s: teguran yg baik adalah untuk mencapai keredhaanNya. insyaAllah...

Tuesday, March 17, 2009

Kenapa ALLAH SWT menemukan kita dengan orang yang salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milikkita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA… PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA…