Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

Strok Haba #Berjaga-Jaga

Assalamualaikum...

Halo! Sudah sampai penghujung bulan Februari 2015. Cepatnya masa berlalu. Haishh.. azam masih tak gerak lagi ni! Haha (sempat pulak ketawa! ahaha)

Ok. Nak cerita pasal strok haba sebenarnya. Sudah dikhabarkan supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga ketika musim panas ni. Musim panaskah sekarang?

Sekarang ni, kita dilanda fenomena ekuinoks. Fenomena ekuinoks ni akan berlangsung sehingga bulan April. Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi.

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekuinoks

Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim berkata fenomena itu akan menyebabkan waktu siang lebih panjang berbanding waktu normal.

Penipisan lapisan ozon kini, maka pendedahan cahaya matahari pada masa terbabit akan lebih dirasai berikutan suhu yang semakin meningkat terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari  akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.




Dalam pada itu, ekoran cuaca panas orang ramai turut dinasihatkan untuk mengelakkan daripada didedahkan kepada cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku dan digalakkan untuk meminum lebih banyak air kosong.

Jadi secara, kita misalnya pada hari tertentu itu kalau waktu-waktu ekuinoks ini dinasihatkan kebanyakkan di bandar-bandar di dunia ini kita nasihatkan untuk tidak mendedahkan atau mendedahkan diri kita kepada matahari dengan banyak. Dan kita nasihatkan supaya lebih banyak meminum air kosong pada hari tertentu.

Tapi, memang ini adalah amalan biasa pada waktu-waktu musim-musim panas di negeri bermusim kita cuba galakkan menjauhkan pendedahan matahari pada waktu puncak antara 12 hingga 3 petang di mana radiasi uv itu lebih kita dapati, jadi suhu adalah tinggi.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fenomena-ekuinoks-malaysia-siap-siaga-hadapi-cuaca-panas-ekstrem-54437?cp

Sambung balik pasal strok haba.

Strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam. Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Seterusnya boleh tengok diagram.


Cara merawat orang yang terkena strok haba

P/s: Jagalah kesihatan masing-masing.. | sy baru baik demam! alhamdulillah...

Thursday, December 11, 2014

Crush?! Sila Berhati-hati

Assalamualaikum. Helo!

Tertarik untuk menulis di sini sebab pengalaman sendiri. Haha Tak ada laaa... Ini semua sebab untuk peringatan supaya tak melebih-lebih apabila kita suka pada seseorang itu.

Crush.

definition of crush. print screen je! nmpk sgt pemalas! hahaha

Kalau dalam definisi kebanyakan orang, crush tu bermaksud kita minat, suka pada seseorang. Selalu saya tengok yang selalu crush ni, orang perempuan.
So, orang lelaki ni takdak crush ka?? Ada..tapi diaorang ni jarang nak tunjuk perasaan diaorang.
Tapi, kita kena tahu sama ada crush perasaan kita sangat berat atau sekadar suka-suka aje.

Meh, saya cerita sikit.
Crush ni boleh jadi minat, suka, sayang, atau cinta.

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain: minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)

Suka
Contoh: Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. (dalam erti lain: suka ini ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya perut kita dah nak pecah.)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita. (dalam erti lain: sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain: cinta ditujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.)


Macam mana crush boleh berlaku?

Apabila bertemu, berjumpa, bertentang mata.
Tak kisahlah di sekolah ke... di kolej ke... dalam dewan kuliah ke... di tempat kerja ke... di pasar raya ke... Asalkan kita bertemu bertentang mata dengan dia, crush boleh berlaku. Lebih-lebih lagi kalau kita bercakap dengan dia, duduk di bawah satu bumbung, hari-hari berjumpa. Ada beberapa kriteria pada diri dia yang membuatkan kita rasa kita minat, suka, sayang atau cinta pada dia.
Kalau tengok gambar seseorang dlm facebook, belum dikira crush lagi. (Tapi tak mustahil boleh berlaku.)

Maaf, ya perempuan! Saya nak cakap sikit. Kita, bila kita crush kat somebody, kita akan buat apa sahaja supaya dia tahu yang kita ni crush kat dia (konon nak bagi hint.) Dan kalau dia melayan kita (konon hint itu sampai), tolong jangan terlalu mengharap! Bila tak confirm lagi hati dan perasaannya untuk kita, sila jangan terlalu gembira. Kadang-kadang, apa yang berlaku itu hanyalah untuk menjaga hati kita. Si lelaki nak menjaga air muka kita supaya kita tak malu di hadapan kawan-kawan kita. Biasalah, kalau kita dah selalu dekat dengan dia, pasti ada yang berbisik-bisik. Akhirnya, semua orang bercerita tentangnya. Si dia senyap. Menafikan tidak, mengiyakan pun tidak. Maka, perempuan yang berfikiran singkat ini terus menganggap si lelaki punya rasa yang sama.
Ok. Sila berfikir di sini. Dia punya rasa yang sama?! Mungkin ya, mungkin tidak. Peluang 50-50 ke?? Jalan paling selamat, janganlah happy sangat! Janganlah berharap sangat. Sakit woo bila kecewa. Perit woo bila kita bukan pilihannya.
Belajar mengawal perasaan. Jangan serahkan hati dan perasaan kita pada dia sepenuhnya sedangkan belum terluah apa-apa dari dia. Orang yang couple pun boleh berubah hati, inikan pula kita yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Maaf, ya lelaki! Kalau awak rasa si perempuan crush pada awak, layan dia seperti biasa. Jangan menjauhkan diri atau merapatkan diri seolah-olah memberikan harapan kepada dia. Perempuan ni sensitif sangat kottt. Hanya dengan sedikit ambil berat, dia mula rasa terbuai. Haa... jaga-jaga. Jangan sampai anda digelar heartbreaker walaupun anda tak buat apa-apa!

Ingat ya! Jodoh tu ketentuan Allah swt. Berdoa kepadaNya agar dipermudahkan. Allah swt tak beri apa yang kita nak tapi Allah swt beri apa yang kita perlu. Ingat tau!

Nah, saya belanja lagu.


Walaupun lagu ni tak ada kaitan dengan entri kali ni, saya nak share jugak!

p/s: saya mahu abe saya yg dulu...yg saya rapat beberapa bulan lalu. miss u!

p/s 2: saya sedang mengawal perasaan! sekian.

Thursday, October 31, 2013

Kursus Pembuatan Coklat Buatan Tangan - Part 2

Assalamualaikum. Hai hai hai... ni nak cerita intipati yang saya dapat masa belajar buat coklat dekat LKM Hilir Perak. Cerita lain pun banyak..ketawa pun banyak gak... Haha seronok! Yalah, kalau semua geng yang datang tu sporting, tak kira usia tua atau muda, kita akan rasa satu suasana yang sangat happy. (^___^)

Ok. Mari teruskan bacaan anda dengan apa yang saya ingin kongsikan.

Jenis-jenis coklat
Ada 3 jenis coklat iaitu;
1. Coklat gelap/plain/pahit - coklat yang paling baik untuk kesihatan kerana mengandungi antioksidan (awet muda).
2. Coklat susu - yang biasa kita makan.
3. Coklat putih - yang biasa kita nampak di kedai-kedai..

Formulasi Pembuatan Coklat

Bahan-bahan              Coklat Susu         Coklat Gelap            Coklat Putih
Gula halus                    35-55 %                     35-55 %                       35-55 %
Pepejal koko                 8-20 %                     40-60 %                            0 %
Lemak koko                  < 30 %                      < 20 %                        20-40 %
Susu tepung                   < 25 %                       0-8 %                          < 25 %
Lesitin                            0.05 %                      0.05 %                         0.05 %

Peralatan pembuatan coklat di rumah
1. Penghawa dingin (untuk real choc)
2. Peti sejuk (Bahagian chiller) 10-16 darjah celsius
3. marble slab/papan marmar yang matang (untuk real choc)
4. Ketuhar/double boiler - mencairkan blok coklat

Selain itu;
mixer, dapur gas, periuk, mangkuk (stainless steel), senduk (kayu/plastik), scrapper, termometer, alat penimbang, pisau pemotong, dulang plastik, bekas loyang, acuan plastik, piping bag & nozzle, bar plastic atau aluminium, aluminium foil, apron.

antara peralatan yang digunakan
Semasa kursus, kami diajar untuk membuat coklat daripada dua jenis blok coklat iaitu real chocolate atau coklat tulen dan coklat kompaund.

Coklat tulen atau real choc memerlukan cara yang khusus untuk pembuatannya.
Proses: Coklat bar - dicairkan - tempering/pendinginan - pembentukan (acuan) - penyejukan
Pembuatan coklat tulen memerlukan suasana yang dingin (air-conditioning) dan batu marmar untuk proses tempering (supaya suhu turun pada suhu yang sesuai iaitu 28 darjah celsius).

Coklat kompaund pula lebih mudah untuk disediakan.
Proses: Coklat bar - dicairkan - pembentukan (acuan) - penyejukan

Kebanyakkan usahawan coklat menjual coklat yang diperbuat daripada coklat kompaund kerana boleh dijual dengan harga yang rendah.

Jenis-jenis coklat yang boleh dihasilkan
1. Coklat kosong
2. Coklat pralin (kekacang)
3. Coklat Trufel Berinti (Shell moulding)
4. Coklat salutan (enrobing)
5. Coklat bentuk (hollow figure)

Pantang larang
1. Jangan campurkan real choc dengan compound choc sebab dia orang berdua ni memang takkan melekat di antara satu sama lain. Coklat takkan jadi.
2. Kalau nak buat coklat putih yang berperasa, gunakan oil based food colouring. Kalau guna water based, alamat tak menjadilah coklat anda.
3. Musuh utama coklat adalah air dan suhu. Jangan dedahkan coklat kepada suhu yang tinggi dan pastikan persekitaran kering dari air dan kelembapan yang boleh merosakkan struktur coklat (coklat akan berketul).
4. Jika mahu masukkan coklat ke dalam paper cup, sila guna sarung tangan plastik. Tangan ada haba dan ianya boleh menyebabkan cap jari tertinggal di atas coklat.
5. Jika buat coklat daripada real choc, pastikan suhunya tepat (28 darjah celcius) semasa tempering untuk mengelakkan coklat jadi tak cantik dan kalau suhu tinggi, coklat akan melekat pada bekas acuan dan tidak dapat dikeluarkan.

Amacam?! Dah ada perasaan nak buat coklat sendiri?? Boleh contact saya untuk maklumat lanjut. Tapi... saya bukan pembekal bahan tau. Saya cuma boleh bagi tunjuk ajar je tapi yang basic ajelah...haha
Nota saya dari buku ni laaa... lalalala~

p/s: tengah mencari peluang nak jadi usahawan... hehe

p/s 2: kalau nak apa-apa maklumat, boleh pm saya. nanti saya share apa yg ada dalam buku ni kat anda...

Monday, October 21, 2013

Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013

Assalamualaikum. Jom jayakannya bersama-sama!

MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA 2013
PERINGKAT KEBANGSAAN
21-27 OKTOBER 2013
"Smart Partnership Towards Sustainable Environment"
Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar


Rakan Alam sekitar


p/s 1: saya dah jadi ahli dah...

p/s 2: jadikan hari-hari sebagai hari alam sekitar... jagalah alam sekitar kita untuk kesejahteraan masa hadapan... (^___^)v

Thursday, October 10, 2013

Meaning of Your Name

Assalamualaikum. Hi there!! Do not know what you wanna do right now?? Just spent your time to try this. Just want to make you smile. So, let's start! \(^__^)/

Instructions:
What you do is find out what each letter of your name means.

Then connect all the meanings and it describes YOU. (Isn't it GREAT?!)

If you have double or triple letters, just count the meaning once.

For Example: LIANA

L Love is something you deeply believe in.

I You are always smiling and making others smile.

A You can be very quiet when you have something on your mind.

N You like to work, but you always want a break

A You can be very quiet when you have something on your mind.


Okay. Let's begin!~

A-You can be very quiet when you have something on your mind.

B-You are always cautious when it comes to meeting new people.

C-You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.

D-You have trouble trusting people.

E-You are a very exciting person.

F-Everyone loves you.

G-You have excellent ways of viewing people.

H-You are not judgmental.

I-You are always smiling and making others smile.

J-Jealously

K-You like to try new things.

L-Love is something you deeply believe in.

M-Success comes easily to you.

N-You like to work, but you always want a break.

O-You are very open-minded.

P-You are very friendly and understanding.

Q-You are a hypocrite.

R-You are a social butterfly.

S-You are very broad-minded.

T-You have an attitude, a big one.

U-You feel like you have to equal up to people's standards.

V-You have a very good physique and looks.

W-You like your privacy.

X-You never let people tell you what to do.

Y-You cause a lot of trouble.

Z-You're always fighting with someone

Source

p/s: Have fun!!!~

Friday, October 4, 2013

Kaki Ayam: Khasiat dan Resepi Mee Kari Kaki Ayam

Assalamualaikum. Dah lama orang cerita pasal kebaikan dan khasiat kaki ayam. Saya baru aje nak share kat blog. Tapi belum terlewat kan?? Hehe Ilmu tak perlu tunggu waktu untuk disebarkan... (ye la sangat! haha)

Ini berita yang saya ambil dari Berita Harian

New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. 
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. 

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu. 
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi

INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen


Kebiasaannya, kaki ayam akan dibuat masak sup. Yalah, takkan nak goreng pulak. Meletop habis terpercik satu rumah! Tapi saya buat jugak. Haha kadang-kadang saya buat masak kicap. Kali ini saya nak share resepi dari mak andak saya. Mee Kari Kaki Ayam. Mak andak biasa buat kalau kami sekeluarga dari Perak ni datang ke Seri Kembangan, rumah mereka. Hoho Sedap sangat!! Dan kaki ayam tu senang nak di makan. Tak ada yang liat-liat tu. Terus aje luruh bila kita hisap. Yummo!

Maka, saya just nak share untuk buat kuahnya ya. Maaf, gambar tak ada. Rasanya semua boleh imagine kan macam mana caranya. Huhu Oh ya! Menu ini untuk lima orang makan erk. Agak leceh ya untuk membuatnya. Tapi bila makan, memang puas hati! (^___^)v

Mee Kari Kaki Ayam

Bahan-bahan untuk hidangan mee
1 paket mee kuning | dicelur
2 genggam taugeh | dicelur
3 biji telur rebus | dibelah dua
3 batang fish cake | digoreng dan dihiris nipis
2 ketul tauhu | digoreng dan dipotong dadu (16)
Kerang rebus | siap dikupas
Daun sup | dihiris
Bawang goreng
Cili besar merah dan hijau | dihiris

Bahan untuk buat kaki ayam
10 pasang kaki ayam
Kicap masin
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Pastikan kaki ayam dibuang kukunya dan dibasuh bersih.
2. Lumur ayam dengan kicap masin. Pastikan keseluruhan ayam tersalut dengan kicap. Kemudian, jemur kaki ayam tersebut sehingga kicapnya kering pada kulit kaki ayam.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Minyaknya hendaklah banyak dan betul-betul panas. Masukkan kaki ayam yang telah kering tadi ke dalam kuali. Pastikan api dapur dikecilkan. Kalau tak, habis meletup. Jangan lupa tutup permukaan kuali untuk mengelakkan minyak terpercik. (Sakit ooo kalau kena kulit. Huhu)
4. Goreng sampai garing. Angkat setelah garing dan toskan. Ketepikan.

Pesanan: Kaki ayam ni boleh buat banyak-banyak dan simpan di dalam bekas kedap udara dan peti ais. Maksudnya, bila nak guna, boleh ambil. Jadi tak payah nak buat banyak kali. Biasanya, boleh tahan dalam dua minggu.

Bahan-bahan untuk kuah kari
4 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1/2 inci halia | dihiris panjang
Dua tangkai daun kari
1 paket rempah kari ayam | dibancuh dengan sedikit air
1 cawan santan pekat (Kalau guna santan perah, dalam 4 cawan)
3 cawan air (kalau guna santan perah, air tidak diperlukan)
1 sudu kecil asam jawa (asam jawa extra adabi)
1/4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar dan halia sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis lagi sehingga rempah garing.
2. Masukkan kaki ayam yang dibuat tadi beserta air dan reneh kaki ayam tersebut sehingga empuk dan kembang. Biasanya tak lama. Dalam 10-15 minit.
3. Setelah itu, masukkan santan pekat ke dalam periuk tadi beserta asam jawa. Gaul sehingga sebati.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga mendidih.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Pesanan: fish cake dan kerang rebus boleh dimasukkan sekali di dalam kuah kari. Tapi saya lebih suka asing sebab nak letak kaki ayam dalam kuah kari. 

p/s: selamat mencuba!

Friday, September 27, 2013

PROGRAM NIGHT CAREER FAIR



Pusat JOBS MALAYSIA JABATAN TENAGA KERJA PERAK akan mengadakan Program Night Career Fair

Tarikh: 28 september 2013 ( sabtu )

Tempat: D’polo Café Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ( Padang Polo )

Masa: 2.00 petang sehingga 11.00 malam.

Sebanyak 1000 lebih kekosongan jawatan ditawarkan untuk pelbagai peringkat. Kepada semua pencari kerja, anda dijemput hadir untuk merebut peluang pekerjaan ini. Sila hadir dengan berpakaian kemas beserta 5 salinan resume serta sijil berkaitan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Pusat Jobs Malaysia Jabatan Tenaga Kerja Perak
Ditalian 05-2413504

Monday, July 29, 2013

Ramadan #The Night Power: Lailatul Qadr

Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27.

Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.



Doa dan amalan di Malam Lailatul Qadar

1. Bagi orang yang mendapat Lailatul Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ أَنْتَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Tanda Malam Lailatul Qadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar:
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,
Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Sumber:


Wednesday, July 24, 2013

Ramadan #Terawih - part 2

Assalamualaikum. Hai semua! Selamat  berbuka, selamat berterawih, selamat bertadarus, dan selamat bersahur! (^___^) Ini, saya nak sambung pasal kelebihan dan keistimewaan solat Terawih.

Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua ibubapa mu.”

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya

Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun ibadat

Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur

Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun ibadat

Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat

Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat

Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur

Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadan #Terawih - part 1

Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya

Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa

Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya

Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman

Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s

Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat

Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan

Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya

Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya

Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya

Akan bersambung malam ke 16 nanti... (^___^)v

p/s: Selamat Bersahur!!~


Tuesday, June 25, 2013

Panas Dalam #berlaku tak kira musim

Assalamualaikum. Musim-musim jerebu ni, kenalah kita menjaga kesihatan agar tidak menjejaskan kehidupan seharian kita. Biasanya dalam keadaan macam ni, biasanya pakar-pakar kesihatan akan suruh kita banyakkan minum air masak. Yalah untuk mengelakkan diri dari terkena sakit yang disebabkan oleh partikel-partikel di udara. Selain itu dapat juga mencegah dari panas dalam.

Sejak debu-debu cinta penuh dalam ruang udara ni, saya senang betul dapat selsema, sakit tekak, selalu tersedak kalau tekak kering. Dengan cuaca yang panas kering ni, memang rasa macam nak berendam aje dalam air. Hihi mak kata, sekarang ni musim panas... kena banyak minum air. Kalau tak nanti panas dalam.

Ok. Panas dalam ni bukanlah penyakit tapi dikenali sebagai gejala dan tidak berlaku hanya pada musim panas. Musim sejuk pun boleh jadi juga panas dalam ni. Selain disebabkan oleh cuaca, pemakanan kita pun adalah salah satu punca terjadinya gejala panas dalam.

Antara simptom-simptomnya ialah;
  • Badan terasa berbahang (suhu ada meningkat sedikit tapi bukan demam), terutamanya dicelah pelipat badan, dalam mulut, dalam perut (boleh juga terasa berbahang), mata berasa panas. Boleh dikesan jika air kencing kita terasa panas dan berwarna kuning pekat.
  • Ada pecah-pecah di sekitar bibir, mulut ada ulser (kalau merah, masih ok lagi tapi kalau ada tumbuh yang warna putih, itu dah kritikal), boleh buat sakit gigi dan bengkak gusi, sakit dan gatal tekak, berkahak (boleh buat tersedak).
  • Sembelit ataupun cirit birit.
  • Telinga macam pekak aje, berdengung, terasa bengkak...
  • Kulit selalu gatal-gatal dan bila garu akan tumbuh mata ikan (macam jerawat tapi dia warna putih dan sangat sakit+sangat gatal. tak boleh garu, nanti akan jadi lebih besar), jerawat makin banyak, kadang-kadang boleh tumbuh bisul dekat badan.
  • Bila nak malam (biasanya sebelum maghrib), akan terasa seram-seram sejuk. Tak ada kaitan dengan hantu atau mistik ya! Ini disebabkan oleh perubahan suhu di sekeliling. Kalau mandi masa ni, akan rasa macam nak demam.


Cara mengatasi
Tak ada cara mengatasinya namun apapun, kita boleh mengawalnya dari menjadi lebih teruk.
  • Minum air masak sebanyak yang boleh agar dapat mengimbangkan kembali suhu badan. Ada setengah orang cakap, jangan minum air berais tapi pernah dengar tak air berais itu penawar? Bila suhu badan tinggi atau badan terlalu panas, air sejuk berais atau air yang disimpan dalam peti sejuk sebenarnya dapat membantu badan kita kembali kepada suhu yang normal. Caranya, mulakan dengan air yang disejukkan di dalam peti sejuk untuk memastikan badan yang panas tidak terkejut denga suhu air yang sejuk. Kemudian, bila badan terasa selesa, cuba pula dengan air yang berais. Jangan amalkan secara kerap. Amalan meminum air suam bukanlah tak bagus tapi air suam kadang-kadang hanya menambahkan lagi masalah panas dalam kita.
  • Berjaram. Maksudnya, meletakkan tuala basah di atas kepala. Ia juga satu kaedah menurunkan panas dalam badan. Selain itu, boleh juga meletakkan air asam jawa yang dibancuh sepekat yang mungkin di atas kepala kemudian balutkan kepala dengan tuala. Air asam boleh digantikan dengan air daun bunga raya. Ramaskan daun bunga raya dalam air, dan air tu boleh letak di atas kepala.
  • Jaga makan dan minum. Jangan makan atau minum benda yang 'panas'. Maksud panas di sini adalah makanan atau minuman yang boleh memberi kesan panas atau menghasilkan haba di badan bila kita makan atau minum. Sila baca seterusnya untuk tahu antara makanan dan minuman yang 'panas' di badan. (^___^)v Bukan tak boleh makan cuma perlu imbangkan.
  • Pemilihan pakaian juga penting. Elakkan pakaian yang tidak boleh meresap peluh. Bimbang ianya boleh menyebabkan dehidrasi.
  • Mandi. Ianya dapat menyegarkan badan dan boleh mengurangkan dehidrasi.
  • Dapatkan bantuan segera doktor sekiranya gejala berlanjutan.


Ok. Sekarang nak share apa dia makanan dan minuman yang 'panas' dan 'sejuk'.

Makanan
Sejuk
  • Buah-buahan seperti epal, lai, pear, betik, jambu, pisang.
  • Agar-agar.
  • Sayur-sayuran.
  • Nasi.
  • Jenis ubi seperti keledek, ubi kayu, kentang


Panas
  • Buah-buahan seperti tembikai, laici, limau, manggis, durian, rambutan, anggur, strawberi, pala, salak.
  • Pulut (apa saja yang bahan asasnya pulut, termasuklah tepung pulut).
  • Daging.
  • Lada (putih dan hitam), cili, cili padi.
  • Coklat.
  • Jenis kekacang (apa saja yang berasaskan kekacang seperti soya, kacang tanah kecuali kacang hijau yg buat bubur tu).
  • Rempah ratus.
  • Halia.


Minuman
Sejuk
  • Barli, cincau, air kelapa (kalau banyak sangat minum, boleh jadi sengal badan)
  • Teh (Tak kisah la teh bunga atau teh daun)
  • Selasih
  • Biji kembang semangkuk
  • Air Penyejuk badan
  • Air asam jawa dan air asam boi
  • Sarsi

ni air sirap selasih ya...bukan telur katak. ngeee~

ni la dia biji kembang semangkuk. rendam biji tu dalam air, setengah jam kemudian, dia kembang penuh semangkuk.


Panas
  • Coklat
  • Kopi, nescafe dan yang seangkatan
  • Soya
  • Air Halia


Ok. Minuman yang dalam kategori 'sejuk' boleh digunakan sebagai penawar panas dalam. Biasanya mujarab, insyaAllah.

Setakat ini je yang nak dikongsi. Salah dan silap harap dimaafkan... 

p/s: ini hasil dari sembang saya dengan mama abah pakcik dan makcik... sejak badan mula rasa cam dah kena panas badan.

p/s 2: Selamat Menjaga Kesihatan... (^___^)v

Monday, June 24, 2013

Jerebu: Apa yang perlu kita tahu?

Assalamualaikum. Jerebu. Sekarang dah sampai ke negeri Perak. Kelmarin ruang udara kat tempat saya masih clean and clear lagi. Semalam dah mula berbalam-balam dan hari ni sudah mula dahsyat! Huhu


gambar ni keadaan di sekeliling rumah saya... buah jagung dah boleh dituai. mai la singgah umah...~

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU  Kualiti udara
0 - 50  Baik
51 - 100  Sederhana
101 - 200  Tidak sihat
201 - 300  Sangat tidak sihat
301 - 400  Berbahaya
401 - 500  Sangat berbahaya
Lebih 501  Darurat

Indeks Pencemaran Udara dan Langkah yang Boleh Diambil

101 - 150 Keadaan tidak sihat
(lebih 24 jam)
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat 
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk 
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran 
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor 

(lebih 72 jam)
  • Memantau kes gangguan pernafasan 
  • Mengetatkan kawalan penggunaan kenderaan bermotor seperti mengenakan pembayaran letak kereta yang tinggi 
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam 
  • Penggunaan bahan bakar yang lebih 'bersih' (kandungan belerang rendah atau bahan bakar gas) 

151 - 200 Keadaan masih tidak sihat
(lebih 72 jam)
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu 
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka 
  • Penggurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% 
  • Menghadkan kemasukan kenderaan di kawasan yang terlibat 
  • Kawalan lebih ketat kepada industri 

201 - 250 Keadaan lebih tidak sihat
(lebih 48 jam)
  • Menasihati orang awam mengambil langkah kesihatan yang lebih teliti 
  • Penggunaan kenderaan lama termasuk bas dan lori digantung 
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau berdiskaun 
  • Menggurangkan penggunaan eletrik, hawa dingin dan peralatan elektik lain 
  • Kegiatan industri pencemar (kilang simen, batu dan penapis) dikurangkan 
  • Penggunaan bahan bakar kurang belerang 

251 - 300 Keadaan amat tidak sihat, Amaran
(lebih 48 jam)
  • Mengurangkan waktu persekolahan 
  • Mengurangkan masa bekerja 
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun 
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat 

301 - 400 Merbahaya, Kecemasan
(lebih 24 jam)
  • Sekolah ditutup 
  • Hari kerja selang hari 
  • Pengharaman kenderaan persendirian 
  • Kegiatan industri pencemar dihentikan 
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat 

(Melebihi 400) Amat merbahaya Dharurat
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat 
  • Kurangkan masak-memasak, makan makanan tersedia dan buah-buahan 
  • Isytihar keadaan dharurat 
  • Pemindahan ke tempat lebih selamat 


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Sumber:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
2. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/1997/penawa16.html

p/s: teringat masa belajar dulu...

Thursday, June 6, 2013

Israk Dan Mikraj

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.



Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.

Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

Friday, March 22, 2013

Jadual Penentuan Jantina Bayi

Assalamualaikum. Hai! Hari tu saya lepak kat tempat saya study dulu. Jumpa dengan member ni. Saja borak+gosip+mengarut+hal ehwal semasa+macam-macam cerita. Lepas tu, timbul isu pasal jantina bayi+pregnant+kahwin. Hari ni baru teringat pasal nak cari pasal penentuan jantina bayi. Dan akhirnya jumpa juga benda ni.

Sekadar panduan. Jadual ini berdasarkan kiraan Chinese Lunar Calendar.

Apa-apapun, semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Ini untuk rujukan atau kalau ada ibu2 yang nak check... mungkin benar atau sekadar kebetulan... atau kalau ada yang mahu merancang. Apapun, segalanya telah tertulis di atas sana.


Amacam?? Saya dah kira untuk mama saya... dan semuanya benar! hehehe

p/s: tunggu jodoh datang...baru boleh fikir pasal jantina baby. ;p



Sunday, February 24, 2013

Karnival Kerjaya SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam di kawasan Bagan Datoh, Perak.



Tarikh: 26 Februari 2013

Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi: Dataran, Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak.

p/s: saya akan ke sana! jumpa nanti!

Friday, February 22, 2013

Doa Cepat Dapat Jodoh

Assalamualaikum... Ada perkara menarik yang saya nak kongsikan. Doa cepat dapat jodoh. Saya belum pernah cuba lagi tapi kalau ada yang nak cuba, teruskan bacaan anda. Saya ambil dari sini.

http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/09/07/doa-cepat-dapat-jodoh/

Ada macam-macam lagi sebenarnya tapi saya cuma nak highlight bahagian jodoh ni aje sebab petang tadi saya dan anje dok meroyan sekejap pasal jodoh.

Kalau nak check doa, ayat, or zikir yang lain, boleh terus bukak website ini.
http://doaayatdanzikir.wordpress.com

Caranya...

Amalkan YA RAHMAN, YA RAHIM, YA ALLAH, sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. Baca berulang-ulang sepanjang duduk selepas solat Asar hingga masuk waktu Maghrib.

Masuk aje waktu Maghrib, sebut ALLAHUAKBAR, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada ALLAH SWT yang Maha Berkuasa dengan apa yang dihajati.

(Untuk mempercepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya.)





p/s: Moga dibukakan pintu hatinya untuk memaafkan segala kesalahan saya. Huhuuuu~