Showing posts with label reU. Show all posts
Showing posts with label reU. Show all posts

Saturday, July 4, 2015

Projek Iftar #PCD

Assalamualaikum.. Halo halo halo!!

Minggu lepas ada projek berbuka puasa dengan geng2 PCD. Kita orang sembang dalam group kat whatsapp and terus plan nak buat.

Tempat : Rumah alang dekat Salak Tinggi 
Tarikh : 27 Jun 2015 
Menu :
1. Ayam BBQ, Sambal, Air Teh O - Alang
2. Sup ayam - me!
3. Sayur campur + puding roti - Along
4. Kek coklat - Uda
5. Kuih Cara Berlauk + Kaswi + Buah - Anis (coursemate)

Sangat seronok bila berkumpul. Angah tak dapat join sbb family husband dia pun buat gathering gak. Tapi kalau semua geng PCD ada, memang best!

Our dishes! yummy..
Anis-alang-uda-along-me


qaisara dah mamai..hehe
abang ipar.. haha

second round!

Adam dengan ayah uda dia..siap khianat dgn Qaisara! haha
Adam get ready nak ikot acik anne blk bangi

Sian lak kat adam..haha

p/s: bila la boleh buat reunion besar-besaran niii??!!

Sunday, March 29, 2015

Selamat Pengantin Baru Shaaheda! Keranamu, #PCD berkumpul lagi...

AWAS! Entri ini panjang, sama panjang macam tajuknya!
(Tak ada la panjang mana.. hihi)

Assalamualaikum. Hi all! Panjang pulak tajuk entri kali ini. Haha as usual, saya akan mengisi blog saya pada hujung bulan. Tak tahulah kenapa malas nak buat entri. Tapi... saya masih sayangkan blog ni. Hahaha mengada-ngada pulak!

Kisah kali ni berlaku pada dua minggu lalu. Dah nak basi dah cerita tapi baru nak kongsi dekat sini. Haish...peduli apa! Nak share gak. (^___^)v Kisah ni ada tiga peringkat. Bermula pada hari Jumaat malam, sepanjang hari Sabtu, dan hari Ahad.

Ok. Sebelum tu, saya nak kenalkan Shaaheda. Shaaheda a.k.a shida ni kawan baik usu PCD. Geng atlet usu. Rapat masa usu sambung Master dan stay kat Kolej 15. Bila seseorang jadi kawan baik kepada ahli PCD, secara automatiknya dia akan jadi kawan kami juga tapi Shida ni dikategorikan sebagai adik PCD. Muda dua tahun dari kami. Banyak aktiviti kami, dia join. Sebab tu boleh jadi rapat. Disebabkan majlis dia jugalah anje dan ateh turun KL. Dan semua tu perancanga Allah. Sangat indah! Apapun, tak semua ada. Angah dalam pantang bersalin. Alang balik Terengganu. Achik pulak dah datang KL awal.

1. 13hb Mac

Hunting for wedding present
Usu datang ke Semenanjung dari Sabah. Usu p majlis nikah Shida petang tu. Malam tu, saya, along, dan usu berkejar nak cari wedding present for Shida. Mula-mula nak p IOI City Mall tapi macam tak sempat aje so, kami terus plan ke Alamanda. Dinner dekat situ dan lepas tu terus berkejar p cari hadiah. Jumpa mana yang sesuai aje terus rembat! Masuk Parkson bila Parkson dah nak tutup. Pulun jugak la cari hadiah. Masa kat wrapping counter, sepuluh minit lagi Parkson nak tutup tapi tetap juga nak suruh staff diaorang balut! Hihi sempat lagi main-main dekat toys department sambil tunggu hadiah siap dibalut. Hahaha

Setibanya di Alamanda

Tengah tunggu hadiah siap wrapping...

2. 14hb Mac

Majlis persandingan Shida
Saya gerak dari rumah pukul 10.30 pagi. Ambil along dekat Serdang dulu baru p rumah kakak ateh untk ambil ateh kat Putrajaya. Majlis berlangsung dekat Inspen atau nama panjangnya Institut Penilaian Negara. Masa kami sampai tu dalam pukul 11.45 tengah hari. Usu sambut kami dan terus bawa kami ke bilik di mana Shida tengah make up. Lepas jumpa Shida, kami masuk ke dewan. Ambil meja yang dekat dengan meja buffet makanan. Sementara menikmati makanan, kami menunggu ketibaan uda dan anje sambil melayan kerenah anak ateh, Shaheem dan Shafina.

Masa tengah makan, anje sampai dengan husband dia, matput. Sejam kemudian, baru uda sampai dengan baby Qaisara yang super duper bambam! Bila dah berkumpul tu, asyik bergambarlah. Walaupun tak semua ada tapi majlis tu dah macam majlis reunion kami! haha

Pukul dua lebih macam tu, kami bergerak dari majlis nak ke rumah angah. Bawa ateh jumpa angah so, bolehlah Shaheem dan Shafina jumpa Fateh dan Farouq.

Terus p masuk bilik make up shida


Anje dan husband, matput

Ketibaan pengantin

anje dan usu

qaisara with maklong... bluerkk!! haha =P

along, ateh, usu, shaheem dan shafina

uda dan husband, fakhri

Anje dan shafina



shafina dan qaisara yang bambam

us!



me and anje

happy family! qaisara dah nak tidur...

Lepak di rumah Angah
Dah bagitahu Angah nak p rumah dia. Kat rumah angah, sambung lagi reunion. Anje tak join sebab ada hal lain. Usu pulak nak tunggu sampai majlis Shida habis. Uda dah plan nak bawa Qaisara p jalan-jalan. Maka hanya ada saya, along, dan ateh.

Sila layan gambar erk. Hehe


shaheem main kereta fateh

fateh dan shaheem dah geng!

Lepak di playground
Pukul lima petang kami bergerak balik ke Putrajaya, hantar ateh dulu. Tapi kakak ateh bagitahu dia tak ada dekat rumah. Dalam pukul enam baru dia balik. So, kami singgah di taman permainan depan rumah kakak ateh. Ambil angin petang dan bawa Shaheem main.





Lepak di Maulana
Usu berkeras juga nak makan dekat Maulana Serdang. Haha bukan apa, kami kesiankan dia yang penat sebab seharian di majlis kahwin Shida. Lepas Isyak, saya dan along gerak p Maulana. Sembang dan gosip macam-macam... Haha

Ok, yang ni tak ada gambar! haha

3. 15hb Mac

Lepak di IOI City Mall
Ingat nak buat reunion lagi tapi tak dapat. Ateh keluar dengan kakak dia p PICC. Anje dah balik Kedah. Uda ada hal lain. Nak buat second time sebab alang dan famili dah balik dari Terengganu. Kalau semua ada, memang big reunion jugak la! Tapi tak apalah, lain kali boleh buat. Hehe

Pukul 12 tengah hari dah janji dengan alang nak jumpa dekat IOI. So, saya dan along p ambil usu dekat rumah Shida. Sebelum gerak p IOI, jumpa Shida sekejap sebelum dia bergerak ke majlis sebelah lelaki dekat Putrajaya.

Sampai dekat IOI, terus cari alang dan p makan KFC. Sesak sangat kot IOI. Penuh dengan manusia! Lepas makan, kami terus ke pusat bowling. Main bowling tapi banyak gelak!

sori adam! acik anne paksa tengok kamera.
hahaha

ligat adam! haha





Tak tahu nak p mana sebab sesak sangat. Lepas main bowling, jalan-jalan sekejap dan lepas tu balik.

Singgah Taman Botani
Kenduri sebelah suami Shida dekat Taman Botani Putrajaya. Ingatkan nak hantar usu aje dekat sana, sekali kena paksa masuk jugak. View cantik! Saya pun mulalah berangan! hahaha




ni capture pic saya merayau2 ambil air minum

wefie with bride! hehe cantik shida wooo..

Ok. Setakat ini sahajalah aktiviti yang kami lakukan. Penuh dan padat! Rasa macam nak cuti Isnin tu tapi... malas-malas pun p kerja jugak. Haha

Daaa...

p/s: Selamat pengantin baru buat Fazlin, coursemate kami. Maaf tak dapat datang sebab sama hari dengan majlis Shida. Kalau tak sama, memang dah plan nak p Melaka. Huhu semoga kekal bahagia hingga ke jannah!

Saturday, November 29, 2014

Mini Reunion BSAS

Assalamualaikum. Hai hai hai...

Laaaaama tak masuk sini. Haishh..banyaknya habuk! Haaashemmmm... kan dah bersin. Huhu

Sangat-sangat malas nak tulis entri + sangat busy di office + weekend aje ada program. Sebab tu lama x bukak dan update kisah saya dekat sini.

Last week, start cuti sekolah and kawan seperjuangan kami masa study dulu yang jadi cikgu kat Sarawak balik kampung dia kat Johor tapi dia singgah kat Serdang dulu sebab dia plan nak buat mini reu. Nak jumpa dengan geng2 BSAS yang stay kat KL. (Apa punya ayat daaa...tak faham!)

So, Aton (the organizer), plan nak main bowling dan jalan2 kat The Mines (tempat lepak masa study dulu) dan nak p makan kat Wong Solo, Bangi.

Yang join aktiviti ni saya, Nor, Yana, Shah. Sangat mini kan?? Haha ChanII join time lepak kat Wong Solo sebab dia terlupa aktiviti kat The Mines.

Ok la. Layan je la gambar. Dah lama sangat tak buat ayat. Entah apa-apa entah ayat saya! Haha







the organizer (^___^)





Makan kat Wong Solo yang sentiasa sesak dengan manusia.. huhu



Taman Tasik Cempaka -Hujannnn


Sekian dari saya, Liana.

Selamat berhujung minggu!

p/s: Tahun 2014 tinggal sebulan aje lagi. Haishhhh