Assalamualaikum. Hai, semua!!!
Ok. Tak berapa nak pasti sama ada cerita ni ada episod lain atau tak. Saje je bubuh episod 1 sebab nak nampak macam telenovela slot akasia. Haha
Rindu sebenarnya dekat 'adik beradik' PCD saya. Ikatan 'adik beradik' yang dibentuk hampir sedekad itu berkekalan hingga sekarang. Alhamdulillah... walaupun masing-masing sudah mempunyai komitmen sendiri, walaupun terpisah jauh atas kehendak komitmen juga, tapi kami masih berhubung dan kekal bersaudara sehingga sekarang. Alhamdulillah...
Nak tahu tak apa makna PCD?
PCD diambil dari satu nama penyanyi berkumpulan yang popular ketika zaman kami belajar, iaitu, sekitar tahun 2005-2006, PussyCat Dolls. Tapi kami ada copyright kami sendiri dan kami tak mahu meniru mana-mana artis di dunia ini jadi kami menggunakan nama PussyCub Dolls. Aauuummmm!! (Ayat macam buat tesis! Hahaha)
PussyCat Dolls |
PussyCUB Dolls |
Geng kami bersatu sebab lapan orang ahlinya stay kat floor yang sama ketika menuntut di UPM. Seorang lagi join sebab dia kawan dengan angah dalam sekretariat. Maka, jadilah kami sembilan orang semuanya.
Bersatu itu sudah lama tetapi nama aje direka setahun selepas itu. Haha idea datang ketika nak p MidValley. Masa tu tengah tunggu komuter kat Stesen Serdang. Entah macam mana boleh terkeluar idea nak bagi nama group. Lepas tu, boleh lantik Mat (coursemate) jadi Will.i.am pulak tu, Hahaha
Tarikh : Dalam diari Lokasi : The Chicken Rice Shop, MidValley Ulasan : Sebelum sampai sini la kami cipta nama PCD. Haha |
Kami siap declare yang kami ni adik beradik. Siap bagi nama pangkat setiap ahli group mengikut bulan kelahiran.
Nor | Feb - Along
Dina | Mac - Angah
ChanII | April - Alang
Tini | Jun - Uda
June | Jun - Achik
Wanie | Julai - Ateh
Liana | Ogos - Anne
Fairuz | Oktober - Anje
Rosie | November - Usu
Aktiviti : Field Trip Lokasi : ASMA Sdn Bhd, Country Height, Kajang (Dah tutup dah) |
Gaduh tu perkara biasa tapi tak adalah sampai tarik muka berhari-hari. Setakat cakap di mulut dan lepas tu xde apa-apa dah. Bila dah ramai, mungkin ada mata yang sakit melihat kami. Apatah lagi hati, kan?? Yalah, ke mana aje bersama. Lepas tu riuh macam 100 orang. Kami pohon maaf ye!
Oh, ya! Kami semua ni sangat suka makan dekat kafe kolej kami. Walau sepuluh kali tukar owner pun, kami tetap turun ke kafe untuk memeriahkan kafe kolej.
Aktiviti : Celebrate Birthday ChanII a.k.a Alang Tarikh : 15 April 2008 Lokasi : Kafe Kolej Tun Dr Ismail |
Aktiviti kolej juga kami aktif. (Nanti saya buat entri lain pasal aktiviti yang kami join.) Masa first year tak boleh masuk banyak sekretariat. Bila dah second year, kebanyakan kami amik sekretariat yang sama. Jadi, memang makin rapatlah kami. Haha
Hmm... nak cerita apa lagi erk?? Setakat ni ajelah cerita pasal asal usul terciptanya PCD. Nanti kita cerita lagi. Daaa...
Assalamualaikum,
Liana a.k.a Anne
p/s: ayat saya poyo. sekian terima kasih! haha
p/s 2: lama tak p midvalley...