Hai hai... Assalamualaikum!! Ini cerita sabtu lepas. Hehe sebenarnya nak buat family day untuk unit kami di BTP KPM. Apa tu?? Cari sendiri. Haha
Benda ni dirancang secara tiba-tiba. Mula-mula plan nak p Janda Baik. Lepas tu tiba-tiba poknik cakap batal. So, i dah bgtau along (pcd) tak payah ambil cuti. Esoknya, poknik cakap jadi pulak. Haishhh...cepat-cepat bgtau along supaya ambil cuti. Hahaha lepas tu tak nak p Janda Baik lak, nak p PD. Haiyaaa... last-last discuss (more to argue), kita orang p Pengkalan Balak kat Melaka.
Saya selaku setiausaha tak terlantik, membuat kertas kerja sederas yang mungkin. Hanya ada dua hari untuk menyiapkan kertas kerja. Itu pun curi-curi masa kerja sekejap.
Apapun, tanggal 26hb saya dan along bertolak ke rumah fizah dulu sebab nak tolong dia bawa barang. Cuma saya dan fizah sekeluarga bertolak dari jenderam. Zul dan wife dia p sendiri. Poknik dan family, abg khairi dan family, dan wani ikut highway. Lagi seorang, ikhsan, tumpang poknik, jadi pak supir.
Saya dan Fizah bertolak dalam pukul 9 pagi. Kami ikut jalan kampung. Walaupun jalan berliku macam nak naik Cameron Highland, tapi scenery kat situ sangat cantik. Lagi-lagi bila sampai kawasan PD. Subhanallah, sangat cantik!!! Rasa macam nak berhenti kat situ dan melayan perasaan. Haha
Pukul 11++ kami sampai. Zul dah sampai dulu. Sementara tunggu geng highway tiba di lokasi, kami semua punggah barang dalam kereta. Memang heaven la! Dengan suasana yang menarik, cuaca yang baik, dan makanan yang cukup banyak... rasa macam tak nak balik! Haha
Bila dah semua sampai, dah siap punggah barang, kami semua mulakan aktiviti berbarbeque. Thanks to poknik sebab belanja ayam untuk bbq. Awesome! Hehe ada yang dah terjun laut.
Saya? Saya buat apa erk?? Hahaha makan, panggang ayam, jalan2, ambil gambar...main air sikit2... apapun, saya memang berpuas hati. Along pun cakap best! Dan dia orang plan nak p Pangkor lak. Memang terbuka hajat along nak p Pangkor. Hehe
Penat la menaip ni. Layan gambar lak... Haha
Setibanya kami di tempat kejadian... |
hanya berpura2 buat kerja.. haha |
along dan anak abag khairi, hazim |
ippah...cengih nampak!! hehe |
along dah jadi ciknor dorg... |
muka budak demam tak dapat mandi laut..huhu |
me and along |
me and fizah |
Ok, sampai di sini sahaja! Daaa...
p/s: nak p Penang... nak p Penang... bila usu nak mai semenanjung ni??? Haha
No comments:
Post a Comment