Assalamualaikum. Hola semua! Baru
berpeluang nak on9. Line internet kat sini agak kurenggg sikit. Sebab tu agak lambat nak update cerita. Huhu
apapun, dapat gak la nak cerita kat blog ni. hehe
Jumaat hari tu bersamaan 25hb
mei, kawan baik merangkap teman luah kongsi canda-tangis-ketawa-duka saya,
Muslihah Mohd Busrah, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd
Shukry Adam Md Amin. Pertemuan bermula di Friendster, hanya sekadar berkongsi
cerita dan pengalaman hidup, akhirnya mereka mengikat tali pertunangan pada
17hb dis 2011, sempena ulang tahun kelahiran Muslihah.
Malam diijabkabulkan, saya berada
di sisi beliau. Berseri wajah beliau apabila siap dimake up. Macam artis! Hehe
Masa Adam melafazkan ucap Kabul, di hati berbunga bahagia melihat kebahagiaan
sahabat saya yang tersayang. Ada saat yang menyentuh hati saya bila mana mak
Muslihah (mak) memeluk Adam dan mengucup dahi menantunya itu. menitis air mata
saya! Tak tahu kenapa sebak. Adakah sebab mak menangis sampai saya terlarut
emosi sekali?? Entah laaa… tapi saya rasa, saya dapat menyelam ke dalam hati
mak. Puteri bongsunya telah melangsungkan perkahwinan!
Tapi, Muslihah tu tingtong
agaknya. Saya diajaknya tidur dengan beliau masa lepas ijabkabul. Adam pula
dihalau balik. Hahahahaha
Majlis resepsi pula diadakan pada
hari sabtu. Tema, biru. Majlis berlangsung di dewan. Agak teratur jika
dibandingkan dengan majlis di rumah. Pukul 9 pagi saya dah keluar dari rumah,
nak pergi ambil kawan baik yang seorang lagi sebelum menemani Muslihah bersiap
di butik pengantin.
Pukul 12 bertolak ke dewan dan
pukul 12.30 bersanding. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah… tak ada
sebarang kesulitan membelenggu. Saya pulang ke rumah pukul 2 petang ketika
majlis sudah hampir ke penghujungnya. Thank you kepada dayana yang hantar saya
pulang. Hehe
gambar ihsan dari anak sedara Adam... huhu
Kepada Muslihah,
Semoga berbahagia sehingga ke
syurga. Jadilah isteri yang baik. Jangan kedekut nak kongsi perfume dengan
suami. Hahaha
Kepada Adam,
Semoga berbahagia sehingga ke
syurga. Jadilah suami yang baik dan dapat memimpin isteri. Jagalah Muslihah
dengan seada sempurnanya. (Ingat kata-kata saya masa first time kita jumpa
dulu tau!!! ;p) Jangan nak mengaku bujang depan isteri. Hahaha [“Ada yang nak kena
ni!!!!” ayat Muslihah.]
p/s: gambar x banyak sebab
- Time nikah, saya pegang kamera Muslihah. Lupa pulak ada kamera sendiri.
- Time sanding, kamera saya dalam handbag. Handbag dalam kereta. Huhu
No comments:
Post a Comment