Di raut wajah itu
Wajah seorang ibu
Ada tawa ada senyuman
Manis bergula
Tatkala kelibat aku terpandang di matanya
Menggamit aku ke sisi
Lantas aku hadir
Dan senyuman itu ku balas
Tanpa ada niat
Dengan ikhlas
Pada wajah bapa
Terpancar seri gembira
Senang akan kehadiranku
Lalu aku menyapa salam
Tanpa ada niat
Dengan ikhlas
Zahir mereka yang terlihat
Tidak menggambarkan apa yang tersirat
Ada bermukim rasa kesal
Mungkin ada kecewa
Yang membuatkan aku rasa bersalah
Walau hakikatnya aku bukanlah punca
Harapan yang menggunung itu
Terbiar begitu sahaja
Bukan aku menolak
Namun ini yang dikatakan takdir
Tak mungkin aku menjadi yang ketiga
Tak mahu merosakkan ikatan yang sudah terjalin
Biarpun rasa sayang di hati mula bercambah
Inilah yang dinamakan tiada jodoh
Semua telah tertulis
Aku hanya mampu memohon maaf
Nyata aku bukan pilihan
Dan janganlah dikesalkan
Sayangi dia seperti menyayangi aku
Dan aku cuma mengharap jalinan mesra ini akan kekal
Tanpa ada niat
Dengan ikhlas
Mengharap bintang,
LR(Tanpa ada niat, dengan ikhlas)
P/s: ini bukan sajak...cuma luahan rasa bersalah penulis.
P/s 2: bukan ditujukan kepada mama dan abah tapi kepada b**** m****a tak jadi penulis.
No comments:
Post a Comment