Monday, November 13, 2017

My Second Convocation #konvoukm2017

Assalamualaikum. Haiiiiii

Yeayyyyy saya dah konvo di UKM! Haha

Tak nak taip banyak-banyak. Saya update blog sebab nak share gambar banyak-banyak!

#Preconvocation















#ukmconvocation45





The siblings: me, zila, ros, trah, ira, nana, dika, lee




My PCD siblings: Usu and Along Thanks for coming!












Doakan saya dapat kerja ya lepas ni. Hihi

Okey. Lepas ni nak konvo dekat mana pulak erk?! hahahaha

p/s: biasiswa oh biasiswa... geran pun okey gak!

Friday, August 25, 2017

Fieldwork at FRIM #willingnesstopay

Assalamualaikum. hai... Sejak habis belajar ni, banyak betul masa saya terluang. So rajinlah nak update blog. Haha sekarang ni jadi penganggur terhormat. Makan, tidur, lepak. Sambil-sambil cari kerja. Tak tahu nak apply apa dan di mana. Hmm.. Stop mumbling about kisah seharian yang tak bermakna. Entri kali ni nak cerita pasal aktiviti yang pernah saya lakukan ketika belajar dahulu.

Semester kedua, saya mengambil subjek wajib iaitu Ekonomi Alam Sekitar. Pelajar master digalakkan belajar sendiri dan kesudahannya kami banyak buat assignment berbanding duduk di dalam kelas mendengar kuliah lecturer. Untuk subjek ini, kami diberi beberapa tasks dan ini kerja berkumpulan kami. Saya. Trah, dan Qis. Dalam kelas, kami satu kelas sepakat untuk ke FRIM bagi menyelesaikan task kami. Tajuk kumpulan kami adalah willingness to pay to canopy walk at FRIM. Kalau tengok hasil report kami, tebal macam tesis. Menangis kot nak siapkan.

Rombongan berlangsung pada 31 Oktober 2016, hari terakhir cuti mid-sem. Hari pertama kami pergi dengan menggunakan bas. Yalah, satu kelas kan. Tak ramai pun. Dalam dua puluh orang termasuk junior. Kami sekelas 16 orang aje. Akrab dah macam adik beradik. Kami sampai tu waktu pagi. Sampai aje di sana, kami diberi taklimat dan pengagihan kumpulan untuk berjumpa dengan ketua-ketua jabatan yang telah ditugaskan untuk membimbing kami tapi malangnya kumpulan kami tak dapat mengedar soal selidik kerana perlu mendapatkan kebenaran dari pihak atasan dan soalan untuk soal selidik kami perlu ditapis oleh mereka. Setelah berbincang dengan lecturer kami, kami diminta meneruskan kajian kami kerana pihak FRIM memerlukan laporan kami untuk melihat potensi bagi mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pengunjung yang mengunjungi ke titian silara di situ.



Taklimat oleh en Zamri, senior kami

geng anak dara

dah start kecoh hahaha

bersama Dr Nazar

Pada 20 November 2016, hari Ahad, kami berangkat ke FRIM sekali lagi dengan kereta. Kali ni kami bertiga je. Saya, Trah, dan Qis. Alhamdulillah, walaupun ada kesulitan di awal ketibaan kami, kami dapat juga mengedarkan soal selidik kami. Tapi kami tetap tak dapat masuk ke kawasan titian silara itu atas faktor-faktor tertentu.


menunggu responden




Tak dapat banyak pun responden pada hari tu. 30 orang sahaja namun target kami adalah 60 orang. Susah juga nak minta kerjasama pengunjung di situ. Yalah, orang nak berseronok berkelah beraktiviti di situ, kita pulak minta dia orang jawab soalan. Haha

Kami datang sekali lagi ke FRIM pada 22 haribulan untuk mencukupkan bilangan responden kami sebanyak 60 orang dan kali ni alhamdulillah kerana kami bertembung dengan pelajar-pelajar dari sekolah di Rawang yang mahu melakukan aktiviti menaiki titian silara. Cepat selesai, kami ingin berjumpa dengan Ketua jabatan yang menyelia kajian kami namun dia tiada. Kami pun balik semula ke UKM.

me, trah, and qis



lepak sambil tunggu responden

1 Disember presentation kami punya kajian. Lama jugak berdiri di depan. QnA macam dalamm viva. Viva pun tak seteruk tu. Hahaha tak kena hentam pun cuma banyak perkara yang perlu kami tambah dalam laporan kami. Dan bila result keluar, kami dapat A. Yeahhh... Hahaha

report presentation

Terima kasih yang sudi membantu menjayakan gred saya menjadi A. Ingatkan fail lah sebab tak yakin. Hahaha saya bukan orang ekonomi. Belajar ekonomi asas pun dah lama. Tahun 2005. Lepas tu langsung tak ingat. Betullah orang kata, kita belajar hanya untuk exam, bukan untuk ilmu. Huhu

Oh ya! Sekarang ni titian silara di FRIM telah ditutup sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu. Terkilan sebab tak sempat naik. Huhuhu boleh baca di sini

Ok la.. ni aje nak cerita.

p/s: banyak sangat cerita nak cerita. Kihkihkih

Monday, August 21, 2017

Perginya Seorang Sahabat #AnisDalamKenangan

Assalamualaikum. Hai...

Petang semalam saya dikejutkan dengan perkhabaran dari sahabat lama sejak sekolah tadika lagi, iaitu Ina, memberitahu sahabat kami sedari sekolah rendah lagi, Anis, telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung. Masa dia bagitahu saya, saya sangat sangat sangat speechless! Tak tahu nak balas apa. Masih dalam keadaan separuh percaya. Benarkah apa yang saya dengar? Terus saya mesej kawan-kawan sekelas semasa di sekolah menengah di dalam group WhatsApp. Masing-masing tak tahu langsung dan akhirnya Ekin, telefon kakak Anis untuk pengesahan. Ternyata khabar pilu yang disampaikan oleh Ina benar belaka. Saya sukar nak percaya. Memang tak percaya! Terlalu awal dia kembali ke sisi Pencipta. ☹

Anis seorang sahabat yang baik. Seorang yang bijak, sangat lemah lembut, soft-spoken, sangat hormat guru dan kawan2, seorang yang amanah, bertanggungjawab, dan semua sikap yang baik ada pada dia. Jarang sangat nak nampak dia marah. Kalau dia marah pun, suaranya tak pernah tinggi. Tak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Dia memang baik. Sangat baik!

Anis sakit. Dah lama sakit akibat kanser payudara. Stage 4. Tapi dia sangat kuat. Dia harung semuanya sendirian. Sedikit pun dia tak mengadu. Apatah lagi merintih menangisi nasibnya. Saat diberitahu oleh doktor akan penyakitnya yang sudah membesar saiz bola pingpong, tiada air mata yang mengalir. Saat menjalani rawatan kemoterapi, walaupun sakit yang ditanggung tak dapat diungkap, dia langsung tak menyerah. Dia sangat tabah!

Tapi... saya lambat tahu. Saya tahu pun sebab Ekin bagitahu. Ekin tahu pun sebab Anis ambil insurans dengan Ekin. Kalau tak, kami tak tahu langsung. Kehilangan sementara dia pada waktu itu terjawab. Setelah sembuh, dia kembali ceria. Kami banyak bersembang di WhatsApp. Merepek+merapu di dalam group. Bercanda dan bergelak ketawa. Kami ingat dia telah pulih seperti sediakala. Tak sangka bulan puasa baru-baru ni, penyakit itu datang menyerang kembali. Merebak sampai ke hati. Membawa kepada kegagalan fungsi organ tersebut. Kami tak tahu. Raya hari tu tak sempat nak menziarahi dia. Saya terkilan sangat! Kawan yang tak guna betul saya ni!

Anis,
Yana tak akan lupakan keakraban kita sepanjang kita menjadi sahabat. Kita sekelas dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah. Banyak kenangan kita cipta bersama. Terlalu banyak! Masa sekolah rendah, kita join nasyid sama-sama. Ingat tak, masa result UPSR keluar, kita berdua p jumpa guru besar awal-awal sebab nak tengok result sendiri?!

Kita duduk sebelah menyebelah masa PMR. Habis paper aje, sembang. Kita semakin rapat masa form 4. Kita banyak join aktiviti kokurikulum bersama-sama. PBSM, Kuiz fizik, kuiz agama Islam, dan yang paling membina kenangan adalah kuiz perdana. Kita sama-sama mengulangkaji lepas waktu sekolah. Struggle giler waktu tu! Bermula dengan di Sekolah Convent peringkat daerah, lepas tu kita menapak lagi ke peringkat negeri di Sekolah Bainun, Ipoh. Tak sangka menang! Masa tu bangga giler! Tapi kuiz sejarah negeri di Taiping, Anis tak ada. Anis demam. Kena chicken pox dan yana ganti tempat Anis sebagai peserta pertama tapi yana tak boleh buat sebaik Anis. Nervous giler! Selalunya ada orang di kiri dan kanan yana tapi bila kena jadi leader, memang hancurlah. Kita kalah waktu tu. Dapat nombor dua. Kira okeylah tu.

Hujung bulan 7, kita ke KL. Join kuiz perdana peringkat kebangsaan. Happy sangat! Lebih kepada berseronok daripada nak menang kuiz. Kita pergi pagi. Kuiz start petang. Korang selalu kenakan yana. Huhu oh, ya! Yana lupa nak bagitahu Anis. Salah seorang peserta dari Kedah, nama Taqiyuddin, abang kepada kawan yana masa yana stay kat KTDI UPM. Dia study dekat US kalau tak silap. Sebelum pergi kuiz, kita tak selera makan. Gelak sakan kat koridor hotel. Tertinggal semasa naik lif. Merepek kat hall MTARP. Bila kalah, kita menangis sama-sama dalam bilik hotel. Hari kedua, kita usha syafiq. Dari dalam bas, sampai ke atas stage, sampai hi-dinner. Lepas tu korang dok asyik cakap pasal dia aje. Kita juga berkenalan dengan Shamini. Posing sakan dalam bilik dia. Konon ambil gambar KLCC. Tak nampak langsung! Hari nak balik, syafiq tunggu kita kat tepi bas. Balik hotel sama-sama. Dan korang tak habis-habis cakap pasal dia dengan yana. Dekat lobi hotel pun jumpa dia lagi. Ada beberapa adegan lawak yang berlaku tapi... tak apalah! Kita masing-masing ingat perkara tu. Rindu bila diimbau kembali.

Gambar ni kita bengang giler dengan pakcik cameraman sebab jauh sangat dia ambil.
kan dah tak nampak muka syafiq haha

SPM kita struggle sama-sama. Masing-masing dah tak nak aktif. Tahniah buat Anis sebab jadi Pelajar Terbaik SPM pada tahun kita.

Lepas SPM, kita terpisah. Yana dahulu ke KMPk. Lepas tu Anis menyusul ke KMK pulak. Bila degree, kita sama-sama dapat UPM tapi Anis jauh. Kita tak sama course. Tapi tak apa. Masa yana final year, fakulti yana pindah ke bangunan baru di sebelah fakulti Anis. Selalu gak kita terserempak dekat bus stop. Bila masing-masing dah grad, kita bawa haluan sendiri tapi setiap kali raya, kita pasti akan berjumpa. Dan... raya ni kita tak sempat jumpa.

Yana mohon ampun dan maaf kepada Anis sepanjang kita bersahabat. Yana juga dah maafkan Anis walaupun yana rasa Anis tak ada salah pada yana. Terima kasih kerana selalu jadi tempat yana meluahkan perasaan. Kalau terkenang kisah itu, pasti yana akan cari Anis. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik buat yana. Semangat juang Anis dalam melawan penyakit cukup membuatkan yana merasakan apa yang yana lalui selama ni tak sebesar dugaan yang menimpa Anis. Benarlah, Allah SWT takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Semakin Allah SWT sayang kepada hambaNya, semakin kuat ujian buat dirinya.

Damailah Anis, damailah di sana. Allah lebih menyayangimu. Suatu hari nanti, yana pun akan menyusul. Masanya akan tiba jua.

The Queen of 5 Science 1
Ya Allah, tempatkanlah sahabatku di tempat yang mulia. Permudahkan urusannya bertemu denganMu. Tak ada apa yang ku pinta selain rohnya dicucuri rahmat. Semoga diberi keampunan atas segala apa yang pernah dilakukan olehnya. Ku mohon, Ya Allah! Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ameen...

p/s: kau sahabatku, kau teman sejati