Thursday, October 31, 2013

Kursus Pembuatan Coklat Buatan Tangan - Part 2

Assalamualaikum. Hai hai hai... ni nak cerita intipati yang saya dapat masa belajar buat coklat dekat LKM Hilir Perak. Cerita lain pun banyak..ketawa pun banyak gak... Haha seronok! Yalah, kalau semua geng yang datang tu sporting, tak kira usia tua atau muda, kita akan rasa satu suasana yang sangat happy. (^___^)

Ok. Mari teruskan bacaan anda dengan apa yang saya ingin kongsikan.

Jenis-jenis coklat
Ada 3 jenis coklat iaitu;
1. Coklat gelap/plain/pahit - coklat yang paling baik untuk kesihatan kerana mengandungi antioksidan (awet muda).
2. Coklat susu - yang biasa kita makan.
3. Coklat putih - yang biasa kita nampak di kedai-kedai..

Formulasi Pembuatan Coklat

Bahan-bahan              Coklat Susu         Coklat Gelap            Coklat Putih
Gula halus                    35-55 %                     35-55 %                       35-55 %
Pepejal koko                 8-20 %                     40-60 %                            0 %
Lemak koko                  < 30 %                      < 20 %                        20-40 %
Susu tepung                   < 25 %                       0-8 %                          < 25 %
Lesitin                            0.05 %                      0.05 %                         0.05 %

Peralatan pembuatan coklat di rumah
1. Penghawa dingin (untuk real choc)
2. Peti sejuk (Bahagian chiller) 10-16 darjah celsius
3. marble slab/papan marmar yang matang (untuk real choc)
4. Ketuhar/double boiler - mencairkan blok coklat

Selain itu;
mixer, dapur gas, periuk, mangkuk (stainless steel), senduk (kayu/plastik), scrapper, termometer, alat penimbang, pisau pemotong, dulang plastik, bekas loyang, acuan plastik, piping bag & nozzle, bar plastic atau aluminium, aluminium foil, apron.

antara peralatan yang digunakan
Semasa kursus, kami diajar untuk membuat coklat daripada dua jenis blok coklat iaitu real chocolate atau coklat tulen dan coklat kompaund.

Coklat tulen atau real choc memerlukan cara yang khusus untuk pembuatannya.
Proses: Coklat bar - dicairkan - tempering/pendinginan - pembentukan (acuan) - penyejukan
Pembuatan coklat tulen memerlukan suasana yang dingin (air-conditioning) dan batu marmar untuk proses tempering (supaya suhu turun pada suhu yang sesuai iaitu 28 darjah celsius).

Coklat kompaund pula lebih mudah untuk disediakan.
Proses: Coklat bar - dicairkan - pembentukan (acuan) - penyejukan

Kebanyakkan usahawan coklat menjual coklat yang diperbuat daripada coklat kompaund kerana boleh dijual dengan harga yang rendah.

Jenis-jenis coklat yang boleh dihasilkan
1. Coklat kosong
2. Coklat pralin (kekacang)
3. Coklat Trufel Berinti (Shell moulding)
4. Coklat salutan (enrobing)
5. Coklat bentuk (hollow figure)

Pantang larang
1. Jangan campurkan real choc dengan compound choc sebab dia orang berdua ni memang takkan melekat di antara satu sama lain. Coklat takkan jadi.
2. Kalau nak buat coklat putih yang berperasa, gunakan oil based food colouring. Kalau guna water based, alamat tak menjadilah coklat anda.
3. Musuh utama coklat adalah air dan suhu. Jangan dedahkan coklat kepada suhu yang tinggi dan pastikan persekitaran kering dari air dan kelembapan yang boleh merosakkan struktur coklat (coklat akan berketul).
4. Jika mahu masukkan coklat ke dalam paper cup, sila guna sarung tangan plastik. Tangan ada haba dan ianya boleh menyebabkan cap jari tertinggal di atas coklat.
5. Jika buat coklat daripada real choc, pastikan suhunya tepat (28 darjah celcius) semasa tempering untuk mengelakkan coklat jadi tak cantik dan kalau suhu tinggi, coklat akan melekat pada bekas acuan dan tidak dapat dikeluarkan.

Amacam?! Dah ada perasaan nak buat coklat sendiri?? Boleh contact saya untuk maklumat lanjut. Tapi... saya bukan pembekal bahan tau. Saya cuma boleh bagi tunjuk ajar je tapi yang basic ajelah...haha
Nota saya dari buku ni laaa... lalalala~

p/s: tengah mencari peluang nak jadi usahawan... hehe

p/s 2: kalau nak apa-apa maklumat, boleh pm saya. nanti saya share apa yg ada dalam buku ni kat anda...

Tuesday, October 29, 2013

Kursus Pembuatan Coklat Buatan Tangan - Part 1

Assalamualaikum. Hye semua! Pagi tadi saya p kursus seperti tajuk di atas kat Lembaga Koko Malaysia Hilir Perak. Memang best! Yang saya pergi ni kursus FOC (free of charge). Kalau nak detail, ambil la kursus berharga RM250 selama dua hari. Kalau mahu yang lebih detail, ambillah kursus selama 4 hari dengan bayaran RM1900. Hehe

Kursus ni ajar perkara-perkara asas aje. Tadi saya belajar 3 cara nak buat coklat dan macam-macam lagi. Yang tu nanti saya share kat lain entri. Boleh kan?

Entri kali ni nak tunjuk gambar aje dulu. Jom layannnn~~


Peralatan yang digunakan


Mencairkan coklat blok

Khusyuk makcik2 akak2 ni.. hehe

Ni namanya tempering... nanti saya share kat next entri...

yang ni pulak nak buat coklat trufel berinti

Peserta ambil peluang mencuba... Ini expert, yazid dari fidani chocolate...

tempering...

Coklat yg dah siap...

p/s: mahu mendaftar kursus andaman dan spa pulak! hehe

p/s 2: xsempat ambil gambar coklat yg saya dapat. habis masuk dalam mulut! hahahaha

Monday, October 28, 2013

Kek Batik ~of courselah biskut meri. hehe

Assalamualaikum. Kek batik! Hari tu cdg nak buat cheesy brownies versi kukus sbb dah tengok dalam fb yang Puan Alwani share. Tapi x jadi sebab belum beli cream cheese. Malas nak p kedai pastri. Maka, buatlah kek batik.

Kegilaan mem'baking' ni disebabkan oleh serbuk koko kena habiskan sebelum hujung bulan disember. Dah nak expired tapi koko banyak lagi.

Kalau saya dah rajin p kedai pastri beli cream cheese, saya nak buat cheesy brownies. Nanti boleh update dekat sini. (^___^)v

Resipi kek batik ni saya ambil dalam buku resipi my mom... memang dah agak lama jugak laaa sebab kertas tu dah mula kaler coklat dan hampir lunyai. Huhu

Jom tengok bahan-bahannya!

Bahan-bahan
300g biskut meri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan gula kastor (kalau tak nak manis, boleh kurangkan)
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan serbuk milo
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air panas

Cara-cara
1. Bancuh serbuk koko dan serbuk milo bersama dengan air panas. Ketepikan.
2. Pukul marjerin dengan gula kastor sehingga kembang. Kalau nak guna blender pun boleh.
3. Setelah itu, masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan pula susu pekat manis dan kacau adunan. Kemudian tuangkan adunan koko tadi dan kacau lagi sehingga semuanya sebati.
5. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga likat.
6. Sejukkan seketika dan masukkan biskut meri yang telah dipecah dua atau empat.
7. Tekankan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong.


Selamat mencuba!

p/s: Love You Mr. Engineer! Hahaha

Wednesday, October 23, 2013

Tragedi Oktober?!

Assalamualaikum. Dulu saya selalu berkata pada diri sendiri bahawa;
Berita baik itu akan diringi dengan berita buruk.

Jangan terlalu banyak ketawa sebab airmata itu akan datang menjengah kita...
Bulan Oktober ni, walaupun belum berakhir namun pelbagai kisah menyelubungi hidup saya. Sangat sangat tidak sangka dengan apa yang dilalui.

Oktober ini bermula dengan berita perkahwinan pakcik saya yang sudah dua tahun menduda (isterinya meninggal dunia) dan ketika sedang meraikannya, embah bikem, nenek angkat saya kembali ke rahmatullah setelah seminggu jatuh di bilik air.

Seminggu kemudian, embah yahya (atok saudara sebelah ma) pula pulang berjumpa dengan penciptanya.

Keadaan agak tenang semula dan saya meraikan majlis perkahwinan sahabat handai dan kelahiran khalifah-khalifah di sekeliling saya.

Hari Sabtu hari tu, kawan baik saya bagitahu maknya masuk hospital untuk menjalani pembedahan kerana ketumbuhan dalam otak dan hari ini second operation yang sepatutnya dijalankan ditunda pula.

Semalam, berita dikhabarkan lagi yang makcik saya (sepupu abah) yang paling rapat dan banyak tolong kami juga dijemput Ilahi. Rasa macam tak boleh terima sebab hari Isnin tu, saya baru berbual di telefon dengannya. Sembang macam-macam.

Sekali lagi, kami dapat panggilan semalam yang embah salamah, (nenek saudara) dikejarkan ke hospital akibat penyakit kuning (kegagalan fungsi hati). Petang tadi baru kami ada kesempatan ke hospital untuk menjenguknya. Kasihan beliau... terlalu kurus. Tak dapat berbual dengannya, sebab dia tengah tidur. Embah salamah ni dulu duduk di sebelah rumah saya. Susah senang keluarga kami, beliau yang banyak membantu. Beliau jugalah yang menyambut kelahiran saya. Bidan lambat datang masa tu. Mak saya cakap daaa...

Dan baru sebentar tadi abang kawan sepermainan saya (kawan sekampung) ditimpa kemalangan di KL. Bertembung dengan lori. Kami sekeluarga amat terkejut dengan berita ini. Yalah, isteri abang ni kawan sekerja abah dan memang setiap kali raya, mereka sekeluarga akan wajib singgah rumah.

Oktober belum berakhir dan please... saya rasa macam tak cukup kuat nak terima semua yang berlaku di sekeliling saya. Huhu

p/s: al-fatihah kepada yang telah tiada...

p/s 2: ingat lima perkara sebelum lima perkara...